Permohonan Anak Angkat JKM

Permohonan Anak Angkat JKM

Permohonan anak angkat JKM secara online

Permohonan Anak Angkat JKM | Kita sedia maklum JKM iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah sebuah jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM ). Banyak pasangan di Malaysia yang kahwin melebihi 5 hingga 10 tahun tiada zuriat. Kita sedia maklum zuriat atau anak ini kurniaan Allah. Ada sebab dan kenapa ada sesetengah pasangan tiada zuriat, ada beberapa kemungkinan seperti kesuburan pasangan itu sendiri, usaha dan tawakal.

Permohonan Anak Angkat JKM

JKM dengan ini telah menyediakan permohonan anak angkat secara online. Untuk pasangan yang telah lama kahwin dan tidak memiliki zuriat boleh memohon, tidak juga terkecuali untuk pasangan yang sudah memiliki anak tetapi ingin memohon anak angkat juga boleh tetapi lebih diutamakan kepada pasangan yang masih tidak mempunyai anak.

Permohonan anak angkat dan anak pelihara adalah berbeza. Boleh rujuk diSINI .

DEFINASI ANAK ANGKAT

Mengikut Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 9Akta 253), dan anak angkat yang membawa maksud ‘ Telah dalam jagaan serta dipelihara dan juga dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau juga anak mereka secara anak angkat de facto selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan’.

Kenyataan ini amat jelas untuk memilik anak angkat sendiri.

SYARAT-SYARAT PASANGAN UNTUK MEMOHON ANAK ANGKAT SECARA ONLINE

  • Pasanngan adalah Warganegara Malaysia.
  • Yang mempunyai pendapatan yang tetap.
  • Pasangan tidak mempunyai penyakit yang memudaratkan.
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang telah berkahwin dan tidak mempunyai anak

PERMOHONAN ANAK ANGKAT JKM SECARA ONLINE

Anda boleh klik pautan di bawah ini

Pemberitahuan Tentang Pengambilan Kanak-Kanak Ke Dalam Pemeliharaan dan Jagaan atau Kawalan (Seksyen 35, Akta Kanak-Kanak 2001)

PERMOHONAN ANAK ANGKAT JKM SECARA ONLINE

Nota* Jika anda memerlukan bantuan

Boleh hubungi 603-83231000 pada waktu pejabat sahaja.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi:

BAHAGIAN KANAK KANAK
Aras 12
No 55 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya

Telefon : 03-8323 1000

WAJIB BACA UNTUK PASANGAN ISLAM YANG MENOHON ANAK ANGKAT

Hukum hakam untuk pengambilan anak angkat boleh rujuk DISINI

Anda boleh rujuk mana-mana ustaz atau ustazah ataupun mufti atau Jabatan Agama tentang Hukum Hakam anak angkat dalam islam, anak susuan dan BIN kan kepada siapa dan banyak lagi perkara tentang anak angkagt dalam konteks islam, ini adalah penting untuk pasangan yang ingin memiliki anak angkat.

Semoga artikal Permohonan Anak Angkat JKM ini dapat membantu pasangan yang ingin memiliki zuriat anak angkat dipermudahkan. Dengan adanya anak-anak hidup pasangan akan lebih bermakna dan bahagia. Kami Onviral mendoakan pasangan suami isteri bahagia dan dirahmati oleh Allah s.w.t.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *