close
informasiPermohonan

LHDN : Senarai cawangan dan info penting patut anda tahu

Sebagai antara agensi utama di bawah Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditubuhkan selaras dengan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995.

LHDN yang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia (JHDNM) dan diperbadankan pada 1 Mac 1996, diberi tanggungjawab penuh memungut dan mentadbir cukai langsung untuk negara. 

Lembaga ini diberi kuasa mengikut pelbagai akta berkaitan, termasuk Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 dan Akta Setem 1949, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Penggalakan Pelaburan 1986 dan Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990.

Fungsi LHDN

Secara lebih terperinci, apakah fungsi sebenar LHDN?

Berikut ialah antara fungsi utama yang ditetapkan mengikut perundangan sedia ada:

  1. Menaksir, memungut, menguatkuasa dan mentadbir cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan sebarang cukai lain.
  2. Menasihati kerajaan berhubung hal ehwal percukaian dan berurusan dengan kementerian serta agensi berkaitan mengenai hal ehwal cukai.
  3. Melaksanakan apa juga fungsi yang diizinkan ahli lembaga LHDN berdasarkan mana-mana undang-undang bertulis lain sedia ada.

Senarai Pejabat Cawangan

Pembayar cukai dapat berhubung dengan LHDN menerusi Talian Care Line dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat.

Talian yang perlu dihubungi ialah 03-8911 1000 (Talian Utama) atau 603-89111100 (Talian Luar Negara).

Ketika menghubungi Talian Care Line, pembayar cukai perlu menyatakan nama penuh, nombor rujukan cukai pendapatan dan nombor telefon.

Jika mahu, pembayar cukai juga boleh terus ke pejabat LHDN di Tingkat 14, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Pembayar cukai yang tinggal di negeri-negeri, boleh sahaja ke mana-mana cawangan berdekatan di seluruh negara.

Sila klik di sini untuk senarai pejabat cawangan LHDN seluruh negara.

Pembayar cukai juga boleh ke LHDN di Pusat Transformasi Bandar  (UTC) di seluruh negara. Klik di sini untuk senarai penuh UTC.

Penyata Gaji

Urusan online

Selain itu, pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat dan berurusan dengan LHDN menerusi laman web rasmi di sini.

Kini sebahagian urusan dapat diselesaikan menerusi online. Antaranya menerusi e-Daftar, iaitu untuk permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan.

Menerusi laman ini, pembayar cukai baru dapat memperolehi nombor rujukan cukai tanpa perlu ke kaunter.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response