close
Permohonan

Cara DAFTAR i-Akaun KWSP EPF Secara Online dan Pengaktifan Akaun

Cara DAFTAR i-Akaun KWSP EPF Secara Online dan Pengaktifan Akaun | Ramai masih tidak tahu cara pengaktifan i-akaun KWSP (EPF) ini. Sedia maklum, i-Akaun merupakan satu sistem aplikasi online bagi akaun KWSP (EPF) Ahli atau Majikan. Dengan adanya akaun i-akaun ini, ahli atau majikan dapat menggunakan aplikasi perkhidmatan ini secara online dengan senang dan mudah. Terima kasih kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana menyediakan platform online seperti ini.

Daftar i-Akaun KWSP EPF Secara Online dan Pengaktifan Akaun
Daftar i-Akaun KWSP EPF Secara Online dan Pengaktifan Akaun

Setiap Ahli KWSP disarankan memiliki akaun i-akaun ini kerana memudahkan kerja ahli menyertai sebarang maklum balas serta kaji selidik mengenai setiap inisiatif penambahbaikan dalam skim yang diperkenalkan oleh KWSP dan juga dapat banyak lagi kemudahan lain yang telah disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun .

artikal berkaitan:- Permohonan – Pengeluaran KWSP akaun 2 (i-Lestari)

i-Akaun KWSP ini sebenarnya memudahkan kerja ahli dan majikan dari datang ke setiap cawangan KWSP agar tidak bersusah payah mencari parking, beratur dan sebagainya, sistem ini direka untuk memudahkan ahli dan majikan untuk membuat sebarang urusan. Begitu baik dan bertanggungjawabnya KWSP ini bagi memastikan ahlinya senang berusan.

PERMOHANAN DAFTAR DAN CARA AKTIFKAN i-AKAUN KWSP EPF SECARA ATAS TALIAN/ONLINE

Kami sertakan cara mudah dan langkah senang bagi ahli atau majikan yang baru untuk daftar dan memiliki i-Akaun KWSP ini.

Maklumat Terkini Mendaftar i-Akaun Ahli Atau Majikan KWSP EPF

Kelayakan Mendaftar i-Akaun

Ahli

  • Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah

Majikan

  • Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah

Cara Pendaftaran i-Akaun (Kaunter / Telefon)

Ahli

  • 1. Untuk Ahli bolehlah mengunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWSP bagi mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan ID Ahli. Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang
  • 2. Sila layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut

Majikan

  • 1. Untuk Wakil majikan yang telah dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak majikan boleh mengunjungi dimana-mana Kaunter KWSP bagi mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i)
  • 2. Sila layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untukanda mengaktifkan i-Akaun dan menggunakan Kod Pengaktifan tersebut. Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah

Pendaftaran i-Akaun (emel)

Ahli

  • Bagi Ahli boleh lakukan permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) menerusi emel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my besama dokumen sokongan iaitu:
  • 1. Borang Permohonan i-Akaun (Ahli) menerusi emel; dan klik Borang Daftar i-Akaun KWSP (Ahli) menerusi emel
  • 2. Sila Lampiran bersama Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang; dan
  • 3. Gambar swafoto Ahli KWSP bersama MyKad; dan
  • – Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit); atau
  • – Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit bagi pengguna prabayar (prepaid)
  • 4. Salinan buku / Penyata Akaun Bank Simpanan / Semasa yang aktif milik Ahli
  • 5. Sekiranya pengesahan berjaya, ahli akan:
  • – Menerima ID pengguna dan Kata Laluan sementara menerusi SMS bagi pengaktifan i-Akaun (Ahli)
  • – Langkah seterusnya ahli perlulah mengemaskini kata laluan baharu

Laman Web Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pautan

Butiran

Panduan Pengaktifan i-Akaun KWSP / EPF

Semoga artikal ini iaitu Daftar i-Akaun KWSP EPF Secara Online dan Pengaktifan Akaun dapat membantu anda atau pun ahli dan majikan dalam mendaftar dan mengaktifkan secara dalam talian atau online.

Jom tonton video dari Youtube Onviral
Tags : borangcarapermohonan

Leave a Response