close
informasi

e-Gaji Memudahkan Semakan Penyata Gaji Secara Online

egaji

Pernah dengar tentang e-Gaji? Untuk makluman semua, e-Gaji adalah penyata gaji online. e-Gaji ini merupakan satu sistem dimana para penjawat awam boleh membuat semakan gaji mereka secara atas talian (online) dengan mudah.

Sistem ini disediakan oleh Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM) secara percuma.

 

Jom Kenali e-Gaji Dengan Lebih Mendalam

Untuk pengetahuan anda juga, para penjawat awam boleh melayari portal sistem e-Gaji ini melalui laptop, telefon dan juga tablet. Hanya klik di pautan anm.gov.my

Ianya boleh diakses tanpa mengira masa untuk mengetahui penyata gaji dan juga slip gaji bulanan masing-masing. Pada kebiasaannya e-Gaji sering digunakan sehari sebelum tarikh pembayaran gaji kakitangan awam.

Kakitangan kerajaan boleh juga untuk mencetak penyata gaji mereka yang terkini.

Untuk makluman, e-Gaji dan laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terkini sahaja.

Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem e-Gaji. Jadi, kakitangan awam boleh memuat turun maklumat dan menyimpannya ke dalam hard disk ataupun pendrive bagi memudahkan urusan masa hadapan.

Cara Untuk Menggunakan e-Gaji Penyata Gaji Online

 Bagi kakitangan kerajaan yang pertama kali mendaftar, anda WAJIB mendaftar sebagai pengguna baru terlebih dahulu.

 1 – Daftar Sebagai Pengguna Baru

Klik pautan ‘PERTAMA KALI MENDAFTAR’ untuk membuat pendaftaran di portal ANM e-gaji.

Anda diminta untuk mengisi maklumat penting seperti berikut:

  • No.Kad Pengenalan
  • No.Gaji (Boleh diminta di Unit Gaji masing-masing)
  • Email

2 – Menyemak e-Gaji Online

Setelah selesai mendaftar, anda boleh terus mengakses sistem ANM e-Gaji dengan hanya log in menggunakan No.KP & Kata Laluan yang telah didaftar.

  • Sila login dengan menggunakan link yang betul DI SINI 
  • Pilih Sistem e-Gaji atau e-Penyata Gaji & Laporan

 

Cara Untuk Muat Turun e-Gaji Penyata Gaji Online

1 – Klik Pada Submenu

Pada paparan di sistem, sila klik submenu ‘SENDIRI’ untuk download slip gaji.

 

2 – Pilih Tahun Dan Bulan

Pada paparan tersebut, sila pilih tahun dan bulan dan klik pada ‘Cari’. Jadual Gaji anda akan dipaparkan sekiranya telah dimuat naik dalam sistem.

 

3 – Boleh Cetak/Print atau Simpan

Anda juga boleh cetak/print atau simpan penyata tersebut dalam media komputer media anda untuk kemudahan masa hadapan.

 

Untuk sebarang maklumat lanjut yang berkaitan, sila hubungi pihak JANM melalui detail di bawah ini :

Email : maklumbalas@anm.gov.my

Telefon : 03-88821000

Jom tonton video dari Youtube Onviral
Tags : e-gajiegajisemakan penyata gaji online

Leave a Response