Nasi ayam dikategorikan antara makanan yang digemari oleh ramai orang kerana isi ayam yang lembut . Namun terdapat pelbagai jenis nasi ayam yang anda boleh menikmati dan cuba membuat di rumah. Ini adalah 10 resepi nasi ayam yang sedap dan mudah yang anda boleh mencuba dirumah atau dihidangkan kepada para tetamu.
1. Resepi Nasi Ayam Hainan
Bahan-bahan Ayam:
– 1 ekor ayam dipotong
– Ketulan ais yang dicampurkan dengan air
– Halia
– Daun bawang
– Bawang besar
– Bawang putih
– Sup bunjut
Cara Memasak :
- Panaskan air dan masukkan semua bahan dan rebus seketika. Lepas tu rebus ayam sampai masak. Akhir sekali, bila ayam dah masak angkat dan rendam terus dalam air ais.
- Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap.
Bahan-bahan Nasi:
– 4 pot beras
– 6 cawan air rebusan ayam
– 3/4 sb stok pekat ayam (jenama maggi)
– Minyak untuk menumis
– Daun pandan disimpul
Bahan Kisar:
– 4/5 ulas bawang merah
– 4/5 ulas bawang putih
– 4 inch halia
Cara Memasak:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan sehingga wangi.
- Masukkan air rebusan dan stok pekat ayam, biar mendidih.
- Masukkan garam secukup rasa. Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.
Bahan-bahan Sos Cili :
– 4 biji cili merah
– 2 inch halia
– 3 ulas bawang putih
– Garam
– Gula
– Cuka
– Minyak
Cara Memasak:
- Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
- Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
- Tutup api dan tuang sedikit cuka atau jus perahan limau.
Bahan-bahan Sos Halia dan Bawang Putih:
– Seketul halia
– 2 ulas bawang putih
– Garam
– Gula
– Sedikit cuka
– Sedikit minyak
Cara Memasak:
- Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
- Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
- Tutup api dan tuang sedikit cuka atau boleh guna jus perahan limau.
Bahan-bahan Sos Kicap :
– Sedikit air rebusan sup
– Kicap
Cara Memasak:
- Campur keduanya dan pandai-pandailah adjust kepekatan.
2. Nasi Ayam Madu
Bahan-bahan:
– 2 cawan beras
– 1/4 bawang besar
– 2 sb mentega
– 2 kiub ayam
– 1/2 ekor ayam
– 1 sup bunjut adabi
– 1/2 sudu serbuk lada putih
– 1/2 inch halia
– 3 ulas bawang putih
– Sos tiram
– Madu
– Kicap pekat
– Sehelai daun pandan
Bahan Hiasan:
– Daun bawang
– Daun sup
– Bawang goreng
– Daun salad/timun
Cara Penyediaan:
- Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang bewarna keperangan.
- Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masak sehingga ayam masak
- Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan dan masak seperti biasa.
- Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh.
- Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi.
3. Nasi Ayam Ala Thai
Bahan-bahan
Sup:
– 1 biji bawang besar
– 4 ulas bawang putih
– 1 ekor ayam
– 3/4 batang akar daun ketumbar
– 4/5 hirisan halia tua
– 1 kiub ayam
Air Asam:
-Bawang besar
-Bawang putih
-Halia
-Cili api
-Sedikit sos cili
-Tomato
Cara-cara Memasak:
Sup:
- Kisar bawang besar dan bawang putih.
- Rebus ayam bersama daun ketumbar, halia tua, kiub ayam dan bahan kisar tadi
- Rebus sampai ayam lembut. Letakkan dengan garam, gula, ajinamoto (optional) lada sulah, lada hitam sikit. Sejukkan. (simpan sedikit sup untuk air asam )
Nasi:
- Rendam dulu beras dalam masa setengah ke 1 jam.
- Lepastu basuh beras tadi dan masak nasi ayam macam masak nasi biasa tapi guna air rebusan ayam tadi.
Air Asam:
- Kisarkan bawang besar, bawang putih, halia, cili merah, cili api dan sedikit sos cili (kisar kasar)
- Potong atau hiris tomato .
- Hiris kasar daun ketumbar.
- Bila dah siap semua, satu kan semua bahan dan campur dengan sup ayam tadi dengan air limau nipis/lemon. Tambahkan perasa. Pastikan air asam ada rasa manis, masam, pedas.
4. Resepi Nasi Ayam Sos Lemon
Resepi Nasi Ayam
- Basuh beras dalam penapis.
- Tumis Planta secukupnya. Masukkan 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis dan 3 sekawan.
- Setelah bawang garing, masukkan 3 hirisan halia, 2 helai daun pandan dan 1 batang serai yang diketuk.
- Masukkan beras yang ditoskan tadi. Kacau seketika sebelum api ditutup.
- Masukkan beras dalam periuk nasi. Tambahkan sup secukupnya mengikut sukatan anda.
- Masak nasi seperti biasa. Selepas nasi masak, boleh tambah sedikit Planta untuk rasa yang lebih enak.
Resepi Sup Ayam Ringkas:
1. Tumis 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis hingga kekuningan.
2. Masukkan 3 hirisan halia dan masukkan sekali 1 sudu besar serbuk lada sulah dan 1 kiub pati ayam.
3. Pilih sedikit bahagian ayam yang bertulang. Biarkan sehingga ayam mengeluarkan minyaknya sendiri. Kemudian masukkan 5-6 cawan air.
4. Setelah mendidih, perasakan dengan garam. Boleh masukkan bebola untuk penambahan rasa. Tutup api selepas rasa sebati.
Resepi Sos Cili:
1. Kisar hancur 3 tangkai lada merah, 1 tangkai daun ketumbar dan 1/4 tomato.
2. Masukkan dalam periuk. Tambahkan 2 senduk sup ayam. Guna api perlahan sahaja.
3. Tambahkan 3 sudu besar cili sos Thai dan 1/2 sudu halia parut.
4. Tambahkan garam gula sekiranya perlu. Tutup api selepas sos mula mendidih perlahan.
Resepi Sos Kicap:
1. Ambil 2 senduk sup. Tambahkan 1/2 senduk kicap Jalen Lemak Manis dan 2 hirisan halia, 1 ulas bawang putih yang diketuk dan 1 sudu kecil sos ikan.
2. Tambahkan sedikit perasa. Tutup api selepas sos mendidih perlahan.
Resepi Ayam Goreng Crispy:
1. Hiris nipis 1 ketul dada ayam
2. Perapkan bersama bahan dalam gambar (gandakan untuk depan belakang).
- 1 titik sos ikan
- 1 sb sunquick
- 1/2 sk kicap Jalen
- 1/2 sk lada sulah
- Secubit garam
- Secubit perasa
- Secubit lada hitam kisar
3. Lumurkan putih telur. Lumurkan tepung goreng ayam depan belakang (boleh guna Tepung Bestari original/ tepung jagung dengan serbuk roti putih). Perap selama 1 jam.
4. Panaskan minyak. Sebelum digoreng, golekkan lagi sekali dalam tepung ayam goreng kering (kalau nak kulit luar tebal, boleh ulang 2 kali).
5. Goreng dalam api sederhana perlahan sahaja supaya isinya tidak kering dan masak sekata. Kepingan isi ayam goreng yang sedia untuk ditoskan.
Resepi Sos Madu Lemon:
1. Cedok 2 senduk sup ayam. Masukkan dalam periuk lain. Tambahkan 1/2 senduk sunquick dan 1/2 sudu besar perahan buah lemon. Masukkan 1 sudu besar madu.
2. Tuang bancuhan air tepung jagung (1 sudu besar tepung jagung +1 senduk sup ayam). Masukkan secubit garam/secukup rasa.
3. Masukkan hirisan lemon tanpa biji setelah kuah mula suam. Siap untuk kuah sos lemon yang lazat.
4. Bila sos sejuk, bolehlah dituang atas ayam. Taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
5. Resepi Nasi Ayam Ipoh
Resepi Nasi Ayam
Bahan-bahan:
Untuk Nasi:
– 4 cawan beras
– 4 1/2 cawan air rebusan ayam
– 3 helai batang daun bawang (ambik juga bahagian bawah dia)
– 1 sudu besar minyak bijan
– 2 sudu besar sos tiram
– 2 helai daun pandan
– 1 sudu mentega
– Sedikit lemak ayam
– 2 inci halia*
– 3 biji bawang putih*
Untuk Ayam:
– 1 ekor ayam
– 3 sudu besar kicap lemak manis
– 2 sudu besar sos tiram
– 1 sudu besar cuka
– 1 sudu besar madu
– 1 inci halia*
– 3 biji bawang putih*
Untuk Sup:
– air secukupnya
– 4 bawang putih diketuk
– 3 inci halia di hiris
– 3 helai batang bawang
– 1 biji sengkuang dipotong dadu
– 1 sudu besar serbuk lada sulah
Untuk Sos Cili:
-10/15 biji cili burung
– 6 biji cili merah
– 5/6 biji bawang putih
– 1 biji limau kasturi/nipis
– Sedikit air rebusan ayam
– Sedikit halia (ambik dari rebusan)
Untuk Kicap:
– 5 biji cili burung
– 4/5 biji bawang putih
– 2 sudu besar sos tiram
– Air rebusan ayam secukupnya
– Tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
– Sedikit halia (ambik dari rebusan)
– Kicap pekat secukupnya
Bahan Hiasan:
– Tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara Memasak Nasi:
- Mula mula masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair.
kemudian masukkan bahan* yg telah di kisar. - Biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
- Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan.
- Kacau sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. Biarkan hingga nasi masak.
Penyediaan ayam:
- Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan ke dalam satu mangkuk besar.
- Masukkan bahan* yang telah di kisar dan semua bahan2 lain, kacau rata dan biarkan 1/2 jam.
- Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven.
- Kalau nak goreng, jangan terlalu lama agak2 warna dah bertukar keperangan boleh terus diangkat.
Cara penyediaan cili:
- Masukkan semua bahan di dalam blender dan kisar hingga hancur.
Cara penyediaan kicap:
- Kisarkan semua bahan kecuali tepung jagung.
- Selepas kisar isi dalam periuk dan panaskan atas dapur.
- Agak2 dah panas, boleh masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya untuk pekatkan kuah.
Cara penyediaan sup:
- Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
- Kalau air rebusan dah berkurangan boleh di campur dengan air biasa.
- Masak hingga mendidih. Kemudian perasakan sup.
6. Resepi Nasi Ayam Panggang
Resepi Nasi Ayam – Klik sini
Resepi ini dikongsikan oleh Nur Haziqah dan banyak perkongsian telah diperoleh di media sosial. Ianya menggunakan ayam panggang sebagai bahan utama didalam hidangannya. Ayamnya diperap dengan pelbagai rempah sebelum dipanggang memberi rasa ayam yang berjus tetapi kulit yang garing, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan – bahan:
Paste:
– 15 ulas bawang putih
– 4 inch halia
Stok Ayam:
– 2 liter air
– 1/2 kg ayam
– 1/2 biji bawang holland
– Daun bawang
– 1 sb paste
– 1 sb garam
– 1 sb gula
Sos perapan ayam dan ayam panggang:
– 4 sb brown sugar
– 5 sb madu
– 1/2 cawan kicap manis
– 1/4 cawan sos tiram
– 1 sk chinese five spice powder
– 1 sk serbuk lada hitam
– 1 sk garam
– 1 sk paste
– 1 sk minyak bijan
Nasi:
– Beras yang sudah dibasuh
– Stok ayam
– 2 sk paste
– 1 sb marjerin
– Gula
– Garam
– Daun pandan
Sos cili:
– 5 biji cili padi
– 5 biji cili besar
– 1/2 biji tomato
– 1 cawan stok ayam
– 2 sk paste
– 1 sb cuka
– Garam
– Gula
Kicap:
– 1/2 cawan kicap manis
– 1/2 cawan stok ayam
– 1 sk paste
– 1 sb tepung jagung
Sup:
– 4 cawan stok ayam
– 1/2 pc kiub ayam
– 1 sk paste
– Garam
– Gula
Cara – cara memasak:
Paste:
- Kisarkan bawang putih dan halia menggunakan blender kering sehingga halus.
Stok Ayam:
- Masukkan air dalam periuk.
- Masukkan ayam, paste, bawang holland, daun bawang, gula dan garam.
- Renehkan selama 20 minit atau sehingga ayam masak.
- Keluarkan buih-buih putih jika ada guna penapis.
- Setelah ayam masak pindahkan ayam ke dalam air berisi ais selama 2 minit.
- Keluarkan ayam dan keringkan dengan tisu dapur.
- Ketepikan stok ayam dan ayam tadi.
Sos perapan ayam dan ayam pangang:
- Gaul semua bahan-bahan sampai sebati.
- Sapukan pada ayam.
- Perap ayam selama 30 min.
- Masukkan ayam dalam oven dan bakar pada suhu 200°c selama 15 minit.
- Kemudian keluarkan ayam dan sapukan lagi sos perapan.
Bakar lagi selama 5 minit.
Nasi:
- Masukkan semua bahan, gaul sebati dan masak macam masak nasi biasa.
Sos cili:
- Kisarkan semua bahan.
- Masak sehingga mendidih.
Kicap:
- Satukan semua bahan dan masak sampai mendidih.
Sup:
- Satukan semua bahan dan masak sampai mendidih
7. Nasi Ayam Penyet
Bahan-bahan:
Bahan untuk ayam penyet (rebusan):
– 1 ekor ayam yang dipotong
– 1 ketul kiub ayam
– 1 inch halia
– 2 ulas bawang putih
– air secukupnya
Bahan untuk rempah perapan:
– *1/2 sudu jintan manis
-*1/2 sudu jintan putih
-*3 sudu besar ketumbar
– 1 sudu besar serbuk kunyit
– 1/2 sudu besar serbuk lada putih
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– Sedikit garam
Bahan untuk tepung kriuk:
– Lebihan perapan rempah ayam
– 1 biji telur
– 1/2 cawan tepung beras
Bahan-bahan untuk nasi ayam:
– 3 cawan beras, bersihkan dan tos
– 3 ulas bawang putih diketuk
– 1 batang kayu manis
– 2 kuntum bunga lawang
– 5 biji buah pelaga
– 1 sudu besar mentega atau minyak sapi
– 1 helai daun pandan disimpul
– Sedikit garam
– 6 cawan air rebusan ayam, atau ikut sukatan jenis beras yang anda guna
Bahan-bahan untuk sup ayam:
– 1 ikat sup bunjut adabi
– 1 tangkai daun sup
– 1 tangkai daun bawang
– 1 batang serai
– Bawang goreng
Bahan-bahan untuk sambal ayam penyet:
– 10 biji cili padi
– 10 biji cili merah
– 10 biji bawang merah, belah 4
– 3 biji bawang putih, hiris kasar
– 3 biji tomato, belah 4
– 5 cm belacan bakar
– 1/2 gengam ikan bilis
– 3 sudu besar gula melaka, atau secukup rasa
– Secawan minyak
– Limau nipis / limau kasturi
– Sedikit garam / secukup rasa
Bahan untuk hidangan sampingan:
– 4 ketul tauhu
– 2 keping tempe
– Sayur dan ulaman (timun,daun selom,kubis,kacang panjang,tomato)
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk ayam penyet (rebusan):
- Basuh ayam dan rebus dengan air secukupnya bersama halia dan bawang putih. Anggaran 15 minit atau sehingga empuk.
- Angkat ayam dan toskan.
Cara-cara untuk rempah perapan ayam:
- Sangai rempah bertanda (*).
- Sejukkan rempah dan kisar bersama semua bahan lain sehingga halus.
- Gaulkan ayam rebus diatas bersama rempah kisar. Perap selama 2 jam.
- Goreng ayam sehingga sedikit garing di luar.
- Gaulkan juga rempah bersama tauhu dan tempe sebelum menggoreng. (jangan campur dengan ayam)
- Bahan lebihan rempah akan digunakan untuk tepung kriuk
Cara-cara untuk tepung kriuk:
- Gaulkan lebihan rempah bersama tepung beras dan telur. Percik bancuhan ini ke dalam kuali dan goreng sehingga rangup.
- Boleh juga disalut bancuhan ini ke atas ayam perap sebelum digoreng.
Cara-cara untuk nasi ayam penyet:
- Panaskan mentega dan tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan pandan sehingga naik bau.
- Masukkan beras dan kacau sekekejap.
- Masukkan air dan sedikit garam dan masak seperti bias atau boleh gunakan periuk nasi elektrik.
Cara-cara untuk sup ayam:
- Panaskan air rebusan ayam bersama sup bunjut dan serai yang dah diletakkan halia dan bawang putih semasa proses rebusan ayam mula-mula tadi. Boleh juga rebus bahagian tulang ayam sepeti leher dan kaki ayam (ikut suka).
- Masak sehingga mendidih dan tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Sambal ayam penyet:
- Goreng ikan bilis dalam minyak sehingga garing. Kemudian angkat dan asingkan.
- Goreng cili dan bawang dalam minyak yang sama.
- Kemudian goreng tomato sehingga layu.
- Kisar kasar ikan bilis, cili, bawang dan tomato yang digoreng bersama belacan bakar.
- Panaskan minyak lebihan tadi, masak sambal yang dikisar kasar bersama gula melaka. Tambah sedikit garam jika perlu.
Cara-cara untuk bahan sampingan:
- Goreng tempe dan tauhu yang dah digaul rempah.
- Hiris timun dan tomato, serta bersihkan ulam-ulaman lain. Hidangkan bersama nasi dan ayam penyet.
8. Resepi Nasi Ayam Spesial
Resepi Nasi Ayam
Untuk rebus :
– 1 ekor Ayam yang dipotong
– 2 ulas bawang putih
– 2 cm halia diketuk
Untuk perap :
– 1 sb kicap pekat
– 1 sb sos tiram
– 1 cm halia
– 2 ulas bawang putih
– Sedikit kicap cair
– Sedikit minyak bijan
Cara cara:
1. Ayam dipotong , bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.
2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 – 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Untuk nasi :
– 5 cawan beras
– 3 sb butter
– 1cm halia ditumbuk
– 4 ulas bawang putih ditumbuk
– 1 bunga lawang
– 2 Buah pelaga
– 1 kayu manis
– 1 batang serai ketuk
– 2 helai daun pandan
– Air rebusan ayam secukupnya
– Sedikit garam
– Pewarna kuning
1. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumiskan bahan ( daun pandan, serai, halia serta bawang putih ) hingga garing.
2. Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga naik bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.
Untuk sos :
– 5 biji cili merah
– 5 ulas bawang putih
– 2 cm halia
– 1 sk cuka
– 1 sk garam
– 1 sk gula
– 1/2 cawan air rebusan ayam
*Kisarkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar .
Sup :
– Air rebusan ayam
– 1 biji bawang besar dikisar
– Rempah sup
– Garam
– Daun sup yg dihiris
*Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.
Kicap :
– Kicap manis
– Gula
– Cili api 3 biji (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam
*Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.
