close
semasa

Surat Tidak Hadir Sekolah Mengikut Fomat Yang Betul

Surat tidak hadir sekolah. Pernah tak anda mengalami situasi anak anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit? Apabila anak jatuh sakit, kita sebagai ibu bapa sudah pasti akan menjadi sedikit kelam-kabut dalam menguruskan rutin harian. Mana tidaknya, nak kena uruskan anak yang tengah sakit lepastu nak kena uruskan soal kerja pula. Sudah pastilah kehidupan seharian kita akan menjadi sedikit kelam kabut.

Surat tidak hadir sekolah

Macam Mana Nak Tulis Surat Tidak Ke Hadir Sekolah Dengan Format Yang Betul??

Apabila anak kita tidak dapat hadir ke sekolah, sudah tentulah dia kena beri surat tunjuk sebab kerana ia adalah prosedur bagi setiap sekolah dan untuk mengelakkan dari memberi kesan buruk kepada rekod kehadiran anak anda. Tapi macam mana nak tulis surat tidak hadir ke sekolah dengan betul?? Jom kami kongsikan caranya:

  • Tidak Hadir ke Sekolah Kerana Demam Denggi

(Nama Pengirim)

(Alamat Pengirim)

(Alamat Pengirim)

Guru kelas 5 impian (Nama penerima/jawatan penerima)

SMK Taman Indah

82000 Pontian, Johor Darul Takzim                                                            29/01/2018

 

Tuan/Puan,

Per: Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah

Merujuk perkara di atas, saya……………………… Nombor kad pengenalan……… Bapa kepada …………… ingin memaklumkan bahawa anak saya yang berada di kelas…… tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh….. kerana demam panas dan dimasukkan ke hospital kerana di syaki mengidap denggi.

  1. Saya mohon maaf atas ketidak hadiran anak saya selama seminggu. Saya faham sepanjang anak saya tidak hadir ke sekolah ada beberapa kerja sekolah yang tertangguh. Saya akan pastikan anak saya akan menyelesaikan segala kerja sekolah yang tertangguh mengikut masa yang telah di berikan oleh cikgu yang mengajar subjek tersebut
  2. Untuk pengetahuan cikgu, di sini juga saya sertakan sekali surat dan resit hospital anak saya sebagai bukti yang mengatakan anak saya berada di hospital sepanjang tarikh tersebut untuk mendapatkan rawatan. Sebarang kemusykilan, tuan boleh menghubungi saya di talian…………….
  3. Segala kerjasama dan keperihatinan pihak tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian,

Tandatangan

(Nama pengirim)

 

  • Surat Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Mendapatkan Rawatan Sakit

(Nama Pengirim)

(Alamat Pengirim)

(Alamat Pengirim)

(Nama penerima/jawatan penerima)

SMK Taman Indah

82000 Pontian, Johor Darul Takzim                                                       29/01/2019

Tuan/Puan,

Per: Surat Tunjuk Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Mendapatkan Rawatan Kesihatan

Merujuk perkara di atas, saya……………………… Nombor kad pengenalan……… Bapa kepada …………… ingin memaklumkan bahawa anak saya yang berada di kelas…… tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh….. sehingga tarikh…….2019

  1. Anak saya tidak dapat sepanjang tarikh tersebut kerana anak saya di masukkan ke hospital kerana pada tarikh…..dia jatuh sakit dan setelah di hantar ke hospital doktor memberitahu bahawa dia menghidap penyakit……. dan terpaksa melakukan pembedahan
  2. Saya mohon maaf atas ketidak hadiran anak saya sepanjang tarikh tersebut. Saya faham sepanjang anak saya tidak hadir ke sekolah ada beberapa kerja sekolah yang tertangguh. Saya akan pastikan anak saya akan menyelesaikan segala kerja sekolah yang tertangguh
  3. Untuk pengetahuan cikgu, di sini juga saya sertakan sekali surat dan salinan laporan kesihatan anak saya yang di berikan oleh pihak hospital sebagai bukti yang mengatakan anak saya berada di hospital sepanjang tarikh tersebut. Sebarang kemusykilan, tuan boleh menghubungi saya di talian…………….
  4. Segala kerjasama dan keperihatinan pihak tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian,

Tandatangan

(Nama pengirim)

 

Baca juga : Permohonan Geran Kenderaan Yang Hilang Di JPJ 

Nak Tahu Mengenai Takwim Persekolahan?? Pergi sahaja ke Portal Rasmi KPM

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response