10 Pekerjaan Yang Gaji Paling Tinggi Di Malaysia Untuk Orang Melayu

Pekerjaan Gaji Tinggi

Siapa yang cakap kerja makan gaji tak boleh kaya? Kami dari onviral akan kongsikan kepada anda 10 pekerjaan gaji paling tinggi di Malaysia.

Ada di antaranya mencecah sehingga RM70,000 sebulan! Nak tahu apa dia? Mari rujuk perkongsian kami.

Baca Juga: Voucher Foodpanda 2021- Cara Nak Dapatkan Voucher

Antara pekerjaannya ialah:

  1. Demand Planning Manager – RM70,000/bulan
  2. Surgeon – RM70,000/bulan
  3. CFO – RM70,000/bulan
  4. Marketing Director – RM55,000/bulan
  5. Clinical Research Associate – RM52,917/bulan
  6. Real Estate Brokers – RM50,000/bulan
  7. Physician – RM50,000/bulan
  8. Risk Management Director – RM40,111/bulan
  9. Biology Teacher – RM33,500/bulan
  10. Director – RM30,267/bulan

Gaji Paling Tinggi Di Malaysia

Namun berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh Salary Explorer mendapati rakyat Malaysia pada dasarnya tidak berpuas hati dengan gaji yang mereka terima.

Dengan kadar kenaikkan harga barang dan harga minyak setiap minggu, pastinya bantuan juga tidak mampu meringankan beban mereka.

Disebabkan itulah banyak cadangan yang diajukan sempena pembentangan Bajet yang akan datang supaya kerajaan menaikkan gaji terutama penjawat awam.

Sehubungan dengan itu, tinjauan JobStreet berhubung Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Pekerja di Malaysia mendapati, dari segi gaji, 61 peratus responden merasakan gaji mereka adalah rendah dan tidak mampu menyara kehidupan.

Sektor Pekerjaan Berisiko Dibuang Kerja

Bagi lepasan universiti yang masih tercari-cari kerja, anda dinasihatkan untuk tidak memohon kerja di bidang yang berisiko tinggi dibuang kerja.

Anda juga boleh memohon kerja di Singapura.

Pekerjaan Gaji Tinggi

Berikut merupakan 3 sektor pekerjaan paling berisiko dibuang kerja susulan pelaksanaan sistem automasi. Antaranya:

  1. Kewangan
  2. Peruncitan
  3. Pembuatan

Mengikut data dari Kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF), sebanyak 5 juta pekerjaan digantikan dengan mesin sejak tahun 2015.

Pada 2016, 40,000 pekerja diberhentikan sementara lebih 17,000 lagi dibuang sehingga Jun tahun ini.

Pada 2015, 44,000 pekerja diberhentikan dan 18,000 daripadanya adalah daripada sektor perbankan, susulan langkah industri kewangan yang melaksanakan sistem perbankan dalam talian.

Sementara laporan The Future of Employment oleh Universiti Oxford pada 2013 meletakkan pegawai telepemasaran, pegawai kredit dan juruwang sebagai pekerjaan paling berisiko untuk digantikan dengan mesin.

Manakala pekerja sosial, pakar terapi pemulihan serta pakar diet dan nutrisi adalah pekerjaan yang paling selamat.

Selain itu, Pengasas Syarikat Perunding DDG, Justin Tobin mencadangkan para pekerja mula mempelbagaikan kemahiran bagi menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress