Nurul Jannah binti Munir atau lebih dikenali sebagai Janna Nick merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah wanita Malaysia. Beliau lahir pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah. Apa lagi jom baca 10 drama Janna Nick yang wajib tonton.
Drama Yang Dilakonkan Oleh Janna Nick
1. Drama Janna Nick – Syurga Nur
Sinopsis
Sebuah drama bersiri yang mengisahkan seorang wanita iaitu Nur yang kehilangan ibu bapanya akibat kemalangan jalan raya. Kemudian, dibesarkan oleh makciknya Alin yang sering menderanya. Oleh sebab itu, Nur berhasrat melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan sebuah keluarga yang menyanyanginya seperti anak sendiri. Namun anak lelaki Sarina tidak menyenangi kedatangan Nur dalam keluarga itu. Selepas 9 tahun Nur telah menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Barisan Pelakon :
- Janna Nick
- Amar Asyraf
- Azrel Ismail
- Sheila Rusly
- Raja Ilya
2. Kau Aku Kita
Sinopsis
Drama tv komedi romantik yang mengisahkan dua personaliti yang berkongsi nama yang sama iaitu Iman Firdaus. Seorang gadis yang dipanggil Iman dan seorang jejala yang dipanggil dengan nama Aus. Namun mereka mempunyai perwatakan yang berbeza. Iman ialah anak yatim piatu dan bekerja keras untuk menyediakan keperluan adik-adiknya. Namun disebabkan sebuah pinjaman oleh lintah darat hidup Iman telah mengalami kesan yang buruk. Kehidupan Aus berbeza dengan Iman kerana hidupnya yang serba mewah dan seorang astis ternama.
Pada suatu hari penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti.
Barisan Pelakon :
- Saharul Ridzwan
- Janna Nick
- Adeline Tsen
- Issey Titan
- Hafidz Roshdi
- Kuza
- Shamsul Ghau Ghau
3. Abang Sado Jemur Kain
Sinopsis
Mengisahkan Marzuki, Budin dan Riduan yang telah membuka kedai haiwan. Satu hari, seorang wanita Cina datang ke kedainya dan kelihatan sedih mengadu kucingnya mati dan meminta tolong Marzuki untuk menanam kucingnya. Marzuki bersimpati lalu membantu wanita itu.
Ketika mereka sedang beristirehat bersama keluarga, Marzuki dikejutkan oleh satu panggilan daripada kawannya Dino, yang sedang dalam bahaya. Marzuki bergegas keluar dari rumah untuk membantu rakannya malah, membuatkan hati ibu mertuanya tidak senang. Sebaik sahaja Marzuki hendak keluar rumah, Mariam berasa curiga terus bertanya kepada menantunya. Mariam tahu tentang kisah silam Marzuki yang merupakan bekas samseng. Marzuki berkeras menyangkal tuduhan Mariam. Apabila berjumpa Dino, dia menceritakan kepada Marzuki yang dia telah diancam oleh sekumpulan samseng kerana tersalah mengurat wanita yang merupakan isteri kedua seorang ketua kumpulan samseng.
Barisan Pelakon
- Shahz Jaszle
- Janna Nick
- Lan Siro
- Cat Farish
- Kartina Aziz
- Kay Maria
- Fiza Halim
4. Drama Janna Nick – Anakku Diva
Sinopsis
Anakku Diva mengisahkan tentang Hussin dan Zahra yang bertemu semula dalam satu majlis perjumpaan semula di kolej. Pertemuan itu mendatangkan kembali bibit-bibit cinta antara mereka, cinta yang pernah terjalin ketika dulu. Hussin dan Zahra dapat menerima anak masing-masing. Namun anak-anak mereka seolah tidak dapat bersatu.
Barisan Pelakonkata
- Janna Nick
- Ardell Aryana
- Shakilla Khoriri
- Ramona Zamzam
- Fiza Halim
- Haeriyanto
5. Leftenan Zana
Sinopsis
Mengisahkan tentang impian Zana yang mahu menjadi anggota tentera tetapi tidak dapat direstui oleh ibu bapanya. Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat.
Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya, dalam diam telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Zana dipilih untuk menjalani ujian saringan di Port Dickson dan ditemani sahabat baiknya. Keputusan dari ujian tersebut menyaksikan Zana berjaya diterima sebagai pelatih ATM dan perlu menjalani latihan di PUSASDA.
Barisan Pelakon
- Janna Nick
- Redza Rosli
- Tunku Hanis
- Sheila Rusly
- Zarul Husin
- Hairie Othman
Drama Janna Nick – Klik Sini
6. Drama Janna Nick – Demi Rindumu
Sinopsis
Nurhana pulang selepas dua tahun menyepi di luar negara apabila mengetahui abangnya, Nasrul ingin berkahwin dengan Rania, gadis yang pernah menjadi orang ketiga antara Nurhana dan bekas tunangnya Izlan. Sebelum ini Rania ialah kawan karibnya, namun tidak disangka Rania berminat dengan apa yang dia miliki. Nurhana tidak mahu perkara yang sama terjadi ke atas abangnya.
Setibanya di tanah air, Nurhana ke rumah abangnya namun secara tidak sengaja mengetuk pintu rumah Haznik yang disangkakan rumah abangnya. Sejak itu, mereka bagaikan berjodoh kerana selalu berjumpa. Haznik juga cuba mendekati dan mengenali Nurhana, walaupun Nurhana seakan sudah patah hati untuk menerima sesiapa lagi.
Barisan Pelakon
- Sean Lee
- Janna Nick
- Norman Hakim
- Elvina Mohamad
- Azri Sabri
- Mustapha Kamal
- Raja Norbaizura
7. Bukan Cinta Aku
Sinopsis
Mengisahkan Riana, baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang tinggal di Florence, Itali. Rania telah jatuh cinta dengan Arjuna, pemandu keluarganya. Kesungguhan Arjuna yang sering memberi nasihat membuatkan Rania jatuh hati pada Arjuna. Walaupun pada awalnya, Arjuna tidak berani untuk membalas cinta Rania kerana dia terhutang budi dengan keluarga Rania. Namun perasaan cinta itu tidak mampu dinafikannya dan mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka supaya tidak diketahui oleh keluarganya.
Suatu hari, Rania sekeluarga perlu pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah di sana. Arjuna juga dibawa pulang kerana ibu Rania merasakan Arjuna telah banyak berjasa dan menjaga Rania sepanjang mereka di Itali. Berita itu menggembirakan Rania kerana dia tidak akan terpisah dengan Arjuna. Namun ibu bapa Rania mempunyai rancangan lain untuk Rania. Mereka ingin jodohkan Rania dengan Tengku Isma , anak kenalan mereka.
Barisan Pelakon
- Janna Nick
- Syafiq Kyle
- Baim Wong
- Mimi Lana
- Daler Yusuf
- Dato’ Eizlan Yusof
8. Melastik ke Hatimu
Sinopsis
Mengisahkan Si gadis Haura Annisa, seorang gadis kilang yang kononnya ‘gangster’ tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim Johari tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim seorang posmen.
Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad Nazhan, seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar ‘kayu cengal’ oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang sering tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Akhirnya mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula cuba mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim seorang. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.
Sedang mereka melakar bahagia, musibah telah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.
Barisan Pelakon
- Janna Nick
- Andi Bernadee
- Hafidz Roshdi
- Norman Hakim
- Wani Kayrie
- Puteri Sarah Liyana
9. Drama Janna Nick – Marry me Senorita
Sinopsis
Sofiy Leia dipaksa oleh ibu saudaranya untuk meninggalkan rumah sebaik sahaja bapa saudaranya meninggal dunia. Sofiy dikejar dan untuk menyelamatkan dirinya, dia mencari perlindungan di bawah gazebo di mana Isa Alejandro juga turut berehat. Oleh kerana keadaan hujan lebat dan matahari sudah terbenam, Sofiy tidak mempunyai pilihan selain bermalam di sana. Walaupun dia menganggap Isa adalah seorang yang sombong, namun dia tetap menceritakan kisah tentang apa yang telah berlaku dalam hidupnya. Isa mengingatkan Sofiy agar tidak terlalu mempercayai rakan baiknya, Tina, tetapi Sofiy menolak.
Barisan Pelakon
- Janna Nick
- Dini Schatzmann
- Shaza Bae
- Jalaluddin Hassan
- Fadilah Mansor
- Yasmin Hani
10. Ai In Love
Sinopsis
Kisah percintaan dua remaja yang berkawan dari zaman sekolah yang terpisah akhirnya takdir pertemukan mereka dengan teknologi yang direka cipta menjadi penghubung untuk kembali menyelesaikan salah faham antara mereka, mampukah cinta mereka bertaut?
Audria seorang ‘Sosial Media Influencer’ yang kemurungan akibat dikecam teruk, mengambil keputusan untuk mengurungkan diri di rumah dan memutuskan hubungan dengan dunia luar (termasuk media sosial).
Sejak kecil Iskandar sering dibuli sehinggalah ke zaman kerjanya. Sebagai Jurutera Programmer muda, Iskandar terpaksa akur menghadiri sesi temubual dalam program Selamat Pagi Malaysia mengenai projek Prototaip ‘T-Smartglass’ yang dibangunkan oleh syarikat tempat kerjanya. Melalui program inilah Audria berjaya menjejaki kekasih ‘cinta monyetnya’ dulu.
Barisan Pelakon
- Janna Nick
- Dini Schatzmann
- Sham Visa
- Emelda Rosemila
- Lia Natalia
- Keith Foo