Terjemahan : Buntu Menterjemahkan Kandungan?

terjemahan

Kerja terjemahan adalah satu lagi cabang kerjaya yang sangat diperlukan di serata dunia membabitkan pelbagai bahasa antarabangsa.

Mereka yang terbabit dengan kerja ini perlu menguasai disiplin kemahiran khusus dan mendalam, sekurang-kurangnya membabitkan dua bahasa, iaitu bahasa sumber (source language) dan bahasa sasaran (target language).

Maksud Terjemah

Kamus Dewan (Edisi Keempat) memberi takrif terjemahan sebagai proses memindahkan sesuatu kandungan (content) atau teks ke dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa sesuatu teks terbabit. 

Dari sini dapatlah difahami bahawa kerja menterjemahkan mestilah membabitkan aktiviti mentafsir dan mengubah bahasa sesuatu teks atau bahasa lisan.

Dan, sesuatu terjemah yang baik sepatutnya mampu memberi kefahaman lengkap kepada kumpulan sasaran.

Untuk ini, seseorang penterjemah mungkin perlu melakukan sedikit sebanyak  penyesuaian semula dari sudut gaya dan budaya bahasa supaya pembaca sasaran mudah faham.

Terjemah mudah bahasa inggeris ke bahasa melayu

Pra-syarat terjemahan

Pertama-tama perlu difahami bahawa tujuan asalanya ialah supaya sesuatu terjemahan mampu memberi makna sama dengan teks bahasa sumber.

Justeru, dalam proses ini, penterjemah mestilah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks asal.

Penterjemah juga mesti menguasai secara baik dan mendalam kedua-dua bahasa, iaitu bahasa sumber dan bahasa sasaran.

Penterjemah perlu mengelak terjemahan secara perkataan demi atau melakukan terjemahan harafiah.

Ini kerana menterjemahkan harafiah akan merosakkan makna asal teks serta menjadikan hasilnya nanti sangat tidak menarik.

Sesetengah pakar mencadangkan, dalam banyak keadaan, wajar menggunakan bahasa biasa atau bahasa harian untuk teks bacaan awam. 

Sementara itu, unsur akademik hanya wajar digunakan dalam sesuatu terjemahan jika ia membabitkan teks serius atau berat sahaja.

Bantuan Google menterjemahkan halaman dan dokumen

Prinsip asas terjemahan

Seperti juga dalam aktiviti lain, kerja menterjemahkan turut memerlukan etika bagi memastikan ia membuahkan hasil terbaik.

Justeru, semua kerja menterjemahkan sepatutnya berasaskan prinsip dan etika berikut:

  1. Tidak mengubah maksud penulis teks asal.
  2. Elakkan menterjemah bahasa semata-mata, sebaliknya lakukan terjemahan makna kepada bahasa.
  3. Memastikan ianya mudah difahami pembaca sasaran.
  4. Menggunakan sebanyak mungkin bahasa sasaran berbanding bahasa sumber, kecuali bagi kes yang benar-benar perlu sahaja.
  5. Menghasilkan maklumat lengkap dan selesa dibaca dan mudah difahami.

Cara gaya menterjemahkan

Ada sekurang-kurangya dua cara gaya menterjemahkan kandungan. Sesetengah pengkaji menamakan ini sebagai mazhab menterjemahkan .

Pertama ialah terjemahan linguistik, iaitu yang mementingkan unsur semantik membabitkan perkataan, istilah, frasa dan ayat. 

Kedua ialah terjemahan pragmatik, iaitu membuang mana-mana bahagian teks asal yang dianggap tidak berguna untuk dibaca, sebaliknya menokok tambah di sana-sini mana-mana bahagian teks yang difikirkan perlu.

Khidmat menterjemahkan konten atau buku

Kedua-dua cara gaya ini mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *