close
informasi

SUBSIDI PETROL : 4 MANFAATNYA KEPADA RAKYAT

Program subsidi petrol adalah satu program yang di perkenalkan oleh kerajaan. Ia bertujuan untuk meringankan beban rakyat di negara kita.

Dengan adanya program sebegini ia dapat membantu mereka yang berpendapatan rendah yang merasa tertekan dengan kos sara hidup dan juga kenaikan harga minyak mentah dunia.

Subsidi petrol

Manfaat Program Subsidi Petrol Kepada Diri Kita Dan Rakyat Malaysia

Keputusan kerajaan untuk memberi subsidi kepada rakyat Malaysia adalah satu keputusan yang tepat memandangkan ramai yang terkesan kos sara hidup di samping dengan harga minyak mentah dunia yang pada masa kini di lihat agak tidak stabil. Ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kita yang juga terkesan dengan kenaikan harga minyak. Terutama sekali mereka yang berada dalam kumpulan B40 yang kurang berkemampuan. Selain daripada itu, ada beberapa manfaat yang akan kita dapat dari program subsidi petrol ini. Antaranya ialah:

1-   Membantu Meringankan Beban

Kenaikan harga minyak yang kadang-kala naik terlampau tinggi sememangnya sedikit kesan kepada kita. Ia sedikit sebanyak membuatkan kita merasa tertekan dengan kenaikan harga minyak ini. Justeru itu, dengan adanya program subsidi petrol ini, ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kita terutama sekali kita sering menggunakan kenderaan untuk kehidupan seharian dan untuk pergi mencari rezeki.

2-    Dapat Mengurangkan Perbelanjaan Kos Isi Minyak Seharian

Selain itu, dengan adanya program subsidi petrol ia dapat membantu kita dalam mengurangkan bebanan kewangan yang kita hadapi. Ramai antara kita yang mengeluarkan perbelanjaan yang besar pada setiap bulan untuk kos minyak kenderaan terutama sekali untuk pergi dan balik kerja. Itu belum lagi di kira dengan duit minyak untuk kegunaan harian, dan mereka yang selalu ke luar negeri kerana urusan kerja yang memerlukan kita mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk duit minyak sahaja.

Baca Juga: Permohonan Lesen Jualan Langsung Online

3-    Dapat Mengelakkan Dari Penyeludupan Minyak

Walaupun ada masanya harga minyak di negara kita naik, tetapi harga minyak negara kita adalah antara yang termurah di rantau Asia tenggara. Disebabkan itu, petrol negara kita sering kali menjadi sasaran pada penyeludup untuk menyeludup petrol kita ke negara luar. Ini kerana, petrol negara kita mendapat permintaan yang tinggi di negara luar terutama sekali di sekitar rantau Asia tenggara. Tidak hairanlah, minyak petrol kita banyak diseludup keluar dari negara kita. Jadi, dengan adanya program subsidi minyak ini, ia sedikit sebanyak dapat mengelakkan petrol kita dari di seludup keluar kerana ia adalah antara barang yang dilindungi oleh kerajaan.

4-    Dapat Memastikan Hanya Warganegara Malaysia Sahaja

Apabila minyak petrol negara kita di subsidikan, sekali gus subsidi petrol tersebut hanya dapat di salurkan kepada warganegara Malaysia sahaja dan orang luar tidak sewenang-wenangnya. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan ekonomi negara kita. Ia juga dapat mengelakkan dari berlakunya subsidi petrol ini di berikan kepada mereka yang tidak layak dan dapat mengelakkan dari warga asing menggunakan kemudahan yang rakyat negara kita dapat.

Program Subsidi Petrol Ini Memang Sangat Membantu Dalam Meringankan Beban Masyarakat Negara Kita

Kesimpulanya, program subsidi petrol banyak mendatangkan manfaat kepada diri kita dan masyarakat di negara kita. Di tambah pula dengan harga minyak yang tidak menentu, ia sekali gus dapat membantu meringankan beban yang di hadapi oleh rakyat di negara kita.

Nak dapatkan lebih banyak maklumat mengenai subsidi petrol?? Pergi sahaja ke Website Rasmi KPDNHEP

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response