Waktu Solat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

waktu-solat-jakim

Waktu solat di Malaysia ditentukan mengikut formula trigonometrik sfera yang melibatkan proses perhitungan koordinat, nilai deklinasi matahari dan juga jarak Zenith matahari. Perhitungan ini dijalankan dengan mengambil kira kaedah dan tafsiran fiqh sebagai rujukan utama. Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan Portal e-Solat bagi kegunaan orang ramai.

Jadual Waktu Solat

Sebaik sahaja tiba di portal ini, anda akan menemui paparan bagi Putrajaya. Untuk melihat waktu bagi kawasan anda, sila klik pada Tukar Zon dan pilih zon anda, contohnya JHR01 -Pulau Aur dan Pulau Pemanggil. Paparan akan dikemaskinikan mengikut kawasan yang anda pilih tadi. Bukan itu sahaja, countdown waktu terdekat juga ada dipaparkan sekali.

waktu-solat-putrajaya

Pengunjung portal ini juga boleh download, print dan kongsi jadual solat mengikut zon pilihan. Selain dari itu, juga boleh ketahui zon mengikut negeri dan juga masjid berdekatan. Senanglah nanti nak cari lokasi masjid terdekat dengan anda. Jangan lupa aktifkan GPS pada peranti dan benarkan lokasi anda diakses ya.

Solat Fardu dan Solat Sunat

Menurut JAKIM, solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  • Solat Fardu – Merupakan salahsatu daripada rukun Islam dan diwajibkan ke atas orang islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Ianya wajib di laksanakan lima kali sehari semalam iaitu untuk solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Sekiranya seseorang itu tanpa sengaja meninggalkan solat fadu, dia wajib mengulanginya dengan niat Qada. Bagi merke yang sedang dalam perjalanan (musafir) diharuskan solat Qasar dan Jamak.

  • Solat Sunat – Solat-solat selain solat yang difardukan. Tujuan amalan solat sunat ini adalah melengkapi solat fardhu. Mereka yang memperbanyakkan solat sunat dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, disamping mengharapkan pahala dan juga Keredhaan-Nya. Terdapat pellbagai jenis solat sunat, termasuk solat sunat Hari Raya, Dhuha, Taubat dan pelbagai lagi.

Aplikasi Waktu Solat, Doa dan Yassin

Bagi mereka yang ingin menggunakan peranti, boleh juga download aplikasi My Solat di Google Play. Aplikasi ini mempunyai menu yang sama dengan Portal e-Solat. Ada paparan waktu solat, artikel, hadith dan doa, masjid terdekat, takwim solat, dan juga kalendar Islam.

Waktu-solat-di-mysolat
Aplikasi My Solat

Semoga perkongsian ini bermanfaat ya. Jom kita laksanakan solat tiang agama kita. Semuanya di hujung jari, jadi kita gunakan teknologi sebagai alat untuk memudahkan kita membuat rujukan bagi memperbaiki lagi kualiti badah kita. Solat awal waktu, InsyaAllah,s emuanya akan dipermudahkan!

Rujukan:

  1. Portal e-Solat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
  2. Syafiqolbu – Solat Sunat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *