close
agama

DOA MAJLIS RASMI : ADAB KETIKA MEMBACANYA

Doa majlis rasmi. Majlis rasmi adalah majlis yang diadakan mengikut protokol dan mengikut tatatertib. Malah, aturcara majlis ini juga sangat mengikut protokol dan tidak terlalu bebas. Ini kerana, majlis ini biasanya di hadiri tetamu penting atau tetamu VVIP.

Doa majlis rasmi

Justeru itu, kita perlulah mengadakan majlis yang terbaik supaya majlis tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bukan itu sahaja, dengan mengadakan majlis dengan protokol menunjukkan kita seorang yang profesional dan menghormati tetamu penting yang datang ke majlis tersebut.

Ada Adab Dalam Membaca Doa Majlis Yang Wajib Kita Tahu.

Lumrah bagi majlis rasmi dan tidak rasmi pasti akan di mulai dengan bacaan doa supaya majlis tersebut di berkati. Bukan itu sahaja, ia juga melambangkan adab kita sebagai orang islam. Untuk adab bacaan doa majlis kerajaan anda boleh klik di sini 

Justeru itu, sewaktu membaca doa majlis rasmi kita perlu menjaga adab dan tatatertib kita. Terutama mereka yang membaca doa sewaktu majlis rasmi. Jom kami kongsikan adabnya. Antaranya ialah:

1-    Tiba Awal Ke Tempat Majlis

Jika anda terpilih untuk menjadi pembaca doa bagi majlis rasmi, amalkan sikap sampai awal ke tempat majlis tersebut. Ini supaya, kitab oleh melakukan sedikit latihan sebelum majlis tersebut bermula.

Ia supaya anda tidak merasa gugup atau terlupa ketika membaca doa sewaktu majlis tersebut sedang berlangsung. Jika anda menjadi gugup, ia secara tidak langsung mungkin boleh mengganggu kelancaran majlis tersebut.

2-    Pilih Pembaca Doa Yang Lancar Bacaanya

Untuk memilih wakil bagi bacaan doa, carilah mereka yang lebih berpengalaman dan lancar bacaan doa. Bukan itu sahaja, carilah mereka yang tahu makna dan makna setiap bacaan yang di tuturkan. Jika kita memilih mereka yang kurang lancar dalam bacaan doa, ia sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan majlis dan dalam pada masa yang sama, ia menunjukkan pembaca doa tersebut seorang yang tidak mempunyai ilmu dalam membaca doa untuk majlis-majlis rasmi.

3-    Menggunakan Nada Yang Sesuai

Membaca doa juga perlulah mempunyai nada yang sesuai. Gunakanlah nada yang terang dan jelas setiap hurufnya. Jangan gunakan nada yang terlampau kuat atau dalam erti kata lain menggunakan suara seperti sedang marah.

Selain itu, pembaca doa hendaklah membaca dengan nada suara yang sesuai dengan maksud ayat di samping suara yang jelas, tidak terlalu laju dan hendaklah dibaca dengan khusyuk serta tawaduk’.

4-     Gunakan Pakaian Yang Bersesuaian

Walaupun anda hanya membaca doa untuk majlis, itu tidak bermakna anda boleh menggunakan pakaian mengikut suka hati anda. Terutama jika anda di minta untuk mengetuai bacaan untuk majlis rasmi.

Bagi menghormati majlis, seeloknya pakailah pakaian yang sopan atau memakai baju melayu dan berkopiah/songkok. Selain untuk hormati majlis, ia juga menunjukkan diri kita sebagai orang islam dan menunjukkan adab kita ketika di dalam majlis. Seeloknya, untuk majlis rasmi anda digalakkan untuk memakai baju melayu lengkap bersampin dan bersongkok.

5-    Mulakan Dengan Mukadimah

Di awal permulaan bacaan doa seeloknya kita mulakan dengan lafaz puji-pujian dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Bukan itu sahaja, doa tersebut seelok-eloknya di dahului dengan bacaan dalam Bahasa Arab dan diikuti dengan doa dalam bahasa-bahasa lain.

Manakala, pada bahagian akhir doa seelok-eloknya di akhiri dengan bacaan selawat dan tahmid.

 Kita Perlulah Menjaga Adab Dengan Sebaiknya Sewaktu Membaca Doa Majlis Rasmi

Kesimpulanya, walaupun anda hanya membaca doa majlis rasmi anda tetap perlu menjaga adab dan tatasusila anda dengan baik. Ini kerana, majlis tersbut bukan sahaja di hadiri oleh tetamu biasa tetapi juga turut di hadiri oleh tetamu penting. Jika kita tidak menjaga adab dengan baik, sedikit sebanyak kita akan membuatkan majlis tersebut akan menjadi rosak.

Baca Juga: 10 Kereta Paling Pelik Dan Aneh Yang Belum Pernah Anda Lihat

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response