close
informasi

SAPS Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Untuk menyemak slip peperiksaan para pelajar sekarang boleh dibuat melalui online di portal SAPS Ibu Bapa 2019 atau dikenali Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS NKRA).

Ianya dikenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk senangkan ibu bapa mengetahui semua maklunat mengenai ujian/peperiksaan anak-anak di sekolah.

Walaubagaimanapun sistem SAPS Ibu Bapa ini tidak maklumat mengenai peperiksaan terkenal seperti UPSR, PT3, SPM serta STPM.

Apakah Itu SAPS Semakan Ibu Bapa ?

(SAPS) adalah perkataan ringkas untuk Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dicipta untuk tujuan mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS adalah satu sistem yang dibangunkan secara atas talian dan boleh digunakan oleh semua pihak termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah.

Apa yang digunakan di dalam sistem ini adalah selari dengan mengikut skala kebangsaan. Segala data yang disimpan melalui sistem SAPS boleh digunakan oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Sistem ini sangat memudahkan para ibu bapa penjaga. Melalui sistem ini ibu bapa boleh ketahui Kedudukan Dalam Kelas(KDK) dan Kedudukan Dalam Darjah(KDD) bagi sekolah rendah ataupun Kedudukan Dalam Tingkatan(KDT) bagi sekolah menengah.

Sebagai tambahan, sistem ini menyokong semua ujian di peringkat sekolah antaranya ujian percubaan di sekolah rendah dan menengah.

Tetapi bagi peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM 2017, ibu bapa perlu membuat semakan secara manual di sekolah masing-masing atau secara SMS seperti yang dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sistem ini akan menunjukkan rekod keputusan pelajar yang terbaharu termasuk pencapaian gred, kedudukan di dalam kelas dan %markah pelajar-pelajar.

Di bawah ini merupakan sistem gred pemarkahan untuk rujukan anda:

Gred Sekolah Rendah

  • 80-100 Gred A :Cemerlang
  • 65-79 Gred B :Baik
  • 50-64 Gred C :Memuaskan
  • 40-49 Gred D  :Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred E :Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH :Tidak Hadir

Gred Sekolah Menengah

  • 85-100 Gred A :Cemerlang
  • 70-84 Gred B :Kepujian
  • 60-69 Gred C :Baik
  • 50-59 Gred D  :Memuaskan
  • 40-49 Gred E :Mencapai Tahap Minimum
  • 0-39 Gred F :Tidak Mencapai Tahap Minimum
  • TH :Tidak Hadir

Gred Menengah Atas

  • 90-100 Gred A+ :Cemerlang Tertinggi
  • 80-89 Gred A :Cemerlang Tinggi
  • 70-79 Gred A- :Cemerlang
  • 65-69 Gred B+ :Kepujian Tertinggi
  • 60-64 Gred B :Kepujian Tinggi
  • 55-59 Gred C+ :Kepujian Atas
  • 50-54 Gred C :Kepujian
  • 45-49 Gred D :Lulus Atas
  • 40-44 Gred E :Lulus
  • 0-39 Gred G :Gagal
  • TH :Tidak Hadir

Langkah Bagi Membuat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Secara Online

Di bawah ini merupakan langkah-langkah untuk buat Semakan Keputusan exam SAPS oleh Ibu Bapa:

Semakan Keputusan exam Melalui SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

saps ibu bapa

Langkah-langkah mudah dan senang untuk ibu bapa dan penjaga murid untuk buat semakan keputusan exam SAPS secara online adalah seperti di bawah :-
1 Sila layari website SAPS IBU BAPA, untuk akses ke menu utama. KLIK SINI.

2 Sila letak nombor kad pengenalan/sijil lahir pelajar (tanpa d@sh “-” atau jarak)
SAPS new
3 Pilih negeri dan pilih nama sekolah terkini nkra1.1.
4 Sila tekan butang Semak Laporan, dan anda terus ke submenu seperti paparan di bawah :-
5 Sila pilihkan jenis exam mahu disemak, samaada Ujian atau Exam Pertengahan Tahun, Exam Akhir Tahun, Exam Percubaan dan sebagainya
6 Kemudian tekan pada papar slip keputusan. Bagi paparan lebih jelas, tekan pada papar markah peperiksaan nkra3
7 Slip keputusan memperlihatkan subjek yang di ambil, gred dan markah bagi setiap subjek serta markah keseluruhan. Markah secara keseluruhan dijadikan penanda aras bagi kiraan peratus pencapaian. Ianya akan menentukan sama ada murid tersebut lulus ataupun gagal. Mengikut slip ini, ibu bapa dapat membuat perbandingan untuk kedudukan kelas dan kedudukan didalam darjah.
NOTA : Analisa permarkahan paparkan 4 keputusan peperiksaan utama untuk tahun tersebut. Mengikut analisa ini, ibu bapa dapat bandingkan markah keempat-empat ujian bagi menilai prestasi anak-anak

Pertanyaan atau Soalan Lazim Semakan SAPS NKRA

Bagi memudahkan Pengguna SAPS NKRA dalam mengambil tindakan bagi mengatasi masalah yang ada semasa gunakan sistem SAPS, berikut adalah soalan-soalan lazim (FAQ) dan langkah-langkah dalam mengatasi permasalahan buat panduan semua.

Penggunaan Singkatan Perkataan

Ringkasan :-

  1. SAPS :Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. SUP :Setiausaha Peperiksaan
  3. GMP :Guru Matapelajaran
  4. GK :Guru Kelas
  5. KP :Kad Pengenalan
  6. APDM :Aplikasi Pangkalan Data Murid
  7. JPN :Jabatan Pelajaran Negeri

Diantara ringkasan perkara yang menjadi persoalan dalam SAPS adalah :-

i) LOGIN SAPS NKRA

  1. Setiausaha Peperiksaan Tidak Dapat Login ID
  2. Guru Matapelajaran / Guru Kelas tak boleh Login ID/ Lupa Kata Laluan
  3. Mengubah ID dan Password

ii) PENDAFTARAN SUP/ GK/ GMP

  1. Level Setiausaha Peperiksaan Hilang
  2. Pertukaran Level Guru Matapelajaran/ Guru Kelas
  3. Daftar Guru Matapelajaran Yang Baru

iii) PENGURUSAN GURU

  1. Penukaran Admin
  2. Guru Mata pelajaran salah Pilih Kod Subjek
  3. Tukar Guru Ke Sekolah Baharu
  4. Mengambil Alih Subjek Guru Lain
  5. Nama Yang Sama Pada Lembaran Markah Di Dua Kelas berbeza
  6. Sekolah Tidak Wujud Dalam SAPS

iv) SEMAKAN IBUBAPA

  1. Nombor KP Pelajar Tidak Boleh Mengakses SAPS
  2. Ejaan Nama Pelajar Salah

v) PENGISIAN MARKAH PERCUBAAN UPSR/ PMR

  1. Tidak Boleh Pengesahan Markah
  2. Subjek Subjek Yang Diambil kira Dalam Pengiraan GPS PMR
  3. Pengisian Markah Untuk Peperiksaan Percubaan
  4. Mengubah Bilangan Murid Subjek Yang Diajar

Di bawah ini adalah soalan lazim sering ditanya oleh para pengguna SAPS ketika menggunakan sistem ini dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

1) Ejaan Nama Pelajar Salah 

Macam mana cara bagi perbetulkan ejaan nama anak saya yang salah yang dipaparkan pada keputusan peperiksaan?

  • a) Ibubapa dikehendaki menghubungi guru kelas (GK) anak mereka untuk memaklumkan hal berkenaan. Kemudian, GK perlu kemaskini nama pelajar itu di dalam APDM serta maklumkan kepada SUP sekolah untuk pindah semula nama pelajar yang telah dikemaskini ke dalam SAPS

b) Perlukah saya sebagai SUP sekolah untuk menghubungi pihak HELPDESK SAPS bagi memberitahu hal ini?

  • Tidak perlu. Salahan eja nama pelajar tidak jejaskan markah peperiksaan sebelum ini. Akan tetapi SUP perlu proses semula bagi dapatkan ejaan nama pelajar terkini pada slip peperiksaan.

2) Nombor KP Pelajar Tidak Dapat Akses SAPS

a) Saya ibu bapa kepada seorang pelajar dan ingin lihat keputusan anak saya dengan sistem SAPS tetapi apabila saya masukkan nombor Kad Pengenalan dan nombor sijil kelahiran, aksesnya tidak berjaya, Apa yang patut saya buat?

  • Ibubapa tersebut perlu hubungi guru kelas(GK) bagi anak mereka untuk memaklumkan masalah tersebut. GK perlu semak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir). Jika disahkan salah, Guru Kelas mesti kemaskini pelajar berkenaan di APDM dan memaklumkan permasalah ini terus kepada SUP di sekolah. SUP perlu kemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS Ibu Bapa.

b) Perlukah saya memaklumkan mengenai penukaran nombor Kad Pengenalan pelajar kepada HELPDESK SAPS?

Ya, SUP kena hubungi HELPDESK SAPS untuk memberitahu penukaran nombor Kad Pengenalan pelajar tesebut dengan maklumkan nombor KP yang salah dan nombor KP terkini dan membolehkan nombor KP dikemaskinikan. Jika tidak diberitahu, markah peperiksaan pelajar sebelum ini tidak akan dapat tunjukkan pada Semakan Ibubapa dan slip keputusan

3) Dua Nama Sama Pada Lembaran Markah di dua kelas berbeza

a) Saya dapati ada satu nama pelajar berada pada dua kelas berbeza pada lembaran markah. Apakah tindakan wajar yang perlu saya lakukan?

  • Keadaan ini mungkin berlaku kerana sebelum ini murid tersebut dari kelas lain dan pindah ke kelas baru. Pihak SUP perlu log-in ID GMP murid terlibat dan tekan pada butang ‘Simpan’ untuk markah yang sudah diisi. Seterusnya SUP akan mengesahkan dan proses kembali untuk kemaskini lembaran markah yang betul serta nama pelajar tersebut akan kelihatan pada kelas yang betul sahaja.

b) Saya sudah melakukan sedemikian, tetapi masalah tersebut masih wujud?

  • SUP boleh hubungi HELPDESK SAPS bagi buat laporan tentang permasalahan tersebut

Maklumat Lanjut SAPS IbuBapa

  • Bagi FAQ Soalan Lazim yang selengkapnya, sila muat turun ataupun Download FAQ dalam format PDF di Panduan Am SAPS.
Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response