Permohonan Pinjaman Pendidikan Mara secara Online

Pinjaman Pendidikan Mara

permohonan pinjaman pendidikan MARA

Permohonan Pinjaman Pendidikan Mara secara Online | Berita gembira buat pelajaran lepasan SPM atau STPM untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi tetapi masih tercari-cari bantuan kewangan. Kini anda tidak perlu khuatir dan risau lagi kerana Majlis Amanah Rakyat iaitu MARA sedia membantu memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang layak. Malah lebih memudahkan permohonan pinjaman pelajaran dari MARA ini, anda hanya perlu mengisi permohonana secara online atau atas talian sahaja.

Pinjaman pendidikan Mara, Majlis Amanah Rakyat

Ramai Rakyat Malaysia yang tercicir untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, bukan kerasa keputusan tidak cemerlang tetapi kerana kekurang dari segi pendapatan keluarga yang tersempit dalam kehidupan. Ibu bapa penjaga tidak tahu dari mana lagi ingin mencari wang dan untuk menanggung segala kos pelajaran, tempat tinggal dan makan minum anak mereka nanti. Disinilah pihak MARA terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberi bantuan pinjaman pendidikan MARA kepada anak-anak lepasan SPM atau STPM untuk menyambung pelajaran mereka. Ramai juga penduduk di luar bandar masih tidak tahu dan sedar akan adanya pinjaman pendidikan MARA ini, bagi yang tahu sampaikanlah berita baik ini kepada mereka yang memerlukan.

Pinjaman pelajaran MARA telah diperkenalkan bertujuan untuk membantu pelajar terutama pelajar dari luar bandar yang kekurangan kewangan untuk menyambung pelajar di peringkat UA atau IPT khursusnya untuk bumiputra. Dengan adanya pinjaman pelajaran MARA ini, anak-anak muda yang berpontesi terutama bumiputra dapat merealisasikan impian mendapat segulung diploam atau ijazah dalam bidang yang diceburi masing-masing.

Kadar Jumlah Pembiayaan Pinjaman Pendidikan yang ditetapkan MARA

Berdasarkan pada tahun-tahun sebelumnya, kadar bantuan atau jumlah pinjaman pelajaran MARA ini hanya ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tetap tertakluk kepada peruntukan kewangan Majlis Amanah Rakyat – MARA.

Cara Memohon Pinjaman Pendidikan Mara secara Online – Myeduloan

Dibawah ini ada pautan untuk membuat permohonan pinjaman secara online

  1. Untuk memohon sila klik pautuan di bawah

2. Sila buat pilihan program (TESP atau YTP)

3. Sila klik DAFTAR

4. Masukkan maklumat yang diperlukan seperti No. Kad Pengenalan, Nama

Penuh Pemohon, Email dan Tarikh Lahir. Klik

5. Sila pilih Program dan Klik pada TERUSKAN

6. Seterusnya Sistem akan beritahu sekiranya ada permohonan pinjaman yang

boleh dibuat bagi program yang telah dipilih

TERMA DAN SYARAT PINJAMAN MARA

TERMA DAN SYARAT PINJAMAN MAR

Untuk Syarat Kelayakan Akademik

Untuk Syarat Kelayakan Akademik
pinjaman MARA

Untuk Maklumat Lebih Lanjut Tentang Pinjaman Pelajaran MARA MyEduloan

Sebarang maklumat lebih lanjut dan untuk pertanyaan, sila rujuk pada atau hubungi maklumat berkenaan:

Alamat Pinjaman MARA :

  • Education Sponsorship Division, 3rd Floor, MARA Head Office, 21, Jalan Raja Laut, 50609, Kuala Lumpur.

Anda boleh membuat panggilan atau pertanyaan

  • BPP Hunting Line : 03-26132087 / 32050 / 32092 / 32053 / 32073
  • Email : myeduloan@mara.gov.my

Kami berharap perkongsian artikal permohonan pinjaman pendidikan MARA ini dapat membantu pelajar dalam melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi dan dapat mengurangkan bebanan kepada ibubapa penjaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *