close
informasiPermohonan

e-Penyata Gaji : Maklumat gaji online yang memudahkan

e-Penyata Gaji ialah sistem online yang direka khusus oleh Jabatan Akauntan Negara mula digunakan sejak Oktober 2010 untuk memudahkan penjawat awam akses kepada maklumat gaji. 

Ia sangat menjimatkan kos dan masa serta menjadikan urusan terbabit lebih efisyen.

Apa ada di dalam e-Penyata Gaji?

Menerusi e-Penyata Gaji ini, penjawat awam dapat menyemak dan mencetak slip gaji masing-masing secara mudah dan cepat.

Selain untuk simpanan, sistem menerusi satu portal khas ini banyak membantu memudahkan penjawat awam menggunakan maklumat gaji mereka untuk pelbagai urusan lain, termasuklah keperluan pentadbiran sekolah anak-anak, permohonan pinjaman kewangan dan sebagainya.

Dengan mengakses laman web ini, semua laporan berkenaan dapat dicetak atau dimuat turun, termasuklah slip gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan.

AMN Penyata Gaji

Apa kelebihannya?

Uniknya, menerusi sistem online e-Penyata Gaji ini, penjawat awam dapat menyemak gaji setiap bulan lebih awal, iaitu sebelum gaji dimasukkan ke akaun masing-masing.

Manfaatnya ialah memudahkan mereka merancang kewangan dan perbelanajan lebih awal, iaitu sebelum tarikh gaji dibayar.

Antara kelebihan lain sistem e-Penyata Gaji ini ialah ia membolehkan kakitangan awam mencetak slip gaji secara cepat dan mudah di mana sahaja lokasi asalkan ada kemudahan rangkaian Internet.

Mereka tidak perlu memohon terlebih dahulu kepada kakitangan berkaitan seperti dalam amalan lazim dan tradisional sebelum ini.

Kelebihan lain sistem ini ialah semua maklumat gaji dan pendapatan tahunan penjawat awam dapat disimpan dalam bentuk digital untuk tempoh lama dan selamat.

Ia dapat dirujuk semula atau dicetak pada bila-bila masa walaupun beberapa tahun kemudian.

Bagaimana menggunakan e-Penyata Gaji?

Hampir semua penjawat awam harusnya mengetahui bagaimana cara mengunakan lama web ini.

Bagi yang masih baru, sistem online ini sebenarnya sangat mudah. Ia memang direka khusus untuk mudah diguna pada bila-bila masa dan di mana sahaja selagi ada rangkaian Internet.

Apa yang perlu dibuat ialah layari laman web rasmi e-Penyata Gaji di sini dan memasukkan nombor kad pengenalan serta nombor gaji.

Untuk kegunaan kali pertama, kakitangan awam perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.

Kemudian, profil diri seperti no telefon dan alamat email perlu dimasukkan atau dikemas kini.

Berdasarkan semakan penggunaan laman web ini di Internet, ternyata sistem ini dilaporkan memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada ramai kakitangan awam dalam pengurusan maklumat pendapatan bulanan dan tahunan mereka.

Jom tonton video dari Youtube Onviral
Tags : e-penyatagaji

Leave a Response