Permohonan Skim Sewa Beli Rumah DBKL

Skim sewa beli rumah DBKL

Permohonan Skim Sewa Beli Rumah DBKL | Tinggal di bandar yang begitu pesat membangun seperti Kuala Lumpur membuatkan ramai yang dalam kesempitan dalam kos sara hidup, jadi DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) telah menubuhkan satu Skim Bantuan Sewa DBKL. Sehingga kini banyak telah dibangunkan projek perumahan DBKL dan diberi kadar sewa yang begitu murah. Untuk skim sewa beli anda boleh rujuk DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). Dengan adanya kadar sewa murah ini dapat meringankan beban rakyat yang tinggal di bandar Kuala Lumpur dan seterusnya mengurangkan kemiskinan bandar.

SYARAT KELAYAKAN UMUM

  • Pemohon yang memohon atau isi rumah tidak punyai pendapatan tetap atau pun berpendapatan kurang dari RM 1,500.00 sebulan dan punyai tanggungan serta berada dalam kategori berikut :
  • – Miskin Tegar : yang berpendapatan kurang RM 580 ke bawah (sebulan) bagi seisi rumah (RM 140 ke bawah     perkapita)
  • – Miskin : yang berpendapatan kurang RM 940 ke bawah (sebulan) bagi seisi rumah (RM 240 ke bawah         perkapita)
  • Keluarga atau isi rumah yang mempunyai penyakit-penyakit kronik.
  • Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas tidak punyai pendapatan bulanan
  • Penyewa ataupun pemohon merupakan penerima Bantuan Sara Diri -BSH- daripada pihak kerajaan tetapi tidak pernah terima Bantuan Sewa Rumah
  • Penyewa juga merupakan penerima Bantuan Sewa Rumah tetapi tidak punyai sebarang tunggakan sewa rumah
  • Bagi setiap permohonan yang di pohon perlulah disertakan dengan resit terkini pembayaran tunggakan sewa anda serta baki tunggakan tersebut. Sekurang – kurangnya sebanyak 30% daripada jumlah yang tertunggak atau jumlah yang telah dipersetujui oleh pegawai yang bertugas di kaunter Rayuan Bayaran Tunggakan perlu dijelaskan oleh pemohon.

Artikal berkaitan : Permohonan Pinjaman Skim Mikro Kredit Hijrah Selangor

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online

PENYEWA ATAU PEMOHON YANG PASTI TIDAK LAYAK MEMOHON SKIM SEWA RUMAH DBKL

  • Pemaju yang membayar pemohon atau penyewa kerana perpindahan untuk pembangunan di kawasan tersebut
  • Pemohon atau penyewa yang telah ditempatkan di rumah sementara DBKL kerna telah mengalami bencana alam seperti kes kebakaran, banjir dan sebagainya
  • Pemohon atau penyewa adalah penjawat awam yang telah menerima elaun perumahan setiap bulan
  • Salah seorang samada suami atau isteri telah membeli rumah

Anda sudah jelas dengan permohonan yang akan pasti ditolak. Sebelum memohon semak dulu diri anda layak atau tidak.

BAGI SYARAT – SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM SEWA DBKL

  • Pemohon dan pasangannya adalah warganegara Malaysia dan sudah berkahwin.
  • Mempunyai pendapatan bulanan (suami dan isteri) sebanyak RM 3,000 atau kurang untuk pembelian unit kos rendah
  • Mempunyai pendapatan bulanan (suami dan isteri) RM4,000 dan kurang untuk pembelian unit kos sederhana
  • Pemohon mesti bekerja atau tinggal di wilayah persekutuan Kuala Lumpur
  • Tidak ada rumah atau tanah kurang dari 35 km dari pusat bandar raya.
  • Berdaftar di Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Masyarakat

KADAR SEWAAN YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMOHON

Harga sewa per unit yang ditawarkan oleh DBKL mempunyai kadar sewa yang berbeza bergantung pada kategori yang ditentukan. Harga sewa adalah seperti berikut:

Untuk perumahan awam / PPR MTEN:

Unit pengajian – RM 55.00 sebulan
Unit satu bilik – RM 94.00 sebulan
Unit 2 bilik tidur – RM 124.00 sebulan
Unit 3 bilik tidur – RM 124.00 sebulan
Unit 3 bilik tidur (Ubah suai) – RM 218.00 sebulan

Untuk perumahan kos rendah dan rendah

Perumahan di Gombak 2 – RM 320.00 sebulan
Rumah di Kuang dan Kenari – RM 250.00 sebulan
Perumahan di Seri Pangkor – RM 250.00 sebulan
Perumahan di Seri Tioman – RM 300.00 sebulan

BORANG PERMOHONAN DAN BORANG SEMAKAN

Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di kaunter perkhidmatan DBKL atau memuat turunnya secara dalam talian di laman web DBKL. Download borang di bawah ini.

Artikal berkaitan : Permohonan Pinjaman Skim Mikro Kredit Hijrah Selangor

Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online

Sebarang semakan permohonan penyewaan anda boleh dilakukan dengan menghubungi talian 03-26176158.

Semoga bermanfaat dan anda berjaya Memohon Permohonan Skim Sewa Rumah DBKL.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *