close
informasi

e Operasi Login Modul Pengurusan Guru di Malaysia

Dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, e operasi merupakan salah satu Modul Pengurusan Guru.

Modul ini telah dikeluarkan pada tarikh 1 Januari 2015 dan diguna pakai sehingga kini.

Dimaklumkan bahawa penyediaan permohonan ABM(P) Tahun 2020 bagi sekolah-sekolah di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan dilaksanakan secara dalam talian melalui Modul Pengurusan Guru (MPG) Modul e-OPERASI mulai 11 Mac 2019 hingga 29 Mac 2019 manakala sekolah-sekolah di bawah kawalan Bahagian (Sektor Operasi Pendidikan) dilaksanakan secara format manual mulai 11 Mac 2019 hingga 22 Mac 2019.

Surat pemakluman penyediaan dan garis panduan penyediaan ABM(P) Tahun 2019 boleh dimuat turun melalui MPG Modul e-Operasi mulai 7 Mac 2019.

Sistem ini diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Modul ini bertujuan melicinkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru.

Modul ini berkaitan pengurusan data guru dan bukan guru bagi beberapa kategori pengguna iaitu:

  • Pentadbir Sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah)
  • Pengguna (guru dan bukan guru)
e operasi

Login Modul Pengurusan Guru “e-Operasi”

  • Bagi pengguna baru haruslah masuk ke link ini KLIK SINI

Untuk pengguna baru anda perlu mengisi maklumat seperti Nama, IC, No.Gaji, ID pengguna, Kata Laluan dan beberapa lagi maklumat lain.

Pengguna sedia ada hanya perlu memasukkan loginID, Katalaluan dan Nombor Kad Pengenalan sahaja untuk masuk ke sistem ini.

Bagi memudahkan untuk pengguna Modul Pengurusan Guru ini, pihaknya telah menyediakan satu manual untuk penggunaan modul ini.

Sila KLIK SINI untuk melihat manual pengguna sistem ini.

Untuk kemaskini data bagi bulan Januari, semua guru serta staf sokongan dimohon untuk membuat semakan/kemaskini data dalam sistem e operasi.

  •  Maklumat perkhidmatan
  •  Maklumat ikhtisas
  •  Sejarah perkhidmatan
  •  Sejarah pengalaman mengajar
  •  Maklumat gaji & elaun
  •  Maklumat kokurikulum
  •  Maklumat istihar harta

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda semua untuk menggunakan Modul Pengurusan Guru (e-Operasi). Sebarang pertanyaan atau pendapat anda boleh terus hubungi kami di email: admin@onviral.com.my

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response