close
informasi

SAPS NKRA: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ibu Bapa


SAPS NKRA atau dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah merupakan satu sistem semakan keputusan peperiksaan yang boleh digunakan oleh ibu bapa.

Dengan sistem ini para ibu bapa boleh membuat semakan keputusan peperiksaan anak-anak mereka secara online.

Sistem yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ini bertujuan untuk menyenangkan para ibu bapa mengetahui maklumat ujian/peperiksaan anak-anak di sekolah.

Tetapi untuk makluman anda sistem SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan umum seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.

Sistem analisis peperiksaan sekolah cuma menyokong ujian bulanan dan peperiksaan tahunan yang diuruskan pihak sekolah juga termasuk peperiksaan percubaan.

SAPS NKRA: Login Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah 2020

Sebelum ini kami pernah dimaklumkan sistem analisis peperiksaan sekolah atau SAPS NKRA ditutup buat sementara waktu atas sebab keselamatan.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pada bulan Jun lalu.

Katanya Kementerian Pendidikan menerima laporan ada berlaku kebocoran maklumat dalam sistem SAPS Ibu Bapa.

Jadi, pihak kementerian telah menggunakan langkah selamat dengan menutup sistem SAPS buat sementara waktu.

Update: Kini anda boleh login ke sistem SAPS seperti biasa.

APA ITU SAPS NKRA?

Mungkin ada sebahagian ibu bapa pertama kali mendengar tentang sistem SAPS NKRA ini. Sebenarnya sistem ini dibuat bagi memudahkan urusan ibu bapa untuk semak keputusan peperiksaan anak-anak di sekolah.

Melalui sistem ini, guru mata pelajaran akan memasukkan keputusan peperiksaan anak-anak anda. Jadi, para ibu bapa tidak perlu ke sekolah lagi untuk mengambil keputusan peperiksaan anak-anak mereka.

Namun SAPS NKRA hanya memaparkan keputusan ujian bulanan dan peperiksaan awal tahun dan akhir tahun sahaja. Sistem ini tidak memaparkan slip atau keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM mahu pun STPM.

Cara Membuat Semakan SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Berikut merupakan langkah dan cara bagi melakukan Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS NKRA Ibu Bapa secara online. Aplikasi SAPS ini juga memudahkan guru untuk memasukkan markah pelajar.

Semakan SAPS
Ibu BapaSAPS Ibu Bapa
GuruSAPS Guru
  1. Sila masuk ke website SAPS Ibubapa di mana ibu bapa atau penjaga perlu login ke link di atas dan pergi di bahagian menu utama “Semakan Ibu Bapa”, atau
  2. Bagi para guru pula, sila klik pada pautan SAPS Guru untuk Key In Markah Pelajar

Bagi membuat semakan, sila letakkan nombor kad pengenalan pelajar serta masukkan maklumat sekolah pelajar. Langkah terakhir adalah klik butang “SEMAK”.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response