close
Permohonan

ePangkat : Cara Mendaftar Dan Semakan

ePangkat. Mungkin ada antara anda yang biasa dengan sistem ePangkat ini dan mungkin juga ada yang tidak pernah mendengarnya.

ePangkat

Apa itu sistem ePangkat? Ia adalah satu sistem yang di bangunkan dan di bina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem ini telah di bina pada tahun 2008 dan ia bertujuan untuk memudahkan proses kenaikkan pangkat pangkat guru-guru yang ada di dalam Malaysia.

Dengan wujudnya sistem ini, ia secara tidak langsung, dapat mengelakkan kesilapan dan permasalahan kepada kenaikkan pangkat guru yang mungkin boleh menyebabkan berlaku salah faham di kemudian hari.

Kelebihan Sistem ePangkat

Mungkin ada yang beranggapan sistem ePangkat ini hanya untuk menyemak kenaikkan pangkat guru di Malaysia sahaja. Tetapi sebenarnya ia mempunyai banyak kelebihan yang tersendir. Antara kelebihanya ialah:

  1. Memudahkan segala proses dan urusan pemangkuan dan juga kenaikan pangkat
  2. Memudahkan segala perancangan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat
  3. Membudayakan sistem kerja yang cekap serta sistematik melalui aplikasi ICT
  4. Memupuk tanggungjawab bagi sentiasa mengemaskini serta melengkapkan data naik pangkat bagi setiap peringkat
  5. Menyediakan sistem maklumat bagi kenaikan pangkat yang teratur serta fleksibal bagi memenuhi kepeluan ahli KPM serta stakeholders

Baca Juga: H&M Malaysia : 73 tahun lalu bermula di Sweden.

Apa Yang Ada Di Dalam Sistem ePangkat Ini?

Di dalam sistem ini bukan sahaja mengandungi maklumat kenaikkan pangkat guru. Tetapi ia mengandungi bermacam perkara penting untuk memudahkan urusan guru-guru di Malaysia. Antaranya ialah:

  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Akademik
  • Maklumat Pengisytiharan Harta
  • Maklumat Pengalaman Kerja
  • Maklumat PTK
  • Maklumat Prestasi
  • Maklumat Peminjam Tegar
  • Maklumat Prestasi Khas
  • Maklumat Perkhidmatan
  • AKS
  • CUTI
  • PPPLD/ PPPS
  • Maklumat Keutuhan SPRM
  • Penilaian Bagi Laluan Cemerlang
  • Maklumat Tindakan
  • Tempoh Cubaan Berdenda
  • Tatatertib

Cara Mendaftarnya

Untuk mendaftar akaun ePangkat, ada bebarapa cara yang perlu anda lakukan. Antaranya ialah:

1- Untuk mendaftar atau menyemak akaun ePangkat, anda perlu melayari Portal Rasminya atau klik di sini

2- Kemudian, bagi yang belum mendaftar anda perlu tekan butang daftar terlebih dahulu. Manakala, bagi yang sudah mendaftar anda boleh login macam biasa menggunakan password dan password yang telah anda daftarkan.

3- Selepas anda klik ikon belum berdaftar, anda akan di bawa ke bahagian pendaftaran akaun. Untuk mendaftar di bahagian Daftar ID Pengguna, anda cuma pelu masukkan Nombor Kad PengenalanKata Laluan dan Alamat Emel. Kemudian klik ikon Hantar.

4- Setelah selesai mendaftar akaun, anda boleh log masuk dengan menggunakan id pengguna dan kata laluan yang anda telah daftarkan tadi.

Macam Mana Jika Terlupa Kata Laluan??

Ini antara perkara yang kita tidak boleh elakkan. Kadangkala terlampau banyak sangat kata laluan yang telah kita daftarkan menyebabkan kita menjadi lupa dengan kata laluan ePangkat. Namun begitu, untuk sistem ini anda tidak perlu risau kerana anda boleh mereset semula kata laluan anda. Caranya adalah dengan:

1- Mula-mula sekali anda perlu layari pautan sistem dan klik butang “Lupa Kata Laluan?”

2- Kemudian, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan alamat emel yang telah anda daftarkan. Selepas itu, anda perlu klik butang “RESET KATA LALUAN”

3- Password sementara akan di hantar terus ke dalam emel anda tadi. Kemudian, anda boleh log masuk dengan menggunakan kata laluan tersebut. Selepas berjaya log masuk  pastikan anda menukarkan password sementara anda tadi dengan password anda yang baharu. Jangan sesekali berkongsi segala maklumat anda di dalam akaun tersebut kepada orang lain kerana ia adalah maklumat yang sangat penting dan sangat sulit.

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response