close
informasi

PAJSK Login Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

PAJSK Login. Satu sistem yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sistem bagi merekod aktiviti sukan dan kokurikulum pelajar di sekolah.

Sistem ini adalah sama di seluruh sekolah yang ada di Malaysia. Jadi, segala rekod sukan dan kokurikum semua pelajar di Malaysia direkodkan dalam satu sistem ini sahaja.

Sistem ini dapat memudahkan untuk diakses oleh pihak berkempentingan kerana sistem ini adalah secara atas talian “online”.

Sistem ini buat secara online untuk memudahkan para guru untuk “key in” data dengan pantas dan lebih efisien berbanding dengan menggunakan kaedah manual seperti sebelum ini.

Bagi mengakses sistem ini hanya perlu ke halaman: https://pajsk.moe.gov.my/index.php

Sila ambil perhatian, selepas masuk ke dalam laman web pajsk ini sila pilih antara pentaksiran rendah atau menengah seterusnya tekan butang ikut yang tersenarai.

Ianya dibahagikan mengikut peringkat sekolah menengah atau sekolah rendah. Jangan salah pilih bagi menggunakan sistem ini.

Sebarang aduan atau pertanyaan mengenai sistem ini anda boleh terus berhubung melalui email aduan.pajsk@moe.gov.my

pajsk

Bagi mendapat maklumat yang lebih terperinci mengenai sistem ini anda boleh klik pautan di bawah:

KLIK GARIS PANDUAN PAJSK

Di dalam garis panduan yang diberikan itu akan diterangkan secara terperinci mengenai sistem ini. Jadi, ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru mengetahui penggunaan sistem tersebut.

JADUAL OPERASI SISTEM PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) TAHUN 2019

1. Pengisian serta pengesahan data Ujian SEGAK bagi bulan Ogos adalah bermula pada 1 Ogos 2019 hingga 31 Oktober 2019.

2. Pengisian dan pengesahan data Pentaksiran Kokurikulum  serta Sukan adalah bermula pada 1 Ogos 2019 sehingga :

(Tahun 6)31 Oktober 2019
(Tingkatan 3)30 November 2019
(Tahun 4 dan 5)31 Disember 2019
(Tingkatan 1,2,4 dan 5)31 Disember 2019
(STAM)31 Disember 2019
(STPM)31 Disember 2019

Semoga dengan adanya sistem ini dapat memudahkan lagi para guru untuk membuat pentaksiran dan pengisian markah PAJSK murid/pelajar. Majulah sukan untuk negara!

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response