Waktu solat Malaysia tahun 2020 untuk semua bandar

waktu solat, solat

Waktu solat ialah ketetapan tempoh masa yang mesti dipatuhi semua individu Muslim dalam mengerjakan ibadat lima waktu itu. Penetapan masa mengerjakan solat ini diajarkan sendiri oleh Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad saw.

Malah, mengetahui secara tepat dan sahih setiap tempoh masa solat lima waktu sehari semalam adalah satu daripada syarat sah solat. 

Justeru, solat bukan soal iringan. Ia termasuk dalam perkara pokok bagi ibadat fardu ini.

Bagaimana waktu ini ditetapkan?

Waktu untuk solat ditetapkan mengikut tempoh masa edaran matahari. Ia juga ada kaitan dengan pelbagai faktor lain, termasuklah peredaran bumi dalam orbit, kecondongan paksi bumi dan faktor geografi.

Justeru, masa untuk solat boleh berubah-ubah mengikut perbezaan musim di sesuatu negara atau kawasan.

Senarai laman web utama waktu menunaikan solat di Malaysia

Di Malaysia, pihak berkuasa agama, terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah menetapkan waktu sahih untuk sembahyang lima waktu bagi setiap negeri, daerah dan kawasan atau zon.

Kini, orang ramai dapat mengetahui maklumat waktu menunaikan solat secara tepat dan sahih hanya di Internet menerusi laman web atau aplikasi telefon bimbit Android atau iOS (Apple).

Berikut ialah senarai laman web yang mudah dirujuk untuk mengetahui masa mengerjakan solat. Semakan penulis mendapati laman-laman web berikut ini bukan sahaja kemas dan cantik dari segi design, malah disusun sedemikian rupa supaya mudah untuk dirujuk.

Laman web berkenaan ialah:

  1. E-Solat.gov.my
  2. Waktusolat.net
  3. Waktusolat.com.my
  4. Waktusolat.xyz
  5. Islamicfinder.org
  6. Waktusolat.org
  7. Waktusolat.my

Laman web ini juga biasanya turut memaparkan senarai masjid dan kandungan video ceramah.

Ianya juga dapat dirujuk di laman web majlis agama dan jabatan agama Islam negeri-negeri serta laman web mufti-mufti negeri seluruh Malaysia.

Biasanya maklumat pada laman-laman web berkenaan adalah terpercaya, sahih dan berasaskan perkiraan waktu secara rasmi.

Apa yang menarik ialah hampir semua laman web berkenaan mempunyai kemampuan untuk pengguna menyemak zon melakukan solat mengikut negeri, daerah atau zon di seluruh Malaysia.

Cara Solat Sunat Aidil Adha

Waktu yang haram melakukan solat

Selain waktu mengerjakan solat, patut juga diketahui masa yang diharamkan melakukan solat, termasuklah solat wajib atau solat sunat walaupun waktu-waktu berkenaan termasuk dalam jangka masa yang ditetapkan itu.

Kecuali solat sunat yang mempunyai sebab tertentu seperti qada solat fardu, solat sunat lain seperti solat hajat, solat jenazah dan solat nazar dihukumkan haram untuk melaksanakannya dalam masa yang dihukumkan “haram” ini.

Waktu yang diharamkan melakukan akan diperincikan di dalam satu artikel lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *