E Filing Panduan Lengkap Cara Mengisi Borang Cukai Pendapatan

e filing lhdn

Aplikasi e-Filing merupakan sistem yang bolehkan pembayar cukai mengisi dan hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan(BNCP) serta borang anggaran melalui online. BNCP dan borang anggaran yang disediakan dalam e-Filing adalah seperti berikut :

Borang B/BT (e-B/e-BT)Yang Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan @ Berkepakaran
Borang BE (e-BE)Yang Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
Borang P (e-P)B0rang Nyata Perkongsian
Borang M/MT (e-M/e-MT)B0rang Nyata bagi Individu Yang Bukan Pemastautin/Pekerja Berpengetahuan
Borang E (e-E)B0rang Nyata dari Majikan
Borang C (e-C)B0rang Nyata Syarikat
Borang C1 (e-C1)B0rang Nyata Koperasi
B0rang R (e-R)-Penyata Baki 108 Tersemak
Borang CP204 (e-CP204)B0rang anggaran cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah
B0rang CP204A (e-CP204A)B0rang pindaan cukai Syarikat/K0perasi/Badan Amanah Pindaan ke-6 @ Pindaan ke-9
Borang TF (e-TF)B0rang Nyata Pertubuhan
Borang TP (e-TP)B0rang Nyata Harta Pusaka
Borang TC (e-TC)B0rang Nyata Unit Amanah/Amanah Harta Tanah
Borang TA (e-TA)B0rang Nyata Badan Amanah
Borang PT (e-PT)B0rang Nyata Perkongsian Liabiliti Terhad
e-Permohonan Pindaan BE-e-Permohonan Pindaan BE adalah permohonan pindaan kerana kesilapan untuk B0rang Nyata Cukai Pendapatan yang telah dikemukakan secara e-Filing ataupun m-Filing dalam temp0h
Semakan Pengesahan-Semakan semula penges@han penerimaan b0rang yang telah dihantar menerusi e-Filing. Anda boleh menyimpan atau cetak semula pengesahan tersebut.

eFiling boleh diisi bermula 1 Mac setiap tahun. Individu yang memperolehi gaji minimum RM34,000(tahunan) atau RM2,833.33(bulanan), selepas p0tongan KWSP layak dikena cukai pendapatan.

E FILING LHDN

eFiling LHDN adalah sistem yang bertujuan mengira “total” pendapatan bercukai, dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.

Menerusi sistem eFiling ini, anda boleh isi sendiri “total” pendapatan tahunan, penolakan cukai, pelepasan cukai & rebat cukai.

Beza dengan sistem sebelum ini anda perlu hantar borang taksiran dan perlu membuat pengiraan cukai dengan cara manual di pejabat LHDN.

Berikut ialah info grafik prosedur pembayaran cukai pendapatan yang dibuat oleh iMoney.

e filing

Cara Mengisi Borang e-Filling Cukai Pendapatan LHDN

Berikut dikongsikan panduan cara langkah-langkah untuk mengisi borang cukai pendapatan dengan online menggunakan ezHASiL.

Langkah 1 (Log Masuk)

Fungsi ini boleh digunakan samada individu @ organisasi. Setiap individu/organisasi mestilah mengaktifkan nombor PIN terlebih dahulu pada Login Kali Pertama untuk mendapatkan sijil digital dahulu.

  • Pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.
  • Sila masukkan No.Pengenalan dan Kata Laluan yang betul, dan klik butang Hantar.

Layari Laman Web ezHasil di pautan berikut :-

ATAU

2. e-Borang

Pengguna akan diperlihatkan skrin “Perkhidmatan” apabila telah berjaya menlog masuk ke dalam sistem ezHASiL.

i. Skrin eBorang

Klik pautan e-Borang di bawah menu e-Filing. Sistem ezHASiL akan dipaparkan skrin eBorang seperti di bawah:

ii. Pada skrin e-Borang, pilih jenis borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan.

iii. Skrin borang e-BE akan diperlihatkan. Maklumat pada borang terbahagi kepada empat bahagian iaitu:

  • a. Maklumat Individu
  • b. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
  • c. Pelepasan/Tolakan Cukai/Rebat/Pelepasan Cukai
  • d. Rumusan

3. Maklumat Individu

i. Di skrin Maklumat Individu, ruang maklumat yang bertanda (*) ialah mandatori yang perlu diisi. Segala maklumat telah diisi akan disimpan apabila pengguna tekan di “tab” yang seterusnya.

  • a. Tekan pada butang Nota Penerangan BE untuk Penerangan mengenai borang BE
  • a. Klik pautan English untuk borang BE dalam versi Bahasa Inggeris

4. Pendapatan Berkanun (Cara Mengisi Borang e-Filling Online)

i. Di skrin Pendapatan Berkanun, total Pendapatan & Pendapatan Tahun Sebelum Yang Belum Dilaporkan serta maklumat berkenaan penggajian(gaji) akan ditunjukkan. Pengguna boleh isi maklumat berkenaan pendapatan di skrin ini.

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

ii. Di skrin Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai/Pelepasan Cukai, anda boleh mengisi maklumat bagi pelepasan cukai. Penerangan boleh didapati apabila “mouse” digerak pada simbol.

5. Rumusan (Cara Mengisi Borang e-Filling Online)

i. Di skrin “Rumusan”, rumusan cukai akan diperlihatkan samaada pengguna ada “Lebihan Bayaran” @ “Baki Cukai Kena Dibayar”. Selain itu pengguna juga boleh semak semula rumusan maklumat telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”. Seterusnya tekan pada butang “Teruskan” bagi menghantar pengisytiharan borang.

6. Akuan

i. Pada skrin Akuan, Terdapat 3 pilihan menu pada skrin ini iaitu:

  • a. Cetak Draf Borang – Cetakan draf borang didalam bentuk PDF
  • b. Tandatangan & Hantar – Untuk menghantar e-Borang
  • c. Kembali – Kembali ke skrin yang sebelumnya

Tekan butang Tandatangan & Hantar untuk menghantar e-Borang.

7. Tandatangan Dan Hantar Borang

i. Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan.

Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

8. Pengesahan Terima Borang Cukai Pendapatan (Cara Mengisi Borang e-Filling Online)

i. Skrin Penges@han Penerimaan e-BE untuk Tahun Taksiran “XXXX” seperti di bawah akan dipaparkan. Terdapat 3 butang pada skrin ini iaitu :-

  • a. Butang Simpan & Cetak Pengesahan – Bagi menyimpan dan mencetak slip penges@han penerimaan borang
  • b. Butang Simpan & Cetak e-BE – Bagi menyimpan dan mencetak salinan e- Borang
  • c. Butang Keluar – Bagi keluar dari e-Borang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *