13 Jenis Dadah Dan Kesan Sampingan

13 Jenis Dadah dan Kesan Sampingan

jenis dadah

Dadah atau ‘drug’ dalam bahasa Inggeris yang dimaksudkan ubat dan terdapat pelbagai jenis dadah. Dadah adalah bahan yang digunakan dalam ubat – ubatan, bertujuan untuk merawat, mencegah dan mengawal sesuatu penyakit. Namun terdapat penyalahgunaan bagi mereka yang bertujuan untuk keseronokan atau hiburan dan bukan bertujuan untuk perubatan. Namun ada juga mengatakan dadah membawa keburukan tapi tidak kesemuanya memberi kesan yang buruk. Ia datang dengan pelbagai bentuk dan diambil dengan pelbagai cara.

1. Heroin          

Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Pertama kali digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin. Namun terdapa nama lain heroin iaitu Big H, Dope, Smack dan  TNT .

Jenis dadah heroin :

  • Bes Heroin
  • Heroin No.3
  • Heroin No.4
  • Brown Heroin
  • Heroin Black Tar

Cara penggunaan dan ciri-ciri penagih :

  • Menyuntik, menghidu
  • Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul

2. Morfin

Morfin adalah jenis dadah alkaloid. Ianya diperolehi selepas prosesnya daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali bes morfin, pil morfin dan morfin mentah. Morfin juga terdapat beberapa nama lain seperti M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer dan Morphan.

Morfin mentah :

  • Didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ .
  • Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin :

  • Diperoleh secara langsung dari candu dan mengandungi peratus morfinnya 60% – 70% .
  • Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

Pil Morfin :

  • Mengandungi Morfin Sulffat .
  • Berwarna putih atau coklat pucat.

Cara penggunaan dan ciri-ciri penagih

  • Menyuntik , menelan
  • Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas

3. Candu

Dihasilkan daripada buah popi muda . Nama lain bagi candu adalah Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” dan Tar .

Candu mentah :

  • Getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .

Candu masak :

  • Candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat .
  • Berwarna coklat hitam .

Tahi candu :

  • Sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .

Cara penggunaan dan ciri-ciri penagih :

  • Menyuntik , menelan
  • Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul

4. Ganja

jenis dadah

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis dadah / bentuk :

  • Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain

  • Grass , pot , Marijuana , weed

Cara penggunaan dan ciri-ciri penagih

  • Menghisap
  • Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul

5. Syabu      

Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit . Nama lain bagi syabu “ice”

Jenis dadah / bentuk :

  • Kaca/kristal , pecah , serbuk halus seperti tawas

Cara penggunaan dan ciri-ciri penagih

  • Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
  • Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan

6. Ecstacy/MDMA   

Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive . Namun nama lainnya adalah Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA dan YABA.

Jenis dadah / bentuk :

  • Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Cara penggunaan dan ciri-ciri penagih

  • Menelan , campur dan minuman
  • Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur

Dadah penawar atau mudarat ?

7. Ketamin     

   

Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves . Nama lainnya “K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat.

Jenis/Bentuk

  • Serbuk putih , kristal , cecair , pil

Cara penggunaan dan ciri-ciri penagih

  • Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
  • Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah

8. Kokain / Cocaine

jenis dadah

Kokain atau Cocaine adalah jenis dadah yang berasal daripada daun koka. Dadah ini diproses menjadi serbuk putih. Untuk pengetahuan anda, daun koka yang digunakan untuk membuat kokain berasal daripada Peru, Columbia, Amerika Selatan dan Bolivia.

Jenis dadah :

Ia dikaitkan dengan penggunaan haram dan ketagihan yang teruk dalam masa yang singkat. Ia juga digunakan oleh sebahagian besar rawatan di bilik kecemasan.

9. Disulfiram

Jenis dadah yang digunakan untuk mengurangkan ketagihan minum secara berterusan dan membantu mengekalkan pantang bagi orang yang menggunakan gangguan alkohol adalah Disulfiram.

Jenis dadah dan cara pengambilan :

  • Didapati dalam bentuk tablet dan diambil secara telan.

Fungsi disulfiram :

  • Menghalang fungsi aldehid dehidrogenase dan menghasilkan kesan yang tidak menyenangkan apabila alkohol digunakan atau diminum.

Kesan pengambilan

  • Sakit kepala dan peningkatan kadar denyutan jantung.

10. Amfethamin / Amphetamine

jenis dadah

Amfethamin adalah merupakan jenis dadah yang psikostimulan. Ia meningkatkan aktiviti neurotransmitter tertentu. Amfethamin ditetapkan untuk beberapa keadaan namun sering juga disalah guna pakai.

Fungsi :

  • Menaikkan pelepasan sinaptik dan menghalang reuptake.

Kesan pengambilan berlebihan :

  • Tidak boleh tidur, bercakap lebih-lebih, menggeletar dan sebagainya.

11. Duragesic

Duragesic adalah jenis dadah yang terdapat dalam beberapa dos kekuatan. Tujuan asalnya adalah untuk digunakan dalam menguruskan kesakitan kronik dan teruk.

Kesan penyalahgunaan :

  • Meningkatkan risiko kecederaan berlebihan dan boleh mendatangkan ketagihan.

12. Naphyrone

Naphyrone (NRG-1; Energy1) adalah jenis dadah perangsang yang berkait rapat dengan mephedrone.Ia dijual di internet sebagai makanan tumbuhan atau pembersih kolam dengan harga sekitar RM70 setiap gram. Kini, Naphyrone adalah haram dan merupakan dadah kelas B di Jersey.

Jenis/bentuk dadah :

  • 5 hingga 10 kali ganda lebih kuat daripada mephedrone atau ecstasy.
  • Naphyrone biasanya datang dalam bentuk serbuk kristal putih dan biasanya ditelan dalam balutan kertas.

Kesan pengambilan :

  • Sama seperti dadah jenis amphetamine, kokain dan ecstasy.
  • Memberi kesan buruk kepada jantung dan saluran darah, hiperthermia dan sebagainya.
  • Ia juga boleh menyebabkan kematian akibat keruntuhan kardiovaskular atau kejutan jantung.

13. Phenobarbital

Phenobarbital adalah jenis dadah barbiturat. Biasanya digunakan sebagai anticonvulsant untuk merawat pesakit sawan. Ia juga digunakan untuk mengubati mereka yang mengalami pengeluaran akut daripada alkohol atau benzodiazepin.

Kesan pengambilan :

  • Boleh menyebabkan gegaran dan kejang yang teruk

Cara Mudah Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress