close
informasi

APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid Login

APDM. Mengikuti peredaran zaman yang serba canggih dan moden ini, para guru di Malaysia tidak lagi perlu merekod data murid secara manual seperti sebelum ini.

Dengan inisiatif dari Kerajaan Malaysia dibawahnya Kementerian Pelajaran Malaysia, memperkenalkan satu sitem dipanggil APDM iaitu Aplikasi Pangkalan Data Murid.

Sistem ini boleh diguna guru-guru bagi merekodkan kehadiran murid untuk kehadiran harian ke sekolah.

apdm

Sistem ini membolehkan pengendalian data murid-murid di peringkat Jabatan Pendidikan Daerah, Sekolah dan Pejabat Pendidikan Negeri. APDM penting untuk memastikan segala maklumat terkini sekolah dan murid.

Tiada Lagi Buku Jadual Kedatangan Murid

Seakan banyak pihak pentadbiran selalu terlepas pandang mengenai isu ini. Malah ada juga yang mungkin dengan sikap tidak mahu melakukan perbuhan. Akan tetapi pada asasnya sistem dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) ini membantu dan memudahkan kerja guru.

Mengikut laporan, masih ada para pentadbir yang menyuruh para guru membuat dua kerja iaitu mengisi buku rekod kedatangan murid ke sekolah serta mengisi juga rekod ke dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid. Kerja pengkeranian ini tidak seharusnya dilakukan oleh guru kerana ianya membuang masa. Jadi, kami berharap para guru dan pentadbir lebih sensatif mengenai perkara ini.

Apakah laman web Aplikasi Pangkalan Data Murid?

Sila ke LINK URL apdm.moe.gov.my

Bagaimana kami sebagai admin APDM sekolah mahu login ke dalam sistem APDM?

Sila masukkan mengikut turutan seperti di bawah:

  1. ID pengguna : Kod Sekolah (menggunakan huruf besar tanpa jarak. Contoh : 1234ABCDE).
  2. Kata Laluan : ####### (anda dicadangkan agar menukar kata laluan yang anda dapat dari sistem (default password) selepas pertama kali login. Anda perlu menukar kata laluan sebagai langkah keselamatan data.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai sistem ini anda boleh merujuk ke laman web asal APDM itu sendiri. Elakkan untuk masuk ke sistem APDM dari laman web bukan rasmi. Ini dapat mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kebocoran maklumat peribadi.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru dan pentadbir di Malaysia dalam menguruskan Aplikasi Pangkalan Data Murid.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response