close
Permohonan

Semakan Saman JPJ dan PDRM Secara Online Serta SMS

Semakan Saman JPJ dan PDRM Secara Online Serta SMS

Semakan Saman JPJ dan PDRM Secara Online Serta SMS dengan Mudah | Berita gembira kepada pengguna jalan raya di Malaysia kerana anda boleh menyemak Saman JPJ dikenali Jabatan Pengangkutan Jalan dan PDRM dikenali Polis Diraja Malaysia dengan secara atas talian (online) sahaja dengan begitu mudah cepat dan selamat. Yang pasti kita sebagai pengguna haruslah mematuhi undang-undang jalanraya dan jangan sampai diri anda disaman oleh JPJ atau PDRM, jika disaman wajib bayar.

Kita sedia maklum, jalanraya di Malaysia mempunyai undang-undang yang ketat untuk menjaga keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya yang lain. Jika pengguna melakukan kesalahan, saman akan dikeluarkan oleh pihak JPJ atau PDRM bergantung pada situasi dan masa.

Cara Buat Semakan Saman JPJ Online

Anda boleh terus melayari laman web JPJ link di bawah ini:-

klik disini : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman

Cara Semak Saman JPJ dan PDRM secara SMS (sistem pesanan ringkas)

Anda boleh mengikuti langkah demi langkah yang dikongsikan di bawah ini:-

Semakan SMS Saman JPJ:

Taip JPJ<jarak>SAMAN<No kad pengenalan atau nombor kenderaan> hantar ke 15888

Sebagai contoh : JPJ SAMAN 850424034451 atau JPJ SAMAN VEP123 selepas itu hantar ke 15888

Anda akan mendapat balasan sms dengan seberapa pantas.

Semakan SMS Saman Polis PDRM:

Taip POLIS <jarak>No ic ataupun no kad pengenalan
hantar ke 32728

Sebagai contoh: POLIS 855555034444 hantar ke 32728

Anda akan mendapat balasan sms dengan seberapa pantas.

 

artikal berkaitan: Permohonan Geran Kenderaan Yang Hilang Di JPJ

Check Saman Online : Cara Semak Saman PDRM, JPJ dan AES

 

Cara Semakan Saman Secara online

Anda boleh membuat semakan saman hanya melalui online boleh dilakukan dengan melayari myeg, rilek, JPJ.

Semoga artikal Buat Semakan Saman JPJ dan PDRM Secara Online Serta SMS dengan Mudah memberi manfaat kepada anda membantu anda dalam menyelesaikan saman-saman yang ada, semoga berjaya

Jika terdapat sebarang keragui anda boleh berhubung dengan maklumat di bawah ini:-

JPJ:-

Alamat:

Jabatan Pengangkutan Jalan
Aras 3-5, No. 26,
Jalan Tun Hussien, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 WP Putrajaya

 +60 3 8000 8000 (Umum)
 +60 3 8881 0194 (Faks)
PDRM:-
Layari sistem SSO PDRM
Jom tonton video dari Youtube Onviral
Tags : check samanJPJpdrmsemak saman

Leave a Response