close
informasi

My TNB : 5 CARA SEMAK BILL MELALUI APP My TNB

My TNB. Susah ke nak buat bayaran bill menggunakan MyTNB ni??

Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin juga ada antara kita yang baru pertama kali mendengar mengenai app myTNB ini. Sebenarnya, myTNB merupakan satu aplikasi yang di bangunkan oleh Tenaga Nasional Berhad untuk memudahkan para pengguna mendapat maklumat berkaitan elektrik dan juga bill mereka.

My TNB

Dalam erti kata lain, dalam aplikasi ini sangat memudahkan anda dan anda tidak perlu keluar berpanas dan berhujan untuk membuat bayaran bill atau aduan berkaitan elektrik rumah anda.

Macam Mana Hendak Menyemak Bill Dan Membuat Bayaran Dengan Menggunakan Aplikasi MyTNB?

Salah satu fungsi myTNB ialah anda boleh membuat bayaran dan menyemak bill elektrik rumah anda. Ia sudah tentulah sangat memudahkan anda dan menjimatkan masa anda kerana anda tidak keluar untuk membayar bill di kiosk atau pejabat pos. Tapi timbul pula persoalan, macam mana cara hendak menyemak dan membuat bayaran bill TNB dengan menggunakan myTNB?? Jom kami terangkan caranya:

1-    Download Aplikasi MyTNB

Untuk membuat bayaran dan menyemak bill TNB perkara pertama sekali yang perlu kita lakukan ialah dengan download dahulu aplikasi myTNB. Bagi pengguna android anda boleh download di google playstore dan bagi pengguna telefon anda boleh download di Apple app store. Jangan download selain dari 2 tempat ini kerana ia mungkin boleh menyebabkan kecurian maklumat peribadi kita. Atau anda boleh terus mendaftar di Portal Rasmi dengan klik di sini

2-    Mula Mendaftar Sebagai Pengguna

Setelah selesai download aplikasi myTNB langkah seterusnya yang perlu anda lakukan ialah dengan mula mendaftar sebagai pengguna. Mula-mula sekali klik button daftar sebagai pengguna kemudian isikan segala maklumat yang di perlukan seperti:

  1. Nama penuh anda
  2. Nombor IC
  3. Nombor telefon
  4. Email
  5. Password

Setelah selesai isi semua maklumat yang di minta barulah anda tekan button register. Selepas itu anda akan dapat 4 digit activation pin dan anda boleh masukkan 4 digit activation pin.

3-    Tambah Bill

Proses seterusnya yang perlu anda lakukan ialah dengan menambah bill ke dalam akaun myTNB anda. Jika anda pemilik rumah ia akan automatik keluar bill TNB anda. Namun begitu, jika anda penyewa, anda perlu menambah bill TNB ke dalam akaun myTNB anda. Apabila anda klik button “add bill” ia akan tanya anda beberapa soalan seperti adakah anda pemilik rumah atau penyewa. Jika penyewa anda hanya klik button No dan ada beberapa soalan seperti nama anda dan nombor bill TNB anda.

Baca Juga: Permohonan Pinjaman Skim Mikro Kredit Hijrah Selangor

4-    Papar Bill

Selepas selesai proses di atas, anda akan di bawa ke bahagian maklumat akaun anda. Di bahagian paparan maklumat akaun anda menunjukkan jumlah penggunaan elektrik anda bulan bulan-bulan sebelum ini dan bulan sekarang ini. Anda boleh klik button bill untuk melihat maklumat bill anda. Di sini anda akan dapat segala penggunaan elektrik anda dan bayaran bulan anda. Dalam erti kata lain sama lengkap macam bill fizikal yang selalu anda dapat.

5-    Anda Boleh Mula Buat Bayaran

Di myTNB, selain dari semak bill TNB anda juga boleh membuat bayaran bill anda. Untuk membuat bayaran bill anda tidak perlu bersusah keluar untuk bayar di kiosk. Ini kerana, di aplikasi myTNB anda boleh membuat bayaran secara online sama anda menggunakan online banking atau kad debit dan kad kredit.

MyTNB Satu Aplikasi Yang Sangat Memudahkan Kita

kesimpulanya, dengan adanya aplikasi myTNB ini ia sangat memudahkan kita dan menjimatkan masa kita. Lagipun, ia mengikut peredaran zaman di mana pada masa kini segalanya dilakukan secara online sahaja.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response