close
agamainformasi

Waktu solat Shah Alam terkini tahun 2020

Waktu solat Shah Alam adalah fokus utama artikel ini. Namun, solat itu sendiri perlu dijelaskan dan difahami sebaik mungkin.

Justeru, selain perincian mengenai waktu solat, artikel ini akan melebarkan huraian kepada perihal solat membabitkan penetapan waktu dan jenis-jenis solat secara umum.

Penetapan waktu solat Shah Alam

Waktu solat ialah ketetapan tempoh tertentu atau selang masa yang dikhaskan untuk individu Muslim mengerjakan solat yang disyariat kepada mereka sama ada ia solat fardu atau solat sunat. 

Ketetapan waktu solat adalah soal pokok dalam Islam. Ketetapan waktu solat tidak ditentukan oleh manusia, sebaliknya waktu solat diajarkan sendiri oleh Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad saw. 

Dalam erti kata lain, waktu solat adalah ketetapan piawai bagi semua individu Muslim seluruh dunia, terutama solat fardu.

Waktu solat ditentukan mengikut peredaran matahari serta dipengaruhi faktor kedudukan dan bentuk bumi serta kecondongan bumi dan faktor geografi juga.

Penetapan waktu solat juga dipengaruhi faktor peredaran bumi dalam orbit. Justeru, waktu solat boleh berubah mengikut pertukaran musim dan masa.

Klik sini untuk Waktu Solat Bagi Shah Alam.

Jenis-jenis solat

Solat terbahagi kepada dua yang paling utama,iaitu solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas individu Muslim lima kali sehari semalam mengikut selang waktu yang sudah ditetapkan. Ia rukun Islam, iaitu perkara asas yang wajib.

Solat fardu yang wajib dikerjakan individu Islam ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.  

Ia wajib diqada, iaitu dikerjakan semula, jika tertinggal atau tidak dikerjakan dalam tempoh masa yang sudah ditetapkan.

Waktu solat Shah Alam

Berbalik kepada tajuk asal di atas, berikut dijelaskan beberapa perkara berkaitan.

Ketetapan waktu solat di kawasan Shah Alam ditetapkan oleh jabatan dan agensi berkaitan, termasuk Jabatan Mufti Selangor dengan kerjasama Masjlis Agama Islam Selangor (Muis) berdasarkan peraturan asas sedia ada oleh pihak-pihak lain, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Waktu solat bandar-bandar utama Malaysia tahun 2020

Geografi Shah Alam

Berbanding ibu negeri lain, bandaraya Shah Alam, iaitu ibu negeri Selangor, terletak paling hampir dengan ibu kota Kuala Lumpur.

Ia dikenali sebagai antara ibu negeri paling cepat membangun dan didiami majoriti orang Islam yang rata-rata patuh dan taat kepada ajaran agama.

Aktiviti ibadat di Shah Alam berlangsung di pelbagai masjid dan surau. Dan, biasanya tumpuan utama ialah di masjid negeri, iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Dalam mengerjakan ibadat solat lima waktu sehari semalam, setiap ahli kariah di bandar ini tertakluk kepada ketetapan waktu solat terkini yang sudah dipersetujui badan-badan berkenaan.

Jom tonton video dari Youtube Onviral
Tags : shah alamsolatwaktu solat

Leave a Response