10 Baka Kucing Comel Harga Paling Mahal

Anda peminat kucing? Pernah tak rasa, tiap kali memandang kucing rasa geram, nak cium, nak peluk dan belai-belai saja bulu kucing? Jika ya, maka anda adalah merupakan seorang pencinta kucing sejati. Ini antara 10 baka kucing yang  comel dan cantik didunia, dan ramai pencinta kucing berkeinginan nak pelihara!

Pastinya sebagai peminat setia kucing berkeinginan untuk memiliki kucing paling comel dari baka yang terbaik merupakan impian setiap cat lover.

#l  Baka Kucing – British Short Hair 

10 baka kucing yang comel

British short hair adalah kucing yang sangat manja dan salah satu kucing yang mahal di Malaysia. Harga seekor anak kucing ini mencecah sehingga RM 4,00o. Selain itu,  ia juga merupakan baka  yang sangat sihat dan dapat hidup sehingga 20 tahun dengan penjagaan yang rapi.

#2 Birman

Baka Birman dikenali juga sebagai “kucing suci burma” yang diambil daripada perkaatan Perancis iaitu “Birmaine”. Baka ini pertama kali diiktiraf di Perancis. Ia mempunyai mata yang biru dan warna yang menawan serta menarik perhatian pencinta kucing.

#3 Baka Kucing – Scottish Fold

10 baka kucing yang comel

Baka Scottish Fold yang asalnya ialah daripada Scotland. Antara 10 kucing yang comel, kucing ini mempunyai wajah yang unik disebabkan oleh telinganya yang terlipat ke depan. Selain itu, Scottish fold secara genetiknya kucing yang pemalas kerana aktiviti kegemarannya yang suka tidur dan mendampingi pemilik mereka.

#4 Ragdoll 

Ragdoll adalah sejenis baka  yang bersaiz besar. Ragdoll mempunyai bulu(coat) separuh panjang(semi-longhair) dan mempunyai mata berwarna biru. Ragdoll adalah spesis yang lebih cenderung kepada manusia berbanding separuh daripada kucing-kucing lain.

#5 Maine Coon

10 baka kucing yang comel

Maine Coon adalah baka kedua kucing terbesar dunia dan beratnya mencapai sehingga 18 kilogram. Sesetengah daripadanya juga mempunyai keadaan polydactyl iaitu lebih jari kaki disebabkan mutasi genetik dan selalunya kes terdapat 6 jari kaki. Ia juga adalah kucing yang mahir dan bijak.

kucing comel di dunia

#6  Baka Kucing – Persian/ Parsi 

10 baka kucing yang comel

Kucing Persian atau lebih dikenali sebagai “Parsi” yang mempunyai bulu panjnag dan kembang. Kucing ini mempunyai ciri-ciri yang unik kerana suka memanjakan diri dengan pemiliknya. Disamping itu, kucing ini dianggarkan benilai ribuan ringgit yang bergantung pada kualiti dan yang tertentu  seperti “Flat Face” dan “Semi Flat Face”.

#7 Norwegian Forest

10 baka kucing yang comel

Nowergian atau lebih lagi dikenali “Kucing Hutan Norway”,  Baka ini sangat pandai memanjat, kerana mereka mempunyai cakar yang kuat. Jangka hayatnya 14 hingga 16 tahun, walaupun penyakit ginjal dan jantung telah dilaporkan pada baka ini.

#8 Bengal

10 baka kucing yang comel

Antara 10 baka yang comel itu, kucing Bengal ialah kucing liar, ia adalah sejenis baka yang suka bersosial dengan manusia. Baka ini perlu sentiasa dilayan kerana sifat semula jadinya yang aktif dan agresif.

#9 Baka Kucing – Lynx 

Lynx adalah salah satu spesies dalam genus kucing liar saiz sederhana dan pemangsa. Sifat pemangsa dan pencerobohan mungkin berlaku jika haiwan atau pemiliknya berada dalam bahaya. Kucing ini mempunyai berat sehingga 30 kilogram.

#10 Russian Blue10 baka kucing yang comel

Russian Blue atau namanya yang menerangkan asal negara kucing ini iaitu negara Rusia. Kucing ini mempunyai ciri-ciri yang pendiam, penyayang, pemalu dan lembut. Kucing ini mempunyai satu warna sahaja iaitu kelabu (kelabu perak yang berkilauan atau kelabu gelap.

Walau bagaimanapun terdapat pelbagai lagi kucing domestik yang wujud, ada yang tidak berbulu ataupun berekor, dan mereka wujud dalam pelbagai warna yang berlainan dan ada juga yang mempunyai banyak warna.

Baca Lagi – anak kucing sesat

 

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress