close
hiburan

Dialah Bapa, Dialah Ibu.. Sanggup Pakai Tudung Demi ‘Happykan’ Anak Kembar

Kisah hidup seorang bapa tunggal, Syazwan Najmi yang membesarkan anak kembar perempuan tanpa kehadiran isteri terus menarik perhatian warganet di media sosial.

Terbaru, lelaki berusia 23 tahun itu berkongsi sebuah video di laman Instagram memaparkan gelagatnya memakai tudung sambil mengusik kembar tersebut iaitu Medina Sofiya dan Medina Safiya.

Menurut Najmi atau mesra dipanggil Mie, seorang bapa sudah semestinya sanggup berbuat apa sahaja demi membahagiakan anak-anak yang tercinta.

“Seorang ayah sanggup menjadi apa sahaja untuk anak2nya yang tercinta,” tulisnya.

Rakaman video berdurasi 15 saat berkenaan kelihatan Mie bermain ‘peekaboo’ dengan penuh mesra sambil diperhatikan kedua-dua cahaya mata sulung yang berusia empat bulan itu.

Segelintir pengikutnya tidak lupa memberikan pelbagai reaksi yang memuji kecomelan selain mendoakan anak-beranak itu sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Respek brader! Terus nampak macam opah?

Comelnya geram tengok!

Moga membesar dengan sihat

So ‘sweet’… Moga dilindungi Allah selalu!

Arwah isterinya, Siti Nur Nasuha Shafie tidak sempat menatap wajah si kembar kerana bertarung nyawa selama dua minggu sebelum mninggal dunia selepas bersalin akibat komplikasi dalaman.

 

Sumber : Syazwan Najmi, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response