close
Permohonan

Permohonan – Pengeluaran KWSP akaun 2 (i-Lestari)

Permohonan – Pengeluaran KWSP akaun 2 (i-Lestari) | Malaysia atau dunia telah menhadapi krisis ekonomi disebabkan penularan wabak COVID-19 ini dan kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan -PKP bermula 18 mac 2020, membuatkan rakyat turut terkesan dengan keadaan ini. Juesteru, kerajaan telah mengambil inisiatif dan salah satu pakej rangsangan ekonomi ialah pengeluaran KWSP untuk akaun 2. Dengan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat mengurankan beban rakyat yang dihadapi sekarang ini. Kemudahan ini membolehkan semua ahli KWSPyang berumur di bawah 55 tahun untuk membuat permohonan pengeluaran wang simpanan pekerja dalam Akaun 2 masing-masing hanya berjumlah RM500 sebulan maksimum bagi tempoh 12 bulan. Kami kongsikan maklumat serta cara panduan permohonan pengeluaran wang KWSP Akaun 2 untuk dijadikan rujukan mereka yang berminat serta berkelayakan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan

artikel berkaitan :- KWSP SOCSO Cara Pengiraan Kadar Caruman Terkini

Soalan Lazim Mengenai Pengeluaran KWSP akaun 2 i-Lestari

Anda boleh klik pautan ini – KWSP Soalan Lazim

Keluar Caruman KWSP RM500 Sebulan Dari Akaun 2 (i-Lestari KWSP)

Untuk pengetahuan anda, pengeluaran wang simpanan KWSP dalam akaun 2 boleh dikeluarkan pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Untuk Panduan Permohonan Pengeluaran Wang KWSP bagi Akaun 2 (i-Lestari)

Berikut, untuk syarat-syarat pengeluaran wang di akaun 2 KWSP seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada media pada 23/3/2020 selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi. Jumlah pengeluaran akaun dua ini dianggarkan sebanyak bernilai RM40 billion:

  1. Hanya warganegara Malaysia atau yang telah Permastautin Tetap. Untuk Bukan Warganegara Malaysia (Fasa 2)
  2. Berumur tidak lebih atau kurang daripada 55 tahun
  3. Anda mempunyai baki simpanan dalam akaun 2 tertakluk kepada baki Akaun 2 ketika atau semasa proses permohonan pengeluaran wang tersebut.
  4. Bagi Had pengeluaran KWSP akaun 2 pada kadar maksimum RM500 sebulan bagi tempoh 12 bulan

Kaedah Pengeluaran i-Lestari:-

1. Secara Online

  • Pendaftaran secara dalam talian (e-Pengeluaran membuat permohonan pengeluaran i-akaun) bermula 1 April 2020

2. Melalui Emel

  • Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik); Pendaftaran bermula 1 April 2020
  • Akan memakan lebih masa yang lama bagi membuat pengesahan secara manual

3. Melalui Pos

  • Pendaftaran bermula 1 April 2020
  • Secara pos atau pos berdaftar ke alamat:
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
      Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
    • Dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat
  • Akan memakan masa yang lebih lama bagi membuat pengesahan secara manual

Nota: Ahli perlu membuat permohonan sekali tidak perlu dua atau tiga kali dan juga pembayaran Pengeluaran i-Lestari dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank masing-masing.

Secara Ringkas Pengeluaran KWSP akaun 2 i -Lestari:-

  1. Kemudahan pengeluaran i-Lestari:
    1. Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
    2. Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
    3. Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
    4. Untuk tempoh maksimum 12 bulan
  2. Pendaftaran:
    1. Akan bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos
    2. Akan bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian
  3. Permohonan Pengeluaran
    1. Disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari)
    2. Permohonan secara  manual  akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual
  4. Butiran selanjutnya akan dipaparkan di laman sesawang, Facebook dan Twitter KWSP dalam masa terdekat.
  5. PERINGATAN!! Semua Ahli KWSP sentiasa perlu berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dan tepat di KWSP.

Maklumat Lanjut i-Lestari KWSP

Jika anda terdapat beberapa pertanyaan atau masalah yang berkaitan boleh rujuk di bawah:-

Semoga perkongsian ini dapat memberi dan membantu anda dalam memanfaatkan pengeluaran KWSP RM500 pada akaun 2 yang telah dibenarkan oleh kerajaan Malaysia. Semoga anda dan kita semua terhindar dari jangkitan Covid19 ini.

Jom tonton video dari Youtube Onviral
Tags : borangpermohonan

Leave a Response