close
informasi

Tabung Haji THiJari : Apa yang patut anda tahu

Apa itu THiJari Tabung Haji?

THiJARI ialah rangkaian perkhidmatan digital secara online yang disediakan oleh Tabung Haji bertujuan memudahkan pelanggan organisasi itu membuat urusan berhubung kerja haji, simpanan dan yang berkaitan.

THiJARI mula beroperasi 5 Februari 2020 menjadi platform dalam talian yang menyediakan perkhidmatan membuat pindahan wang, menyemak akaun, mencetak penyata akaun, mendaftar haji dan aktiviti Kelab TaHa.

Laman web THiJARI dapat diakses di ethijari.com.my.

Apa ada di THiJARI Tabung Haji?

Antara perkhidmatan yang pelanggan dapat perolehi di THiJARI ialah:

  1. Urusan Simpanan dan Pengeluaran

    Pelanggan TH dapat membuat pindahan simpanan akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga), melakukan semakan butiran akaun dan rekod transaksi serta menyemak baki akaun dan mencetak penyata akaun. Pelanggan juga dapat mengemas kini profil mereka di laman THiJARI.
     
  2. Urusan Haji

    Menerusi THiJARI ini juga pelanggan Tabung Haji dapat membuat pendaftaran haji dan menyemak status pendaftaran haji serta memuat turun slip pendaftaran haji. Selain  itu, surat tawaran haji serta jadual penerbangan pergi dan balik dapat disemak. Jadual kursus haji juga dapat diketahui.
     
  3. Kelab Taha

    Di THiJARI juga pendaftaran Kelab Taha / Taha@U dapat dilakukan. Pelanggan juga  dapat menyemak status pendaftaran dan e-kad keahlian kelab Kelab TaHa / TaHa@U.

Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bagaimana menggunakan THiJari?

Perkara paling penting dan utama apabila seorang kali pertama mahu menggunakan THiJARI ialah mesti mendaftarkan atau mengemas kini semua maklumat ahli Tabung Haji, terutama nombor telefon bimbit.

Nombor telefon bimbit sangat mustahak. Ini kerana kod pengesahan transaksi (TAC) bagi semua urusan berkaitan di THiJARI akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan. 

Pelanggan perlu mendaftar hanya  nombor telefon bimbit sendiri yang sentiasa di dalam miliknya dan kawalannya bagi mengelak sebarang salah guna urusan di THiJARI oleh pihak-pihak lain yang berniat serong. 

Justeru, pendaftaran setiap nombor telefon bimbit tidak dapat dilakukan secara online, sebaliknya ia mesti dilakukan di kaunter Tabung Haji. 

Apabila semua maklumat berkaitan sudah didaftarkan atau dikemas kini di kaunter, capaian  THiJARI dapat dibuat sekerap mungkin tanpa perlu ke kaunter Tabung Haji.
Untuk pertanyaaan lanjut, pelanggan boleh hubungi Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919 atau email kepada th-info@lth.gov.my.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response