CIMB Jelaskan Isu Direct Debit Akaun Pelanggan

cimb-direct-debit

CIMB akan hubungi pelanggan isu direct debit. Gambar dari BERNAMA.

CIMB menjelaskan isu direct debit mereka sebagai insiden terpencil disebabkan transaksi tidak lengkap oleh pelanggan dan akan hubungi mereka yang terjejas.

Isu kehilangan duit dari akaun perbankan bukanlah perkara baru, namun sejak akhir-akhir ini lebih ramai yang tampil menyatakan menghadapi perkara ini. Apabila pihak CIMB membuat peryataan mengenai ini melalui laman Twitter mereka, ramai pengguna yang terbabit membalas hantaran tersebut dengan masalah yang mereka hadapi.

CIMB Beri Jaminan Transaksi Terlibat Adalah Sah

Di dalam peryataan tersebut, mereka memberi jaminan bahawa transaksi direct debit yang berlaku baru-baru ini adalah merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan. Mereka juga menyatakan insiden yang berlaku adalah berkaitan dengan transaksi tidak lengkap oleh pelanggan dengan peniaga di luar negara, yang membabitkan servis langganan atau pesntriman dalam talian.

Menurut CIMB, transaksi-transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai Direct Debit yang mana telah menimbulkan kekeliruan pada pelanggan. Di akhir status tersebut, pihak CIMB juga memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan menyatakan mereka akan menghubungi pelanggan-pelanggan yang terlibat secara langsung dengan insiden ini.

Pelanggan CIMB Inginkan Penjelasan

Sebaik sahaja status itu dibuat, ramai pelanggan CIMB membalas tweet tersebut memohon penjelasan terhadap transaksi-transaksi yang berlaku tanpa persetujuan mereka. Ada yang menyatakan tidak menyedari akaun mereka telah ditolak sejumlah wang hampir setiap bulan. Ramai yang tampil mempamerkan gambar transaksi yang mereka tidak lakukan.

Isu ini telah menyebabkan CIMB menjadi topik yang trending di Twitter, dengan 60,000 tweet berkenaannya. Pelanggan-pelanggan yang terlibat menyatakan rasa tidak puas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak CIMB dan mempersoalkan tahap keselamatan perbankan tersebut. Ramai juga tidak berpuas hati apabila merasakan CIMB seolah-olah meletakkan kesalahan kepada pelanggan.

Tiada Aduan Rasmi Diterima Pihak Polis

Walaupun ramai yang mengadu berkenaan isu ini, pihak polis menyatakan mereka belum menerima sebarang aduan rasmi daripada pihak yang terlibat dengan isu Direct Debit ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad menyatakan buat masa ini pihaknya meminta pelanggan agar merujuk pihak bank terlebih dahulu.

Setakat ini tiada laporan polis diterima. Pelanggan boleh membuat aduan kepada pihak bank dan mendapatkan penjelasan

Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad
polis-tidak-terima-aduan-cimb-direct-debit
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad. – Sumber:NSTP/Asyraf Hamzah

MCCA Memandang Serius Isu Direct Debit

Menurut Ketua Keselamatan Siber MCCA, Mohamad Zulfahmy Roslan, pihak MCCA ada menerima laporan berkenaan isu tersebut dan menekankan bahawa isntitusi kewangan perlu telus dalam mengeluarkan maklumat penyata kewangan. Ini bagi mengelakkan timbul persoalan atau keraguan di kalangan pengguna.

Penggunaan TAC perlu diperketatkan agar tiada ketirisan wang. Ini bukan kali pertama institusi kewangan membuat onar

Mohamad Zulfahmy Roslan

Di dalam kenyataannya dalam Harian Metro. Ketua Keselamatan Siber MCCA itu menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan penggunaan kad debit atau kad kredit terutama di laman sesawang yang diragui. Beliau juga menasihatkan agar pengguna memaksimakan penggunaan kad prabayar bagi mengelakkan maklumat atau data peribadi terdedah kepada pihak yang tdaik bertanggungjawab.

Aduan Berkenaan Transaksi Tanpa Kebenaran

Pihak CIMB akan mengubungi mereka yang terlibat isu ini secara terus dan SMS akan dihantar dari 62666 mulai 4 April 2020. Pelanggan yang mendapati akaun mereka telah di tolak tanpa persetujuan mereka boleh juga menghubungi pihak CIMB melalui Pusat Khidmat Pelanggan (03) 6204-7788 atau ke laman ini untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh membuat aduan berkenaan isu ini dan apa-apa isu yang melibatkan pengguna di https://cyberconsumer.my.

Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua dan terus amalkan langkah berhati-hati dalam membuat sebarang transaksi secara online. Jangan sampai gaji yang dinanti-nanti hilang pula. . Sentiasa semak transaksi anda dan pastikan anda padam sejarah transaksi pada pelayar internet anda setiap kali membuat transaki juga ya!

Sumber Rujukan:

  1. Berita Harian – Belum ada laporan ‘direct debit’ akaun CIMB
  2. Harian Metro – Institusi kewangan kena telus – MCCA
  3. New Straits Times – CIMB customers seek clarification on ‘direct debit’ transactions
  4. The Star – CIMB says it will SMS customers affected by ‘direct debit’ charges by today (April 4)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *