close
Permohonan

Bantuan Warga Emas : Cara Untuk Mohon Bantuan Dari JKM

Bantuan Warga Emas. Pada masa kini, banyak bantuan yang telah di wujudkan oleh kerajaan untuk warga emas di negara kita. Malah, semakin hari semakin banyak inisiatif yang kerajaan wujudkan bagi membantu mereka yang telah berusia.

Bantuan Warga Emas

Dengan bantuan yang telah di wujudkan ini, ia secara tidak langsung dapat membantu dalam meringankan beban warga emas terutama sekali buat warga emas yang kurang berkemampuan. Dengan adanya bantuan ini ia secara tidak langsung dapat membantu warga emas untuk terus menampung kehidupan seharian mereka terutama sekali mereka yang sudah hilang keupayaan.

Macam Mana Hendak Memohon Bantuan Warga Emas Dari JKM

Pada pembentangan bajet 2021 pada tahun lalu, ia adalah satu berita yang sangat menggembirakan buat warga emas. Mana tidaknya, pada pembentangan bajet tersebut ada satu gembira buat warga emas di seluruh negara.

Ini kerana, dalam Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bantuan untuk warga emas atau bantuan Kebajikan Orang Tua dinaikkan daripada RM350 yang diberikan sebelum ini.

Ini bermakna, pada tahun 2021, orang tua atau warga emas yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM500 seorang. Ia adalah satu inisiatif yang sangat di tunggu-tunggu.

Tapi macam mana hendak memohon bantuan seperti ini dari JKM ini?? Jom kami kongsikan caranya. Caraya ialah:

  1. Layari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) atau boleh klik di Sini
  2. Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
  4. Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’
  5. Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dan bawa bersama dokumen yang diperlukan untuk proses pengesahan kelulusan permohonan.

Baca Juga: eOperasi – Modul Pengurusan Guru Yang Mudah Dan Berguna

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk memhon bantuan ini ada beberapa dokumen penting yang perlu disediakan. Buat anak yang hendak memohon bagi pihak ibu bapanya, anda perlu membantu kedua orang tua anda dalam menyediakan dokumen ini. Dokumen ini perlu di bawa ke cawangan  JKM berdekatan anda dalam masa 14 hari untuk memudahkan pihak JKM memproses permohonan dan menyemak kelayakan permohon. Antara dokumen yang diperlukan ialah:

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Syarat Kelayakan Permohonan

Untuk membat permohonan bantuan, ada beberapa syarat yang telah ditetapkan. Syarat yang di tetapkan ini amat penting supaya hanya meerka yang benar-benar layak sahaja yang mendapat bantuan ini dan tidak dapat pada mereka yang tidak layak. Antara syaratnya ialah:

  1. Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Orang tua atau warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa; dan
  4. Warga emas yang bukan tinggal di:
    i) Institusi kendalian JKM; atau
    ii) Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma; atau
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Pertolongan Sebegini Sangat Membantu Warga Emas Yang Sangat Memerlukan

Kesimpulanya, dengan adanya bantuan sebegini ia sedikit sebanyak sangat membantu warga emas dalam kehidupan mereka. Di tambah pula dengan kos sara hidup pada masa kini yang kian meningkat, jadi, dengan adanya bantuan seperti ini ia secara tidak langsung dapat membantu warga emas di negara kita.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response