Jabatan Akauntan Negara Malaysia Senarai Cawangan dan Lokasi

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah ditubuhkan dengan jawatan Akauntan Negara Malaysia di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Sejak kewujudannya untuk beberapa dekad yang lalu, peranan dan fungsi JANM telah mengalami beberapa perubahan selaras dengan perkembangan sektor awam. Pada masa kini, JANM terdiri daripada 8 bahagian iaitu:

  • Bahagian Pembangunan Perakaunan & Pengurusan (BPPP)
  • Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
  • Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat Dan Agensi (BPOPA)
  • Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM)
  • Bahagian Pengurusan Amanah Dan Sekuriti (BPAS)
  • Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)
  • Pejabat Projek Perakaunan Akruan (PPPA).
  • Institut Perakaunan Negara (IPN).

Sejajar berdasarkan objektifnya yang mengutamakan penyampaian perkhidmatan lebih efisien serta efektif kepada pelanggan. Kini JANM telah berkembang kepada 25 pejabat Negeri/Cawangan di seluruh Malaysia.

Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) terletak di Putrajaya. Lokasi secara jelas untuk JANM ini adalah di Presint 2 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia.

Pejabat ini dibuka setiap hari bekerja kecuali Sabtu dan Ahad. Waktu operasinya adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Kepada sesiapa yang ingin ke sana untuk berurusan dengan pihak JANM seharusnya datang ke pejabat atau cawangan pada masa yang telah ditetapkan.

Pejabat JANM bukan sahaja terletak di Putrajaya sahaja tetapi memiliki beberapa cawangan di setiap negeri seperi lampiran gambar di bawah ini.

Senarai dan Lokasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia JANM
Senarai dan Lokasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia JANM

Melihat dari senarai cawangan JANM ini, ianya bukan sahaja terletak di Semenanjung Malaysia sahaja tetapi juga berada di negeri Sabah dan Sarawak dengan beberapa cawangan di daerah yang berlainan. Ianya bagi memudahkan rakyat untuk mencapai atau berurusan dengan pihak JANM.

senarai setiap cawangan jabatan akauntan negara malaysia
Senarai setiap cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Selain berurusan terus ke pejabat ANM, anda juga boleh berurusan secara online atau atas talian terus melalui laman web mereka di http://www.anm.gov.my/index.html.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan secara atas talian oleh pihak ANM adalah seperti berikut:

  • SISTEM e-PENYATA GAJI DAN LAPORAN
  • SISTEM e-MAKLUM
  • PORTAL PERAKAUNAN AKRUAN

Perkhidmatan yang disenaraikan di atas ini anda boleh gunakan secara terus bila-bila masa dan dimana sahaja dan tidak perlu untuk ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Dengan adanya sistem ini dapat memudahkan lagi urusan anda untuk mengetahui maklumat seperti yang disenaraikan.

Semuanya adalah dihujung jari sahaja. Sebagai contoh, untuk anda mengetahui Penyatan Gaji bulanan anda, anda perlu terus KLIK SINI dan masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Setelah itu, penyata gaji anda terus dipaparkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *