Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online | Kita sedia maklum bahawa pengertian zakat ialah mengeluarkan atau memberi harta kita yang tertentu dengan kadar yang tertentu mengikut syarat-syarat yang tertentu untuk diagihkan kepada golongan memerlukan atau tertentu. Zakat adalah rukun islam yang kelima, bagi umat islam yang berkemampuan wajib ke atasnya untuk membayar zakat dengan kadar tertentu dan mengikut negeri masing-masing.

Zakat terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:-

  • zakat fitrah
  • zakat harta

Lembaga Zakat Selangor telah menyediakan bantuan dan cara memohon Zakat Selangor secara online/atas talian.

Anda hanya perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan Zakat, borang-borang boleh didapati di bawah ini.

Bil Borang
1 Borang Permohonan Agihan Zakat
2 Borang Akuan Konflik Kepentingan (WAJIB DIISI UNTUK SEMUA PERMOHONAN AGIHAN ZAKAT)
3 Borang Maklumat Peribadi Asnaf Fakir Miskin
4 Dokumen Lampiran Permohonan Agihan Zakat Pendidikan, Perubatan dan Hutang (Perlu ada)
5 Borang Pengesahan Pendapatan (Bagi yang tiada slip gaji) – WAJIB UNTUK SEMUA JENIS PERMOHONAN ZAKAT
6 Borang Pengesahan Sekolah Rendah/Menengah (Bagi Permohonan Yang Melibatkan Anak Sekolah)

Sila klik mana-mana borang di atas untuk download dan borang juga terdapat di Cawangan LZS.

Setelah anda siap download dan diisi kesemua data yang diperlukan, anda boleh menghantar borang-borang tersebut di cangawan LZS berhampiran anda. Setiap permohonan akan ditapis mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor seperti Carta Alir di bawah ini.

Artikal berkaitan:- Permohonan Pengeluaran ASNB Secara Online

Permohonan Program Subsidi Upah Perkeso

Carta Alir zakat selangor

Syarat Penerima dan Kriteria Penerimaan Zakat Selangor

Terdapat 8 Asnaf Zakat:-

  1. Asnaf Fakir
  2. Asnaf Muallaf
  3. Asnaf Gharimin
  4. Asnaf Miskin
  5. Asnaf Riqab
  6. Asnaf Ibnu Sabil
  7. Asnaf Amil dan
  8. Asnaf Fisabilillah

Untuk mengetahui apa itu golongan asnaf secara terperinci boleh tekan link – – LSZ

Senarai Bantuan Zakat Selangor – LZS

Antara senarai-senarai bantuan sering dipohon oleh asnaf :

  • Bantuan Perubatan – Fakir Miskin
  • Bantuan Sewa Rumah – Fakir Miskin
  • Bantuan Badan dan Persatuan – Fisabilillah
  • Bantuan Penerapan Nilai Islam – Fisabilillah
  • Bantuan Yuran Sekolah – Fakir Miskin
  • Bantuan Hutang Kehidupan – Gharimin
  • Bantuan Kewangan Bulanan – Fakir Miskin
  • Bantuan Makanan Bulanan – Fakir Miskin
  • Bantuan Bina & Baik Pulih Rumah – Fakir Miskin

Sebarang Pertanyaan dan Kemusykilan boleh hubungi Lembaga Zakat Selangor di bawah:-

Lembaga Zakat Selangor

Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

TALIAN ZAKAT SELANGOR

1-300-88-4343

EMAIL

maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my

Untuk sebarang maklum balas anda boleh mengisi Borang Maklum Balas di bawah ini

 

Semoga perkongsian Permohonan Bantuan Zakat Selangor ini dapat membantu dan meringankan beban bagi anda yang layak, kami onviral mendoakan kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan anda semua.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *