close
informasi

BSN Online : Bagaimana menggunakannya?

Bank Simpanan Nasional (BSN) ialah antara institusi kewangan popular dan lama dalam sejarah institusi kewangan di Malaysia. Sebagaimana bank lain, BSN berfungsi sebagai institusi yang terbabit mengurus semua hal-ehwal berkaitan perbankan dan kewangan. Demi mengikut peredaran semasam BSN kini menyediaka BSN Online untuk memudahkan para penyimpan untuk membuat pembayaran, mengemaskini akaun, membuat pembelian secara atas talian.

 

BSN Online: Apa ada pada perkhidmatan ini?

Apabila teknologi semakin maju dan berkembang, BSN juga seperti institusi kewangan lain mula memajukan kemudahan perbankan internetnya dikenali MyBSN.

Ia aplikasi perbankan atas talian yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna, termasuklah semakan baki, bayaran bil, pindahan wang, pengurusan kredit dan sebagainya tanpa pengguna perlu hadir ke cawangan bank itu.

 

Apa perlu buat?

Bagaimana pengguna dapat memanfaatkan kemudahan BSN Online? 

Sebelum dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan di portal MyBSN ini, para pengguna perlu mendaftar untuk kali pertama. Percuma sahaja.

Berikut ialah langkah demi langkah untuk menggunakan MyBSN.

 

BSN Online: Cara daftar

Pendaftaran perbankan online MyBSN dapat dilakukan menerusi beberapa langkah mudah berikut:

  1. Layari www.mybsn.com.my
  2. Klik Daftar / Demo
  3. Baca dan terima Terma dan Syarat 
  4. Masukkan nombor kad debit / kredit dan info berkaitan.
  5. Masukkan no kad pengenalan
  6. Masukkan pengenalan (ID) pengguna dan kata laluan 
  7. Pilih imej keselamatan
  8. Klik log masuk untuk kali pertama 
  9. Kemas kini butiran peribadi

 

BSN Online: Cara semak baki akaun 

Setelah itu, anda bolehlah menggunakan semua kemudahan di MyBSN. Contohnya untuk menyemak baki akaun.

Amalan sebelum ini ialah anda perlu pergi ke kaunter BSN atau mesin ATM untuk semak baki akaun. 

Banyak sangat masa terpaksa digunakan. Lebih-lebih lagi jika di kawasan yang kerap mengalami kesesakan lalulintas.

Kini dengan MyBSN, anda dapat semak baki akaun di mana sahaja lokasi anda.

Bagaimana melakukannya di skrin telefon atau gajet anda? Mudah sahaja!

  1. Log masuk ke www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  2. Masukkan nama pengguna (username) dan katakunci (password)
  3. Pilih menu maklumat akaun
  4. Pilih menu maklumat baki akaun
  5. Baki akaun BSN anda akan dipaparkan pada skrin gajet anda.

Sangat mudah. Anda boleh cuba menggunakannya sekarang!

Antara persoalan utama

Biasanya antara persoalan ialah adakah pengguna perlu membuka akaun baharu di BSN untuk memanfaatkan perbankan Internet ini? 

Sebenarnya tidak perlu. Pelanggan dapat mendaftar dan memanfaatkan MyBSN menggunakan akaun sedia ada di BSN.

 

PBE Online, sistem atas talian untuk Public Bank.

Jom tonton video dari Youtube Onviral
Tags : bsnmybsn

Leave a Response