close
informasi

EGTukar Semakan Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Online

EGTUKAR. Berita baik buat semua guru di Malaysia. Permohonan pertukaran guru akan dibuka pada 18 Februari 2020. Permohonan boleh dibuat oleh guru melalui Sistem e-GTukar iaitu satu sistem pertukaran guru.

Jadi, para guru yang ingin bertukar tempat kerja mereka haruslah mengingati tarikh ini. Apabila sistem ini dibuka, guru boleh membuat permohonan terus dengan mendaftar masuk akaun dahulu.

Manakalah semakan e-GTukar antara daerah atau dalam daerah boleh dibuat bermula 18 November bermula waktu 6 petang di portal rasmi https://epgo.moe.gov.my

Dengan sekali permohonan sahaja, pertukaran guru ini akan dibuat secara berperingkat iaitu pada bulan Jun 2019 dan bulan Januari 2020.

Sebelum anda(para guru) membuat permohonan pertukaran, dinasihatkan supaya mengetahui statistik pertukaran guru mengikut negeri dahulu bagi mengelakkan ketidakstabilan permohonan.

Di bawah ini adalah contoh statistik permohonan pertukaran guru mengikut negeri yang dipaparkan didalam sistem egtukar:

Sekolah Menengah
Sekolah Menengah
Sekolah Rendah
Sekolah Rendah

Proses bagi pertukaran guru melalui modul e-GTukar untuk tahun 2020 akan dilaksanakan secara berperingkat. Proses pertama adalah pada sesi Jun 2020 dan proses kedua pada Januari 2021 dengan hanya sekali permohonan sahaja.

Tidak ada permohonan secara offline atau manual untuk pertukaran guru tahun 2020. Semua permohonan pertukaran adalah melalui secara online sahaja.

egtukar

Hanya 2 kategori pengguna sahaja yang boleh menggunakan sistem e-GTukar ini iaitu:

  • Guru – Pengguna yang telah berdaftar oleh Pentadbir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan sistem ini.
  • Pentadbir Sistem – Pentadbir sistem yang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) sahaja dibenarkan untuk  menggunakan sistem ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

Guru yang memohon dalam sistem egtukar ini tidak semestinya 100% lulus kerana ada beberapa kriteria sahaja yang melayakkan pertukaran antaranya adalah:

  1. Kepentingan perkhidmatan
  2. Kekosongan penjawatan
  3. Keperluan opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dimohon

Kuasa untuk meluluskan permohonan pertukaran guru hanya boleh dibuat oleh satu Jawatankuasa Pertukaran Guru di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengetahui serba sedikit mengenai sistem bagi permohonan pertukaran guru. Semoga anda berjaya dalam permohonan pertukaran nanti. Kami doakan buat anda.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response