close
Permohonan

Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online

Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online

Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online | Kita sedia maklum, selepas habis belajar tingkatan Lima, dan keluar keputusan SPM, rata-rata ramai yang akan sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi terutama di IPT. Bagi yang cemerlang dalam akademik semesti biasiswa akan menunggu mereka, bagi yang layak ke peringkat IPT selain pembiayaan sendiri atau biasiswa pelajar di beri peluang membuat pinjaman pengajian dengan PTPTN. PTPTN adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional yang bertanggungjawab memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada yang layak. Adakah anda layak memohon pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN?

Permohonan Pinjaman PTPTN Secara Online

Kepada pelajar yang sambung pengajian di IPTA atau IPTS anda layak untuk memohon pembiayaan dari PTPTN ini. Bagi mereka yang sememangnya kekurangan kewangan untuk menyambung pelajaran inilah peluang anda untuk meneruskan pengajian anda agar anda mendapat mengejar cita-cita dan impian.

artikel berkaitan :- Cara DAFTAR i-Akaun KWSP EPF Secara Online dan Pengaktifan Akaun

Sebenarnya banyak lagi pembiayan pinjaman pelajaran yang ada di Malaysia tetapi yang paling popular dan mudah adalah pembiayan pinjaman pendidikan dari PTPTN.

Cara Memohon Pembiayaan Pinjaman Pendidikan PTPTN secara Online

Di bawah ini penjelasan lebih terperinci mengenai pinjaman:-

  • Nama Pembiayaan:- Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN
  • Jenis:- Pinjaman penuh atau separuh serta kos sara hidup ketika dalam pengajian
  • Terbuka:-Pinjaman ini terbuka kepada pelajar yang layak menyambung pengajian di UA,IPTA, dan IPTS tempatan sahaja.

Syarat Permohonan

Syarat umum untuk memohon pembiayan pinjaman PTPTN

Syarat umum untuk memohon pembiayan pinjaman PTPTN

9. Aktif atau telah membuka akaun SSPN-i

Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN

Untuk Kali Pertama

  1. Untuk tawaran pinjaman pendidikan ini, tertakluk pada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh PTPTN. klik DI SINI.
  2. Bagi tempoh pinjaman telah ditentukan mengikut semester ketika permohonan yang lengkap diterima.
  3. Bagi keputusan permohonan pinjaman. Klik DI SINI.
  4. Untuk cetak panduan dan mengisi semua dokumen perjanjian tawaran pinjaman. klik DI SINI.
  5. Bagi tempoh untuk sah laku bagi tawaran pinjaman PTPTN adalah selama 14 hari dari tarikh kelulusan.
  6. Untuk dokumen perjanjian lengkap perlulah dilekatkan sekali setem hasil dan dihantar bersama-sama dokumen sokongan yang lain.
  7. Bagi peminjam menolak tawaran pinjaman ini perlu hantar Borang Pembatalan dan Penolakan Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.

Untuk Kali Kedua

Bagi tawaran pinjaman buat kali kedua akan hanya dipertimbangkan seandainya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut;

  1. Telah tamat pengajian bagi pinjaman yang terdahulu.
  2. Peminjam telah selesaikan baki pinjaman mereka yang membatalkan pinjaman atau gagal atau berhenti pengajian untuk pinjaman yang terdahulu.
  3. Kelulusan akan diberi kepada peminjam yang melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi sahaja daripada pinjaman terdahulu.

Untuk tidak memanjang cerita anda boleh membuat Pendaftar Pembiayaan Pinjaman Pendidikan PTPTN klik DISINI

Semoga urusan anda penjalan dengan baik dan kami doakan pinjaman PTPTN anda diluluskan dengan secepat mungkin. Jadikan pinjaman ini sebagai pemangkin semangat untuk anda terus berjaya mengejar cita-cita.

Jom tonton video dari Youtube Onviral
Tags : onlinepermohonanptptn

Leave a Response