mySalam : Apa Itu Skim mySalam?? Ini Jawapanya

APA ITU SKIM MYSALAM?? INI JAWAPANYA

Apa itu skim mySalam?? Mungkin ada antara anda yang pernah mendengar mengenai skim mySalam ini dan mungkin juga ada yang baru pertama kali mendengarnya.

mySalam

mySalam ialah satu skim takaful pelindungan kesihatan yang di perkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2019 dan di berikan kepada individu yang layak menerima manfaat.

mySalam Di Perluaskan Kepada Kumpulan M40

Sewaktu mula-mula di perkenalkan skim ini diberikan kepada isi rumah yang pendapatan rendah ialah dalam kumpulan B40 yang juga merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019 (BSHR)

Namun begitu, pada tahun 2020 kerajaan Malaysia mula memperluaskan pemberian skim ini kepada kumpulan M40 yang berpandatan isi rumahnya kurang dari RM 100, 000 setahun yang juga merupakan bukan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

Apa Kelayakan Untuk Menerima Skim Ini??

Ada 2 penerima yang layak menerima skim ini. Iaitu:

1-     Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

  • Individu dan pasangan yang berumur antara 18 hingga 65 tahun
  • Individu bujang yang berumur antara 40 hingga 65 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun

2-     Bukan Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

Individu dan pasangan yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pendapatan sehingga RM 100,000 setahun.

Jika anda memenuhi syarat yang telah di tetapkan, anda sudah boleh mula mendaftar skim mySalam ini. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu pergi ke website mySalam dan isi segala maklumat yang di perlukan.

Baca Juga : PMO : Fakta saham Public Mutual yang perlu anda tahu 

Bagaimana Hendak Membuat Tuntutan mySalam??

Setelah selesai mendaftar, anda sudah boleh membuat tuntutan secara online dengan pergi ke laman web rasmi mySalam. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang di masukan ke hospital kerana Covid-19 juga boleh membuat tuntutan. Caranya ialah:

1.Mula-mula sekali pergi ke laman rasmi mySalam atau klik di sini kemudian klik button log masuk portal dan kemudian masukkan no ic dan password yang telah di daftarkan.

2.Selepas itu klik button “Tuntutan Hospitalisasi” bagi:

  1. i) Pesakit Positif COVID-19
  2. ii) Disyaki COVID-19 dan dikuarantin di pusat Kuarantin KKM

iii) Disyaki COVID-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman

3.Kemudian Isikan Butiran seperti:

  1. i) Tarikh masuk wad/mula kuarantin
  2. ii) Tarikh keluar wad/tamat kuarantin

iii) Nama hospital/premis kuarantin (bukan hospital)

  1. Selepas itu muat Naik Dokumen & Klik “Lampirkan”. Dokumen yang perlu anda muat naik ialah:
  2. i) IC depan & belakang
  3. ii) Nota discaj (jika ada kemasukan wad sahaja)

iii) Surat Perintah Kuarantin KKM (jika kes melibatkan kuarantin sahaja)

  1. Setelah selesai segala proses di atas, perkara terakhir yang perlu anda lakukan ialah klik button hantar & saya Setuju” dan selepas itu permohonan anda akan diproses
  2. Status permohonan tuntutan anda akan di kemas kini secara automatik setelah ia disemak oleh penilai mySalam. Permohonan tuntutan anda akan di proses dalam masa 7 hari. Selain itu,anda boleh menyemak status tuntutan anda dengan hanya klik pada “Status Tuntutan”

Dengan Adanya Skim mySalam Ia Dapat Meringankan Beban Kita

Kesimpulanya, dengan adanya skim mySalam ini ia sedikit sebanyak meringankan beban masyarakat di negara kita untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital terutama sekali sewaktu penularan covid-19 ini. Ia sudah tentulah sangat membantu kita dan mengelakkan kita dari terbeban untuk membiayai kos rawatan di hospital terutama sekali sewaktu penularan wabak Covid-19 ini.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *