close
semasa

Asmaul Husna : Manfaat Jika Selalu Mengamalkanya

Asmaul Husna bukanlah satu perkara yang asing bagi kita sebagai orang islam. Ia adalah merupakan 99 nama yang di miliki oleh Allah. Nama-nama ini menunjukkan kepada tentang bertapa besarnya kekuasaan Allah ke atas sekalian alam dan sekaligus menjadikanya satu-satunya tempat untuk kita bergantung harap dan memohon pertolongan.

Asmaul Husna Mempunyai Banyak Manfaatnya Dalam Kehidupan Kita Sendiri

Justeru itu, sebagai umat islam kita wajib mengamalkanya dalam kehidupan seharian kita. Bukan Itu sahaja, kita juga perlulah mendidik anak kita sejak dari mereka kecil supaya mereka sentiasa mengamalkanya. Ini kerana, Asmaul Husna mempunyai banyak manfaat kepada diri dan kehidupan. Antara manfaatnya ialah:

1-    Membuka Pintu Rezeki

Allah maha besar, dialah yang menentukan segalanya. Daripada jodoh pertemuan ajal maut termasuklah rezeki kita. Sebagai umat islam kita sememangnya di wajibkan untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan kita dan keluarga kita. Namun begitu, tidak dinafikan ada antara kita yang mungkin rezekinya tidak se hebat seperti orang lain.

Tetapi kita tidak perlu berputus asa, ada bermacam cara untuk membuka pintu rezeki. Salah satunya ialah, dengan sentiasa mengamalkan bacaan Asmaul Husna setiap kali selepas solat atau sebelum tidur.

2-    Menyembuhkan Penyakit

Bagi yang sedang menghidap penyakit, selain berikhtiar dengan berjumpa doktor dan juga makan ubat, anda juga boleh menjadikan bacaan Asmaul Husna sebagai salah satu ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit yang sedang anda hidapi. Ini kerana, apa juga ikhtiar yang kita lakukan hanya Allah swt sahaja yang boleh menyembuhkan. Selain itu juga, dengan selalu mengamalkanya, ia juga dapat menghindar kita dari jatuh sakit.

3-    Menghayati Kebesaran Allah

Bukan itu sahaja, dengan mengamalkan bacaan Asmaul Husna dalam kehidupan seharian kita, ia dapat membuatkan kita menghayati kebesaran Allah SWT. Ia sekali gus dapat membuatkan kita seorang hambanya yang taat pada perintahnya dan meninggalkan laranganya. Selain itu juga, ia dapat membuatkan kita menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kepada kita. Secara tidak langsung ia dapat menjadikan kita seorang yang sentiasa mahu menjadi hamba Allah yang terbaik.

4-    Menjauhkan Kita Dari Kekafiran

Dengan sentiasa menjadikan bacaan Asmaul Husna sebagai bacaan rutin dalam kehidupan seharian seharian dapat menjauhkan diri kita dari kekafiran. Ini kerana, tanpa jiwa yang kuat dan hati yang mempunyai keimanan yang kukuh akan membuatkan kita sudah mendekati kepada kekafiran. Justeru itu, dengan mengamalkan Asmaul Husna ia dapat menjadikan hati kita di isi dengan kalimah-kalimah Allah dan sekali gus menguatkan diri kita.

5-    Menenagkan Jiwa

Memang tidak dinafikan, jika kita selalu mengamalkan bacaan Aasmaul Husna jiwa kita akan menjadi lebih tenang dan terhindar dari masalah. Bukan itu sahaja, dalam pada masa yang sama kita juga akan menjadi seorang yang lebih positif dan sekali gus terhindar dari sikap pemarah dan panas baran.

Kita Perlu Jadikan Bacaan Asmaul Husna Sebagai Amalan Harian Kita

Kesimpulanya, kita perlu menjadikan bacaan Asmaul Husna sebagai amalan harian dan melaziminya sentiasa supaya hidup kita akan menjadi lebih tenang dan tenteram dan juga untuk membuktikan kita sebagai muslim sejati dan sebagai membuktikan rasa cinta kita kepada Allah SWT. Jadi, mulai hari ini jadikan ia sebagai rutin harian kita. Jika anda mahu mendapatkan maklumat lebih mendalam mengenai islam, anda boleh layari Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

Baca Juga: Permohonan Membuka Akaun Bank Islam Online

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response