9. Nasi Ayam Diraja
Bahan-bahan
Nasi:
– 2 cawan eras
– 2 cawan air
– 2 cawan chicken stock
– 1 sb butter
– Halia
– Bawang putih
– Daun pandan
Sup / Chicken stock:
Ayam 1/2 ekor
– 1 inch halia hiris kasar
– 1/2 sb perencah sup
– 4 ulas bawang putih di ketuk
– Kiub ayam
– Daun sup
– Daun bawang
Bahan Perap:
– 1/2 sb sos tiram
– 1/2 sb kicap manis
– 3 ulas bawang putih diketuk
Sos Cili:
– Sebatang cili merah dicincang halus
– 2 ulas Bawang putih dicincang halus
– 3 sb sos cili
– Beberapa batang cili api dicincang halus
– Sedikit halia dicincang halus
– Sedikit air
– Sedikit perahan jus limau
Cara Penyediaan:
1. Rebus halia bersama bawang putih dan kiub ayam dan juga perencah sup.
2. Biarkan mendidih masukkan ayam dan masak selama 20 minit.
3. Angkat ayam dan toskan. Seterusnya campurkan kedalam bahan perapan. Perap selama 1 atau 2 jam.
4. Selebihnya kita buat sup. Potong daun bawang dan daun sup. Kemudian campurkan sekali. .
Nasi :
1. Panaskan butter dalam periuk nasi.
2. Tumis bawang putih bersama halia dan daun pandan.
3. Apabila wangi masukkan beras dan kacau seketika.
4. Masukkan air dan chicken stock dan sedikit garam.
Sos Cili :
1. Kisar semua bahan sos cili tu dan masak bersama sos cili dan air.
2. Adjust kepekatan ikut suka tapi jangan terlalu pekat.
3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Ayam :
1. Goreng dengan api sederhana. Tidak perlu goreng terlalu lama . Agak dah hitam sikit boleh angkat. Hati-hati jangan sampai hangus .
2. Kemudian sajikan dengan sedikit salad dan tomato.
10) Resepi Nasi Ayam Singapura
Bahan-Bahan:
Ayam :
– 1 ekor ayam yang dipotong
– 5 sudu makan gula merah dikisar halus
– 3 liter air
– 1/2 inci halia
– 1 kiub pati ikan bilis
– 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
– Madu dan minyak masak
Nasi :
– 500 gm beras dibasuh dan ditoskan
– 2 helai daun pandan
– 30 gm lemak ayam
– 15 gm halia dihiris
– Sedikit garam
Sos (Dikisar) :
– 10 biji cili merah
– 5 ulas bawang putih
– 6 biji bawang merah
– 20 gm halia muda
– 15 gm cili padi
– 120 gm air limau nipis
Sup :
– Air rebusan ayam
– Bawang goreng
– Hirisan daun sup
Cara Memasak:
1. Masukkan ayam kedalam periuk bersama gula merah, air, halia dan bawang putih. Rebus hingga separuh masak dan diangkat. Simpan air rebusan untuk memasak nasi dan sup.
2. Salutkan ayam bersama madu dan minyak masak secukupnya. Panaskan oven pada suhu 180’c dan bakar selama 10 minit atau sehingga kulit ayam menjadi warna keemasan.
3. Untuk nasinya, beras dibasuh serta ditoskan hingga kering. Panaskan periuk dengan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan halia yang dihiris sehingga berbau wangi.
4. Kemudian masukkan separuh air rebusan ayam dan beras. Jika perlu, tambahkan air dan juga sedikit garam. Masak nasi seperti biasa.
5. Untuk sos, satukan kesemua bahan kedalam periuk. Masukkan garam secukup rasa, kacau sehingga masak.
6. Bagi sup pula, ambil air rebusan ayam tadi dan campurkan hirisan daun sup dan juga bawang goreng.
7. Akhir sekali, hidangkan nasi bersama ayam panggang, sos, sup dan daun salad.