HANNAH DELISHA : BIODATA DAN 5 DRAMA LAKONANYA

Biodata Hannah Delisha Dan 5 Drama Lakonanya. Bila sebut sahaja mengenai Hannah Delisha, pastinya kebanyakkan antara kita sangat mengenali pelakon wanita yang serba hebat ini. Setiap watak lakonan yang di bawanya telah berjaya menambat hati para penonton dan peminatnya. Justeru itu, tidak hairanlah jika admin katakan Hannah Delisha antara pelakon wanita yang terkenal di negara kita.

Jom Kita Berkenalan Dengan Dirinya

Hannah delisha

Bagi peminat Hannah pasti hendak mengetahui mengenai pelakon yang mempunyai bakat besar ini. Pasti anda mahu mengetahui latar belakang pelakon yang telah membuatkan kita jatuh cinta dengan lakonanya. Jom kami ceritakan sedikit biodata mengenai dirinya.

  • Nama Penuh:Hannah Adlina Blackburne Birch
  • Nama Glamour:Hannah Delisha
  • Umur: 25 tahun (2021)
  • Tarikh Lahir:27 Oktober 1996
  • Asal: Singapura
  • Agama: Islam
  • Warganegara: Singapura
  • Keturunan: Kacukan Inggeris (ayah) dan Melayu Singapura (ibu)
  • Adik-Beradik: Mia Delisha
  • Kerjaya: Pelakon, Penyanyi Pengacara TV, Model dan Jurucakap Produk
  • Single Lagu:Retak, Anugerah dan Tidak Perlu Kata Apa-Apa
  • TwitterTwitter Rasminya
  • FacebookFb Rasminya
  • InstagramInstagram rasminya

Hannah Delisha, merupakan bekas ahli kumpulan duo Delisha, yang di anggotai oleh beliau sendiri dan adiknya Mia Delisha. Mereka menghasilkan lagu yang berjudul “Retak” dan selepas Hannah Delisha menjadi penyanyi solo pada tahun 2015, beliau menghasilkan single pertamanya yang berjudul “Anugerah”.

Single “Anugerah” merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen dari kumpulan Hyper Act. Pada tahun 2017, beliau kemudiannya menghasilkan single keduanya, “Esok Masih Ada” yang juga merupakan lagu ciptaan Akir dan Frozen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2018, beliau menghasilkan single ketiganya, “Tak Perlu Kata Apa-Apa”.

Baca Juga : Puspakom : Maklumat dan info pemeriksaan mandatori

Senarai Drama Lakonanya

Sepanjang berkecimpung dalam bidang lakonan, Hannah Delisha telah berlakon lebih dari 10 drama. Drama-drama ini seringkali menjadi sebutan di bibir peminat. Antara drama lakonanya ialah:

Tahun Tajuk Watak Siaran TV
2016 Farhana Aaliyah Suria
Kemelut Nadia
Kathy Gerenti Farah
Bingit Musim ke-4: Kurnia Ateeyah
2017 Faculty Zarina Saluran 5
7 Hari Faeqah Suria
Mencintaimu Mr. Photographer Aira Qaisara Astro Ria
2018 3 Gadis Manis: Musim 2 Jo Astro Gempak
Alamatnya Cinta Ellie Farhana Astro Ria
Aku Cinta Dia Laila TV3
2019 30 Pesanan Suara Syafira
2020 Bukan Kahwin Paksa Dara
Saga 2.0 Sofea Suria
Cinta Sekali Lagi Amani TV3
Tercipta Satu Ikatan Leanna Astro Ria

 

Antara Anugerah Yang Telah Di Menanginya

Walaupun masih berusia muda, tetapi dia merupakan artis yang sedang meningkat naik. Namanya seringkali meniti di bibir-bibir peminat drama tempatan. Justeru itu, tidak hairanlah pada usia muda ini, beliau telah memenangi bermacam anugerah. Antaranya ialah:

Tahun 2017

  • Pesta Perdana Singapurake-14 – Personaliti Wanita Paling Popular
  • Anugerah Planet Muzikke-16    – Artis Paling Popular – Singapura
  • Anugerah Instafamous HurrTV – Anugerah Instafamous Pujaan Hati

Tahun 2018

  • The 100 Most Influential Young Entrepreneurs- Arts & Culture – Special Commendation

Tahun 2019

  • Pesta Perdana Singapura ke-15- Personaliti Wanita Paling Popular
  • The 100 Top Young CEO Awards- Special Talent Entrepreneur
  • Anugerah Bintang Popular ke 32- Pasangan Serasi Filem (bersama Syafiq Kyle)
  • Asean Outstanding Business Awards- Asean Top Social Media Influencer Award

Hannah Delisha Juga Terkenal Sebagai Instafamous

Selain dari di kenali dalam bidang lakonan dan naynyian, Hannah Delisha juga di kenali sebagai salah seorang instafomous yang terkenal di negara kita dan mempunyai ramai peminat serta pengikut di media sosial.

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *