Pokok Neem atau Pokok Semambu
Pokok semambu tumbuh setinggi 15-20 m dengan ketebalan 1.8-2.4 m. Rantingnya tersebar membentuk seperti mahkota. Bunganya berwarna putih atau kuning pucat dan beraroma. Berbuah setelah 3-5 tahun, buahnya berwarna kuning atau kehijauan apabila ia sudah masak. Daun semambu bergerigi dan panjangnya sebanyak 20-38 cm.
1. Mencegah Jangkitan Bakteria & Kulat
Dalam Pharmacognosy Journal, kajian mendapati bahawa daun semambu yang diekstrak dapat membantu menghalang aktiviti bacteria seperti Staphylococcus aureus yang menyebabkan penyakit kulit dan membantu dalam jangkitan kulat sepert Candida albicans yang menyebabkan penyakit genital.
Di samping itu, daun semambu juga dapat mengatasi kalemumur yang disebabkan jankitan kulat. Selain itu, penelitiannya menyatakan bahawa daun semambu yang dijadikan sebagai pes boleh membantu untuk merawat bisul yang terjadi dari penyakit cacar air untuk membantu dalam melegakan kulit yang sakit. Membantu melawan penyakit kanser dan virus.
2. Membantu Melawan Penyakit Kanser dan Virus
Ahli-ahli sains dari negara Europe, Japan and Indian telah menemukakkan bahawa komponen seperti limonoid dan polisakarida yang ada pada pokok semambu boleh menghalang penyakit barah dan virus.
Kajian menunjukkan ekstrak daunnya sangat berkesan terhadap penyakit leukemia limfositik. Sementara itu, ia menunjukkan kesan antivirus yang signifikan seperti mencegah virus simpleks herpes (HSV) dan penyakit polio.
3. Melawan Peradangan
Daun semambu boleh digunakan untuk melegakan sakit otot dan sakit sendi serta membantu meredakan penyakit rematik, osteoartritis dan sakit belakang.
Ini menghubungkan dengan kajian dari International Journal of Trend in Scientific Research and Development yang telah melaporkan bahawa ekstrak daun semambu boleh membantu dalam aktiviti Anti Radang.
4. Mengandungi Anti Oksidan
Salah satu kelebihan daun semambu adalah ia mengandungi Anti Oksidan dan bersifat sebagai mencegah atau memperlambat kerosakan sel.
Menurut kajian klinikal oleh Oscar dan rakannya di National University of San Marcos, menunjukkan bahawa daun semambu dapat merawat penyakit kencing manis, kegelisahan dan menjaga fungsi hati.
5. Kekuatan Imuniti
Daun semambu juga dapat memperbaiki sistem imuniti kita kerana ia bersifat Anti Histamin. Artikel tersebut mendapat sokongan dari The Economics Times yang menyatakan bahawa daun semambu membantu memgeluarkan toksin dan kekotoran dari darah.
Pokok Semambu Merawat 40 Penyakit
6. Penghadaman Yang Baik
Pada waktu yang sama, daun semambu dapat menjadikan sistem penghadaman bertambah baik.Hal ini berlaku kerana mengikut kajian Bangladesh Academy of Sciences, ia membantu menyembuhkan ulser di perut dan usus.
7. Mengawal Plak Di Gigi
Penggunaan daun semambu dapat mengurangkan bilangan bakteria yang wujud di dalam mulut. Tambahan pula, bakteria boleh menyebab plak merosakkan gigi.
Dalam sebuah kajian pada tahun 2019 memaparkan bahawa penggunaan bilas mulut yang mengandungi ekstrak daun semambu yang digunakan selama 2 minggu boleh mengurangkan plak gigi atau gingivitis yang dikenali sebagai radang gusi.
8. Cirit birit
Selain daun jambu batu, daun semambu juga boleh merawat penyakit cirit-birit. Sekiranya anda mengalami cirit-birit, anda boleh mengatasinya dengan membuat daun semambu sebagai ramuan herba
Caranya :
- Sediakan segenggam daun semambu
- Kemudian tambahkan kulit batang semambu sebanyak dua jari
- Selepas itu, potong menjadi kepingan kecil, masak dengan 600ml air
- Kemudian rebus sehingga warna air berubah, keluarkan dan tunggu sehingga sejuk
- Akhir sekali, penapis dahulu dan minum 2 kali sehari
9. Tambah selera makan
Bukan hanya halia, salah satu khasiat daun semambu juga boleh meningkatkan selera makan. Anda boleh menggunakannya setiap hari secara rutin dengan cara direbus. Dengan cara ini, selera makan anda akan meningkat dengan perlahan semulajadi.
10. Redekan Selesema
Apabila anda terkena selesema kerana selsema kerana cuaca tidak stabil dan imuniti badan rendah, daun semambu boleh menjadi penyelesaian.
- Sediakan beberapa helai daun semambu
- Kemudian keringkan di bawah sinar matahari.
- Selepas itu, rebus bersama-sama dengan halia kemudian masak sehingga mendidih.
- Terakhir, tapis terlebih dahulu dan kemudian minum semasa masih hangat.
- Minum ramuan ini dengan kerap sehingga keadaan badan mula pulih