close
Permohonan

Maidam Terengganu : Asnaf Yang Layak Mendapat Bantuan

Maidam Terengganu adalah pihak berkuasa di Terengganu yang memainkan peranan dalam memberikan bantuan kepada asnaf di negeri Terengganu

MAIDAM TERENGGANU

MAIDAM selaku Pihak Berkuasa Agama Utama yang berwibawa dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam dan maslahat umat Islam keseluruhannya memainkan peranan penting dalam memberi bantuan kepada asnaf yang berada di negeri Terengganu dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup golongan asnaf di Terengganu.

Asnaf Yang Layak Mendapat Bantuan Dari Maidam Terengganu

Walaupun MAIDAM memberi bantuan kepada mereka yang mmerlukan, tetapi ada beberapa golongan Asnaf yang layak mendapat bentuan dari MAIDAM Terengganu. Golongan asnaf tersebut ialah:

1. Faqir

Bermaksud orang Islam yang tidak mempunyai sumber pendapatan atau mempunyainya tetapi hanya mampu memenuhi sebahagian kecil sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Kewangan / Saraan Bulanan
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus Kepada Fakir Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Dermasiswa IPT Dalam Negara
  • Bantuan Makanan / Keperluan Harian

2. Miskin

Bermaksud orang Islam yang mempunyai sumber pendapatan yang hanya memenuhi sebahagian sahaja dari keperluan asasi secara sederhana untuk diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Kecemasan / Bencana
  • Bantuan Membina dan Membaikpulih Rumah
  • Bantuan Sempena Ramadhan
  • Agihan Terus kepada Miskin Melalui Pengeluar Zakat
  • Bantuan Kursus / Latihan Untuk Anak-anak Miskin
  • Bantuan Perubatan
  • Bantuan Modal Bahan Mentah untuk Perniagaan
  • Bantuan Sara Hidup
  • Bantuan Serta Merta
  • Bantuan Dermasiswa IPT Luar Negara
  • Bantuan Sewa Rumah
  • Bantuan Makanan / Keperluan Harian

Baca Juga: Permohonan Bantuan Zakat Selangor Online

3. Amil

Bermaksud Individu atau organisasi yang dilantik oleh MAIDAM, yang bertanggungjawab menjalankan urusan berkaitan zakat.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Ambilan Terus oleh Amil
  • Bantuan mengadakan Pelbagai Kursus

4. Ar-Riqab

Ia adalah bantuan perubatan kepada penyakit kronik

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Pengurusan Rumah Perlindungan Pesakit Kronik / HIV
  • Bantuan Pengurusan dan Rawatan di Pusat Hemodialisis

5. Al-Gharimin

Bermaksud golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum Syarak.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan golongan yang terpaksa berhutang untuk keperluan asas
  • Bantuan pengurusan jenazah tanpa waris

6. Fisabilillah

Bermaksud mana-mana orang Islam atau pihak yang melibatkan diri atau mengadakan aktiviti dalam menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta meningkatkan penghayatan tentangnya sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Sumbangan Tabung Perkhidmatan Pendidikan Luar Negara
  • Bantuan Pengurusan Rumah Anak Yatim MAIDAM
  • Bantuan Pendidikan Dalam Negara
  • Bantuan Pendidikan Luar Negara

7. Ibnu Sabil

Bermaksud mana-mana orang Islam yang berhasrat atau sedang bermusafir atau terkandas di dalam perjalanan yang memerlukan bantuan bagi maksud-maksud yang dibenarkan oleh hukum Syarak dari atau ke mana-mana jua negeri atau negara.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Tambang Kepada Pelajar Luar Negara
  • Bantuan Kepada Orang Yang Terkandas dalam Perjalanan

8. Muallaf

Bermaksud seseorang yang dijinakkan hatinya dan telah memeluk agama Islam, tetapi tahap keimanannya masih lemah.

Jenis-jenis bantuan yang disediakan:

  • Bantuan Saguhati Memeluk Islam
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Kelas Bimbingan
  • Bantuan Aktiviti / Program Muallaf
  • Bantuan Pengajian Muallaf

Cara Membuat Permohonan Bantuan Maidam Terengganu

Untuk permohonan bantuan MAIDAM Terengganu, anda boleh ke alamat berikut:

Anda juga boleh melayari laman web rasmi MAIDAM untuk pelbagai info terkini di http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/ atau follow Page Rasmi MAIDAM di pautan https://www.facebook.com/pg/maidamterengganu/posts/.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response