close
Permohonan

MyDeposit : Permohonan & Syarat Permohonan

Apa yang di maksudkan dengan MyDeposit? Bagi yang memasang impian untuk membeli rumah antara masalah yang dihadapi ialah deposit rumah.

MyDeposit

Mana tidaknya, untuk membeli rumah ia memerlukan deposit yang agak besar dan agak tinggi. Ia sudah tentulah memberikan sedikit bebanan buat kita yang memasang impian untuk membeli rumah impian terutama sekali rumah pertama. Sudah tentulah impian untuk emmbeli rumah bakal terkubur begitu sahaja. Namun begitu, pada masa sekarang ini sudah ada satu skim yang boleh membantu anda untuk membantu anda dalam membayar deposit rumah anda.

MyDeposit Membantu Anda Untuk Anda Membayar Deposit Rumah Anda

MyDeposit adalah satu inisiatif yang telah di wujudkan oleh kerajaan pada tahun 2017. Salah satu tujuan inisiatif ini diadakan adalah untuk memberi bantuan deposit sebanyak 10% daripada harga hartanah di bawah RM 500,000. Bukan itu sahaja, dengan adanya inisiatif sebegini ia secara tidak langsung dapat membantu keupayaan rakyat Malaysia dalam membeli rumah terutama sekali rumah pertama yang di bawah harga RM 500,000.

Apa Syarat Permohonanya??

Walaupun inisiatif ini di sediakan khusus untuk rakyat Malaysia, namun ia tetap ada syarat. Hanya mereka yang benar-benar menepati syarat sahaja yang permohonanya akan diluluskan. Bukan itu sahaja, untuk membuat permohonan MyDeposit ini juga perlu mempunyai gaji yang kukuh. Antara syaratnya ialah:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon mesti berumur 21 tahun dan ke atas
  • Permohonan ini hanya layak untuk pembelian rumah pertama sahaja
  • Pendapatan isi rumah pemohon adalah di antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan
  • Nilai rumah adalah di bawah RM500,000

Projek Perumahan Yang Dibenarkan Untuk Skim MyDeposit

Memang benar skim MyDeposit ini adalah untuk membantu menyediakan bantuan deposit rumah, namun tidak semua jenis projek perumahan yang di benarkan untuk skim MyDeposit ini. Ada beberapa projek perumahan yang dibenarkan untuk skim ini. Antaranya ialah: 

  • Projek perumahan baharu yang berlesen daripada pemaju perumahan yang berlesen sahaja
  • Harga pembelian rumah RM500,000 dan ke bawah
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi/ insentif/ dana Kerajaan
  • Projek perumahan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti projek PPA1M, PR1MA, RUMAWIP, PPR, MyHome dan Rumah Mampu Milik Kerajaan Negeri adalah TIDAK LAYAK

Baca Juga: CIMB Clicks Memudahkan Peniaga Online

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Permohonan

Untuk membuat pendaftaran MyDeposit, ada beberapa dokumen yang diperlukan. Antaranya ialah:

  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • Salinan kad pengenalan pasangan;
  • Salinan kad pengenalan / Sijil Kelahiran anak-anak dan tanggungan;
  • Salinan surat nikah/ Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian;
  • Penyata gaji terbaru pemohon;
  • Penyata gaji terbaru pasangan;
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon
  • Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan
  • Salinan CCRIS pemohon (semak CCRIS online di eCCRIS)
  • Akaun Bersumpah/ berkanun mengenai jumlah pendapatan bulanan pemohon dan pasangan yang berkerja sendiri dan perlu disahkan oleh Pesuruhjaya sumpah;
  • Surat Pengesahan Majikan Pemohon. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan;
  • Surat Pengesahan Majikan Pasangan. Maklumat yang diperlukan adalah status perkhidmatan/pekerjaan, status perkahwinan, gaji bulanan dan tempoh perkhidmatan; dan
  • Surat Pengesahan OKU sama ada pemohon, pasangan atau
    tanggungan (jika berkaitan).

Cara Untuk Memohon

Cara permohonan skim MyDeposit adalah seperti berikut:

  • Mula-mula sekali, anda perlu layari laman web rasmi KPKT di sini: https://sprn.kpkt.gov.my
  • Jika belum anda belum ada akaun, anda perlu klik Daftar Akaun terlebih dahulu
  • Selepas itu, isikan Nama
  • Kemudian, isikan Nombor Kad Pengenalan
  • Selepas itu, isikan Alamat Email
  • Selepas selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, anda perlu tekan butang Daftar
  • Selepas berjaya dalam proses pendaftaran, sila login dengan klik tab Log Masuk Pemohon
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Tekan butang Log Masuk

Lengkapkan Borang Permohonan

  • Lengkapkan borang permohonan secara online
  • Perakuan dan kelulusan akan dilakukan oleh jawatankuasa pemilihan penerima insentif Skim MyDeposit
  • Sekiranya diperakui dan diluluskan, pemohon perlu muat turun surat tawaran bersyarat bagi Skim MyDeposit secara online
  • Pemohon akan diberikan tempoh 30 hari untuk melengkap dokumen
  • Pemohon akan diminta tandatangan perjanjial jual beli rumah dengan pemaju perumahan
  • Pemohon juga akan menandatangani surat tawaran kelulusan pinjaman perumahan
  • Lengkapkan borang akuan bersumpah / berkanun
  • Seterusnya, pemohon perlu mengemukakan dokumen yang telah lengkap bagi tuntutuan insentif Skim MyDeposit kepada KPKT
  • Insentif Skim MyDeposit akan dibayar ke akaun pemaju perumahan, bukan akaun bank pemohon
Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response