Permohonan Bantuan JKM Secara Online ( Jabatan Kebajikan Masyarakat )

Permohonan Bantuan JKM Secara Online ( Jabatan Kebajikan Masyarakat ) | JKM adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang banyak menyalurkan dan membantu rakyat Malaysia yang dalam kesusahan memerlukan bantuan tertentu. Tahukah anda semua sebenarnya boleh memohon bantuan kewangan ini untuk mengurangkan bebanan hidup anda? Jangan segan jangan malu untuk memohon kerana pihak berwajib telah menyediakan platform mudah dan selamat dengan hanya secara Online sahaja. Di bawah ini kami kongsikan cara permohonan bantuan dari JKM eBantuan Kebajikan Masyarakt secara online.

Borang Permohonan Bantuan JKM Secara Online ( Jabatan Kebajikan Masyarakat )

Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan kewangan ini untuk kumpulan sasar yang betul-betul memerlukan. Pada asasnya, JKM dalam laksanakan pemberian bantuan untuk rakyat, Kerajaan tidak pernah sesekali mengamalkan konsep seperti konsep Negara Kebajikan – Welfare State.

eBantuan JKM secara Online

Disini kami dikongsikan tentang maklumat yang berkaitan Permohonan Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara Online buat rujukan anda semua.

Segala maklumat yang akan dikongsikan termasuk objektif pemberian bantuan, kelayakan memohon bantuan, panduan dan cara memohon serta semakan status permohonan di atas talian atau online.

artikal berkaitan:- Permohonan – Pengeluaran KWSP akaun 2 (i-Lestari)

Borang Permohonan Bantuan JKM Secara Online (Jabatan Kebajikan Masyarakat)

Langkah-langkah seterusnya untuk memohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara atas talian atau Online adalah seperti berikut

  1. Untuk akses pautan di bawah:
  2. Seterusnya klik Daftar Permohonan Atas Talian

3. Seterusnya anda perlu Klik pada Daftar Permohonan

4. Pilih Negeri dan isi No. Kad Pengenalan Baru. Klik Daftar

5. Masukkan butiran dengan betul dan lengkap, akhirnya selesai untuk pendaftaran bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Borang yang berkaitan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat:-

  1. JKM 18  ( Borang Permohonan Bantuan ) (Klik disini untuk muat turun)
    2. Download Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 disini (Klik disini untuk muat turun)

*Nota : Untuk makluman anda perlu hadir ke Pejabat JKM mengikut Daerah yang telah anda pohon dalam masa tempoh 14 hari dari masa permohonan telah anda lakukan atas talian atau secara online. Bagi yang gagal melakukan sedemikian boleh menyebabkan sistem ini batalkan permohonan anda secara automatik.

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Hadir Di Pejabat Kebajikan Masyarakat

  1. Salinan fotostap MyKad atau Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan fotostap MyKad atau Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama anda
  3. Salinan fotostap Kad OKU atau slip pendaftaran sementara OKU *Sekiranya tergolong dalam kategori OKU
  4. Salinan fotostap penyata pendapatan atau surat akaun pendapatan *sekiranya bekerja sendiri
  5. Salah satu Bil Utiliti anatarnya seperti air/elektrik/telefon/astro.
  6. Sila bawa laporan dari pegawai perubatan hospital atau klinik kesihatan kerajaan atau swasta *untuk kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/ alat tiruan

Anda Boleh Menyemak Status Permohonan Bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secara Online

Untuk yang telah memohon Bantuan JKM, kami kongsikan cara buat semakan status permohonan untuk rujukan semua:

  1. Akses pada pautan berikut : Semakan Status Permohonan eBantuan JKM
  2. Seterusnya Klik Semakan Status Permohonan Atas Talian
  3. Dan Masukkan No. Kad Pengenalan seterusnya klik pada butang Semak

*Nota : Untuk makluman anda semua senarai ini hanya akan tunjukkan status bantuan yang telah dipohon atau sedang diterima oleh JKM sahaja. Untuk keterangan lebih lanjut berkenaan bantuan yang anda pohon, boleh hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini telah dibuat.

Sebarang Kemuskilan Tentang Permohonan Bantuan JKM

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh hubungi:

Alamat

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya

No. Telefon

  • 03-8000 8000

Faks

  • 03-8323 2045

Emel

Kami berharap artikel Permohonan Bantuan Jabatang Kebajikan Masyarakat ini dapat membantu anda dalam memahami serta cara membuat permohonan dengan betul, dan kami doakan semoga dipermudahkan dan bantuan anda dapat diterima oleh JKM. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *