close
Permohonan

PPUM : PERMOHONAN DAN SYARAT KEMASUKKANYA

Permohonan Diploma PPUM 2021 dan syarat kemasukkanya. Bidang perubatan adalah bidang yang di gemari oleh kebanyakkan dari kita. Justeru itu, bidang pengajian perubatan antara bidang yang mendapat permintaan yang tinggi bagi kebayakkan IPT.

PPUM

Tidak terkecuali juga PPUM. PPUM antara IPT yang menjadi pilihan kebanyakkan graduan yang meminati bidang perubatan dan mahu menceburkan diri dalam bidang perubatan.

Apa Syarat Kemasukkan Ke Diploma PPUM??

Sama seperti IPT yang lain, untuk masuk ke PPUM ada bebarapa syarat penting untuk memastikan seseorang itu benar-benar layak untuk memohon ke diploma. Antara syaratnya ialah:

  • Mestilah lulus SPM
  • Mendapat kepujian dalam BM, BI dan Matematik serta Lulus subjek Sejarah
  • Bagi calon Diploma Kejururawatan anda mestilah mendapat kepujian dalam dua subjek dan salah satunya mestilah Sains Teras / Sains Tulen.
  • Bagi calon Diploma Radiografi pula, anda mestilah memperoleh kepujian dalam dua subjek Sains Tulen (keutamaan kepada subjek Fizik & Biologi).
  • Bagi calon Diploma Teknologi Makmal Perubatan anda mesti mendapat kepujian dalam dua subjek Sains Tulen terutama Kimia & Biologi.
  • Kesemua calon mestilah sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami sebarang kecacatan yang menyukarkan proses pembelajaran.

Baca Juga: SSM EzBiz Daftar dan Perbaharui Perniagaan Online Anda

Apa Kursus Yang Di Tawarkan??

Di PPUM ada beberapa kursus yang di tawarkan kepada pelajarnya. Kursus yang di tawarkan ini, adalah bidang yang seringkali mendapat permintaan dalam pekerjaan. Antara kursus yang di tawarkan ialah:

  • Diploma Kejururawatan
  • Diploma Radiografi
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Tempoh pengajian bagi ketiga-tiga kursus ini adalah selama tiga tahun. Bukan itu sahaja, jika anda mahu menyambung pengajian anda ke peringkat yang lebih tinggi di IPTA anda boleh terus mohon di UPU.

Ini kerana, PPUM juga merupakan antara IPT di bawah kerajaan Malaysia. Jadi, anda tidak perlu risau untuk sambung ke peringkat yang lebih tinggi kerana ia sudah tentu di iktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Macam Mana Cara Nak Daftar Masuk Ke PPUM

Ramai yang tertanya-tanya macam mana cara untuk daftar masuk ke PPUM??. Untuk mendaftar masuk ke PPUM ada beberapa cara yang perlu anda lakukan antaranya ialah:

  1. Permohonan masuk hanya boleh dibuat secara online melalui portal http://spp.ummc.edu.my/atau http://www.ummc.edu.my
  2. Untuk membuat permohonan anda perlulah membeli ID PPUM yang boleh di beli di Bank Simpanan Nasional dengan berharga 00 (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional).
  3. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
  4. ID ini  juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temuduga (Program 1 sahaja) melalui laman web PPUM
  5. Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  6. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 2 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi :

Talian : 03-2028 7047 / 03-2028 7070 / 03-2028 7077 / 03-2028 7015 / 03-2028 7010
Dari jam 08:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat KECUALI Hari Kelepasan Am).
atau
E-mel : spp@ummc.edu.my

Jom tonton video dari Youtube Onviral

Leave a Response