Bantuan Sara Hidup Semakan Permohonan dan Kemaskini Terkini

Bantuan Sara Hidup. Seperti yang kita ketahui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kini dipanggil sebagai Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) akan terus diberikan pada tahun 2019. Tetapi, beberapa perkara untuk pemberian BSH akan dikaji semula. Ianya adalah seperti syarat kelayakan memohon bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja  bakal menerima bantuan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara membuat permohonan BSH 2020 dan cara kemaskini maklumat penerima secara online. Dalam artikel ini kami akan tunjukkan kepada anda cara untuk membuat semakan permohonan dan kemaskini terkini untuk Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH).

Seperti dalam Bajet 2020, Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng telah mengumumkan BSH untuk individu bujang dinaikkan sebanyak RM300.

Kerajaan telah mengumumkan kenaikkan kadar Bantuan Sara Hidup Bujang sebanyak RM300.

BSH Bujang tahun lepas cuma RM100 akan dibayar terus ke akaun penerima bermula 28 Mac 2019.

Seperti yang telah diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk kesejahteraan ekonomi rakyat. Ini adalah bagi membantu golongan pendapatan rendah (B40) untuk ringankan kos sara hidup mereka. Untuk buktikan keprihatinan kerajaan kepada golongan B40 serta seterusnya memberi kesan tinggi kepada rakyat, pembayaran fasa ke-3 BSH 2019 dilakukan mulai tarikh 28 Ogos 2019 (Rabu). Maklumat lanjut BSH tahun 2019 yang diterima oleh isi rumah yang diluluskan berdasarkan pendapatan bulanan adalah seperti berikut:

Pendapatan Isi RumahBawah RM2,000  RM2,001 – RM3,000RM3,001 – RM4,000 
 Fasa 1(Pertama) RM300 RM300 RM300
 Fasa 2(Kedua) RM300 RM150 RM100
 Fasa 3(Ketiga) RM400 RM300 RM100
 Jumlah RM1,000 RM750 RM500
bantuan sara hidup

Semak Status BSH Anda Sekarang!

Untuk membuat semakan BSH anda hanya perlu masuk ke link: https://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx

Anda hanya perlu masukkan nombor kada pengenalan sahaja: MyKad (12 digit). Seterusnya tekan pada butang semak di bawah.

Semakan Status BSH Individu Bujang

Untuk membuat semakan status permohonan BSH Bujang boleh dibuat menerusi portal MyBSH di https://bsh.hasil.gov.my/SemakanBujang.aspx

Tetapi ada juga individu bujang yang disenaraikan tidak layak menerima bantuan sara hidup rakyat tahun ini, antaranya adalah seperti:

  1. Pendapatan lebih RM4,000 sebulan
  2. Tinggal bukan di Malaysia
  3. Individu Bujang umur 59 tahun ke bawah.
  4. Pasangan bukan warganegara, seorang ibu bapa tunggal, janda, duda yang tidak ada anak.
  5. Tidak mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
  6. Miliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
  7. Miliki Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  8. Sebagai Seorang Pemegang saham / pengarah syarikat
  9. Miliki kenderaan dalam negara lebihi 2,000cc
  10. Miliki kenderaan luar negara lebihi 1,400cc
  11. Miliki motosikal lebihi 500cc
  12. Ada transaksi milikan hartanah lebihi RM500,000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *