close
hiburan

Kamen Rider : Ini 5 Kamen Rider Terbaik Sepanjang Masa

Kamen Rider adalah salah satu anime Jepun yang sangat terkenal di seluruh dunia. Malah, di negara kita ia adalah salah satu anime yang seringkali menjadi kegemaran buat kanak-kanak pada satu masa dahulu.

Kamen rider

Malah, jika di tanya mengenai anime ini, kebanyakkan kanak-kanak pada masa kini masih lagi mengenali anime Jepun yang terkenal di seluruh dunia ini. Apa yang mengagumkan walaupun siri anime ini telah ke udara selama berpuluh tahun dan mempunyai berastus episod tetapi siri anime ini tetap menjadi pilihan ramai. Bukan itu sahaja, setiap kali di siarkan, ia akan menjadi anime yang sangat di tunggu-tunggu oleh peminatnya sendiri.

 

Ada Beberapa Kamen Rider Terbaik Yang Menjadi Kegemaran Ramai

Tidak hairanlah jika admin katakan ada beberapa siri ini adalah siri terbaik dan menjadi pilihan ramai. Malah, ada antara senarai yang admin sebutkan ini sangat di kenali di kenali oleh peminat di negara kita. Antaranya ialah:

1-SIRI KABUTO

Kamen Rider Kabuto ialah siri televisyen superhero tokusatsu Jepun dan ia merupakan siri ke-16 dalam siri kamen rider popular untuk program tokusatsu. Ia merupakan kerjasama antara Ishimora Productions dan Toei. Siri ini disiarkan di TV Asahi.

Episod pertama siri ini mula di siarkan pada 29 Januari, 2006, dan episod terakhirnya pula tamat pada 21 Januari, 2007, siri ini mempunyai 49 episod. Siri ini di wujudkan sempena ulang tahun ke-35 Siri Masked Rider. Apa yang lebih menarik mengenainya, Kamen Rider Kabuto merupakan Siri Kamen Rider pertama ditayangkan dalam format definisi yang tinggi

2- SIRI OOO

Siri ini mengisahkan mengenai Ozu yang dapat menggunakan pelbagai bentuk Combo. Combo pertama adalah TaToBa Combo, dengan kepala bertemakan helang menggunakan Pedang Medajalibur, badannya mempunyai tema harimau menggunakan cakar di tangannya, dan kakinya bertemakan belalang untuk menggunakan Rider Kick. Dia juga dapat menggunakan bentuk lain RaToraTah Combo, GataKiriBa Kombo, dan SaGorZo Combo dengan Core Medal berdasarkan haiwan. Sebutan OOO merujuk kepada tiga core medal yang Kamen Rider Ozu gunakan.

Baca Juga : Permohonan Kahwin Negeri Selangor

3-SIRI BLACK RX

Siri yang seterusnya ini, tidak kurang hebatnya. Malah, ia terkenal bukan sahaja dalam negara kita tetapi juga sangat di kenali di seluruh dunia. Ini erana, di dalam siri ini mempunyai rekaan yang cukup futuristik dan gaget yang canggih. Secara tidak langsung ia membuatkan sesiapa sahaja yang menontonya menjadi tertarik dan kagum dengan teknologi yang terdapat di dalamnya. Ia sekali gus membuatkan jalan ceritanya menjadi sangat menarik.

4- SIRI DEN-O

Siri yang seterusnya ini pula tidak kurang hebatnya. Ia menduduki tempat ke dua dalam senarai Kamen Rider sepanjang masa yang Onviral senaraikan. Siri ini telah berjaya menarik minat lebih ramai lagi peminat untuk menonton anime Jepun. Apa yang lebih mengagumkan jualan vcd dan cd dari siri ini telah mendapat permintaan yang sangat memberangsangkan sehingga menjadi jualan yang paling tertinggi.

5- SIRI 555

Siri yang seterusnya ini adalah antara siri masked rider menjadi kegemaran peminat sama ada di dalam dan di luar negara negara. Siri ini adalah siri ke-4 selepas Ryuki dan merupakan francais yang ke-13. Siri ini mempunyai 50 buah episod bermula pada 26 Januari 2003 sehingga 18 Januari 2004 dan motif dalam 555 ini adalah berdasarkan daripada huruf-huruf Greek alatan bertukar yang digunakan dalam siri ini adalah sejenis telefon bimbit.

Di negara kita sudah ada kelab peminat Kamen Rider di wujudkan. Klik sahaja di sini jika nak tahu mengenainya.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response