20 Kelebihan Minyak Zaitun Untuk Kesihatan

20 Kelebihan Minyak Zaitun Yang Anda Perlu Ketahui! 

minyak zaitun

 

1. Kelebihan minyak zaitun dapat menjaga kesuburan rambut

Ia mengandungi protein, anti-oksidan, dan ejen anti-mikrob yang menyihatkan rambut. Dari sudut sains, semua khasiat ini mempu menambahkan kekuatan folikel dan meningkatkan jangka hayat setiap urat rambut serta menyuburkannya.

2. Melembabkan kulit

Mempunyai kadar Vitamin E yang dapat membantu melindungi kulit dari anasir luar seperti cahaya matahari yang sangat terik dan angin kotor. Sifat minyak zaitun sangat ringan juga membuatkan ia sesuai digunakan sebagai pelembap bagi semua jenis kulit.

3. Menyihatkan otak dan menghindari penyakit

Antara komponen yang sangat tinggi dalam otak ialah asid lemak dan otak memerlukan asid lemak dalam jumlah yang tinggi setiap hari. Ini kerana otak merupakan kunci dalam segala urusan harian kita.

Jadi, minyak zaitun yang kaya dengan lemak sihat sangat sesuai digunakan untuk menjaga dan membuatkan otak kita lebih fokus dan tidak mudah lupa. Minyak zaitun juga membantu melawan penyakit otak seperti Alzheimer’s dan dementia apabila kita semakin tua.

4. Menyihatkan kesihatan jantung

Kolesterol tidak baik ini dikenali sebagai Lipoprotein Ketumpatan Rendah atau singkatannya LDL adalah gabungan lemak dan protein yang boleh membawa kepada pembentukan plak kolestrol pada dinding arteri yang lama-kelamaan akan menyempitkan saluran arteri, lantas boleh mengakibatkan serangan jantung.

5. Membantu melawan kanser

Menurut satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2004 dalam satu Jurnal Menghalang Kanser di Eropah, minyak zaitun mengandungi kadar antioksidan antara yang tertinggi.

6. Menurunkan berat badan dan obesiti

Amalan makan makanan yang kaya dengan lemak sihat ialah kunci kepada mengawal insulin yang berlebihan. Insulin ialah hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah yang menjadikan kita lebih gemuk.

Lemak sihatlah yang membantu mengurangkan rasa lapar dan ianya terbukti dengan satu kajian yang dilakukan ke atas 447 individu di Hospital Basel, Switzerland.

7. Mengatasi masalah penuaan wajah

Ramai tak tahu bahawa minyak zaitun kaya dengan sifat antioksidan. Antioksidan juga membentuk dan mencantikkan kulit wajah dengan mudah dan berseri. Anda boleh menyapu minyak zaitun pada bahagian wajah untuk kesan yang baik bagi penuaan.

8. Mencegah strok

Kelebihan minyak zaitun untuk kesihatan yang pertama adalah mencegah stroke. Salah satu cara untuk mengurangi risiko stroke adalah dengan menambahkan lebih banyak minyak zaitun ke dalam makanan.

9. Mematikan bakteria pada tubuh badan

Minyak zaitun mengandungi nutrisi yang boleh menghalang dan membunuh bakteria berbahaya. Salah satu bakteria tersebut ialah Helicobacter pylori, bakteria yang hidup dalam perut dan mengakibatkan ulser dan kanser perut.

Satu kajian dilakukan ke atas manusia mendapati, 30 gram minyak zaitun dara boleh mebunuh sehingga 40% bakteria Helicobater pylori hanya dalam 2 minggu sahaja.

10. Mencantikkan bibir

Ketika bibir menjadi gelap, tentu anda akan rasa kurang keyakinan dirikan? Setiap orang pasti ingin memiliki bibir merah merona yang sihat. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh gunakan minyak zaitun.

Ia mengandungi vitamin E dan vitamin K pada minyak zaitun yang digunakan sebagai cara menghilangkan bibir hitam. Caranya ialah menggosok bibir anda dengan minyak zaitun setiap hari.

Khasiat Minyak Zaitun Untuk Wajah

11. Memulihkan masalah tumit merekah

Campurkan minyak zaitun bersama-sama air lemon panas. Kemudian urut tumit anda dengan campuran ini ia membuatkan tumit lebih lembap dan lembut dan menghilangkan rekahan dengan cepat.

12. Merawat tekanan dan kemurungan

 

Minyak zaitun mengandungi kandungan serotonin yang dapat mengawal pergerakan otak dan memberi kesan terhadap antidepresi dan masalah emosi . Di Malaysia, tidak ramai yang tahu akan khasiat minyak zaitun terhadap kesihatan otak dan mental.

13. Menguatkan tulang dan gigi

Minyak zaitun yang kaya dengan polyphenol seperti Extra Virgin Olive Oil dikatakan mampu mengelakkan masalah kerapuhan tulang. Dalam sebuah kajian pada tahun 2017, darah mereka yang mengamalkan minyak zaitun didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi.

14. Mengawal kolestrol dalam tubuh badan

Satu kajian menunjukkan bahawa jika seorang dewasa mengambil 2 sudu besar sehari minyak zaitun dara dalam tempoh seminggu, ia akan berjaya menurunkan kepekatan kolesterol tidak baik dalam tubuh badan kepada kadar yang normal.

15. Mengatasi masalah sembelit

Minyak zaitun kaya dengan lemak “monounsaturated” membantu meningkatkan pegerakan makanan supayah bergerak dengan lancar melalui usus besar tanpa sebarang masalah. Ia juga membantu mempercepatkan pergerakan usus dan menghalang sembelit.

16. Mencairkan tahi telinga

Sekiranya seseorang mengalami masalah tahi telinga kering atau sukar membersihkan , minyak zaitun adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah ini. Sama ada kegunaan luaran atau dalaman, keduanya boleh digunakan, namun pada cara yang tepat kerana dapat melembabkan kulit dan telinga.

17. Mengelak terkena penyakit alzheimer

Manfaat lain mengurangkan risiko penyakit alzheimer. Alzheimer adalah keadaan neurodegeneratif paling umum di dunia. Salah satu ciri utamanya adalah penumpukan plak beta-amyloid di dalam sel-sel otak.

Kajian manusia menunjukkan bahwa diet mediterania yang kaya dengan minyak zaitun bermanfaat bagi fungsi otak. Mengambil makanan secara teratur yang dicampur minyak zaitun sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh dan otak.

18. Digunakan untuk cuci makeup di muka

Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding dengan yang lain di pasaran. Ia sangat baik tanpa merosakkan kulit anda.

19. Mencegah penyakit batu karang

Penyakit batu karang pada buah pinggang boleh dicegah dengan khasiat minyak zaitun kerana membantu melarutkan segala sisa dan batu karang yang terkandung di bahagian buah pinggang.

Selain cuba mengamalkannya, tidak salah juga anda dapatkan nasihat atau  pendapat daripada doktor tentang pemakanan bagi pengidap sakit buah pinggang dan batu karang.

20. Mengurangkan rasa kelaparan

Minyak zaitun yang dimasukkan ke dalam masakan atau dimakan begitu sahaja mengikut cara yang betul dapat mengurangkan rasa lapar .

Sebuah kajian yang melibatkan sebanyak 447 individu di Hospital Basel, Switzerland telah membuktikan bahawa salah satu khasiatnya, dapat mengurangkan rasa lapar disebabkan oleh lemak sihat yang terkandung di dalam itu.

Hanya petik buah, seorang pemuda peroleh gaji sehingga RM 6,000?

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress