Mahathir: Pandemik COVID-19 Kesan Teruk Kepada Ekonomi

mahathir-berkenaan-covid-19
mahathir-pandemik-covid-19
Sumber Foto: Bloomberg

Tun Mahathir dalam satu temubual dengan Bloomberg telah memberikan amaran bahawa pandemik Coronovirus Disease 2019 (COVID-19) lebih teruk daripada kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun 1997. Beliau yang merupakan Perdana Menteri ketika itu menyatakan kebimbangan akan kesannya kepada ekonomi dunia.

Lebih Buruk daripada Krisis Kewangan

“Ini lebih buruk daripada krisis kewangan,” katanya dalam temu bual televisyen Bloomberg dengan Haslinda Amin. Mahathir menyertai pemimpin dunia lain dengan memberi amaran bahawa kesan virus mungkin lebih buruk daripada tempoh pergolakan yang lalu. Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde bulan ini memberi amaran bahawa kejatuhan ekonomi mungkin sama dengan krisis kewangan global 2008, manakala Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata ia mungkin lebih buruk.

Ini benar-benar satu pukulan yang dahsyat kepada ekonomi seluruh dunia.

Tun Mahathir Mohamad

Mahathir dan Kegawatan Ekonomi Tahun 1997

Krisis pada tahun 1997 membawa kepada pergolakan kewangan dan politik yang meluas di seluruh Asia. Berjuta-juta orang jatuh di bawah garis kemiskinan apabila ekonomi mengecut dan mata wang jatuh, malah kerajaan juga mengalami kejatuhan ketika itu. Malaysia walaubagaimanapun, dapat menghadapinya, dengan pertumbuhan ekonomi pulih dalam masa setahun sahaja.

Mahathir, 94, merupakan pemimpin negara yang paling lama berkhidmat sebagai perdana menteri, selama kira-kira seperempat abad dalam dua tugas. Beliau merupakan arkitek kawalan modal Malaysia pada tahun 1998, yang digunapakai ketika itu. Malah Tabung Kewangan Antarbangsa (IMF) juga mengakui strategi tersebut meletakkan Malaysia lebih ke depan dalam pemulihan ekonomi.

Memulihkan Keyakinan Pelabur

Kali ini, mengikat ringgit juga tidak akan membantu menurutnya dalam wawancara di ibu pejabat pentadbiran di Putrajaya. Beliau menyatakan bahawa keyakinan pelabur sangat rendah bukan sahaja untuk Malaysia, malah untuk seluruh dunia.

“Ini kerana jika anda melabur dan anda tidak dapat menjual, anda tidak akan melabur.”

Pandemik coronavirus telah mengganggu pergerakan orang ramai dan rantaian bekalan. Menurutnya lagi, pengguna mungkin hanya memberi tumpuan kepada produk makanan dan kesihatan, yang mungkin masih menarik beberapa pelaburan.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan tentang keupayaan kerajaan baru dalam memacu pemulihan ekonomi negara.

Ianya waktu yang salah untuk mengambil alih kerajaan. Negara ini tidak pernah berada dalam keadaan ini sebelum ini

Tun Mahathir Mohamad

Semoga kerajaan baru yang dibentuk oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat mengatasi masalah yang melanda negara kita yang tercinta ini. Sama-sama kita berdoa dan terus bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan Malaysia dapat memulihkan kembali ekonomi dan seterusnya memacu pembangunan negara. Sepertimana Bendera Malaysia yang berkibar megah, kita harus terus tabah dan berusaha bersama-sama memelihara kemakmuran dan keselamatan negara kita yang tercinta ini.

Sumber: Bloomberg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *